tidak mampu menyimpan rahsia anda sendiri? silalah luahkan segalanya dengan saya. rahsia anda akan selamat saya simpan. cuma saya, dan awak sahaja yang tahu.
Yunhyeon mengerutkan dahinya.
" app merepek apa ni? try jelah, maybe great? "
Jari runcingnya menekan butang 'download' untuk mendownload app "Your Secret Keeper" itu. Sempat mata nya mengerling(?) ke arah komen komen yang diberi.
Bagus betul app ini, saya tidak lagi susah hati untuk memikirkan rahsia saya. Terima kasih.
Hmm, not bad.
Dulu, saya rasa nak je cari orang utk bagitau rahsia saya, tapi, saya rasa itu mungkin langkah yang salah. Thanks.
App ini kadang kadang tidak boleh digunakan! Pelik betul!
Mula mula download, ingatkan app ni x berguna langsung, rupanya tak. Useful.
" eleh, luah dengan teddy bear pun boleh juga, kan? Kenapa nak buang storage download benda alah ni? "
"Your Secret Kepper" downloaded.
Yunhyeon tersengih. Kepalanya digaru perlahan. " lupa pulak aku pun download app pelik ni. "
Ditekan app yang telah didownloadnya itu.
Hai.
" eh terkejut aku, ingatkan abang aku yang cakap hai. " Yunhyeon mengurut dadanya.
Dipandang pelik skrin telefonnya itu. Macam mana pulak nak control benda ni?
Luahkan lah segalanya jika anda hendak. Tekan mic dibawah.
Mic kecil dibawah yang dikatakan ditekan Yunhyeon. Mulutnya didekatkan ke arah fon.
" aku selalu dibuli, siapa je tak sedih, marah dan rimas kena buli kan? Sedih. Kalini makin teruk. Aku pernah juga terfikir, nak bunuh diri. Omma... Appa... Shinwon oppa... Semua tidak tahu tu. Tak perlu. Mereka tak perlu tahu tu. Aku taknak risaukan mereka. Saem? Tidak perlu. Aku tidak berani hendak report dengan saem apalagi pengetua? Aku bukan pengecut, cuma.. Yelah... "
Kata kata Yunhyeon terhenti.
App itu juga sunyi, tidak menjawab.
Senyap seketika.
" ...aku memang pengecut. Aku takut kena buli lagi. Aku dah penat, ponteng beberapa kelas cuma untuk menangis di tandas, di belakang sekolah. Penat. "
Yunhyeon mengeluh. App ni tidak bersuara langsung, langsung tidak membantu. Membuatkan hatinya terasa semakin hampah.
Jika app ni menjawab apa yang dikatakan, mungkin juga dia mampu menyimpan rahsia nya sekukuh yang dia mampu. Dia tidak mahu beritahu sesiapa pun. Tidak perlu.
Tapi hatinya itu selalu mengasaknya(?) untuk membocorkan sahaja rahsia nya yang satu itu.
" app ni memang tak berguna. Buat sakit hati aku saja. "
Baru sahaja jari Yunhyeon ingin mematikan app itu...
Luahkan sahaja semuanya. Saya yakin, awak tidak mampu percayakan sesiapa untuk bantu awak simpan rahsia awak. Luahkan semua yang awak hendak.
Yunhyeon terdiam. App ni...
Memang betul betul berguna, eh?
🍃to be continued🍃
Merepek kan? Hahahahha *ketuk kepala guna telefon* (*'∇`*)
YOU ARE READING
Ⓒ your secret keeper ↬ jungkook bts & wonwoo seventeen
Short Storytidak mampu menyimpan rahsia anda sendiri? silalah luahkan segalanya dengan saya. rahsia anda akan selamat saya simpan. cuma saya, dan awak sahaja yang tahu. " app merepek apa ni? try jelah, maybe great? " +mengisahkan jungkook yang membuat suatu a...