Bab 1 😈

396 5 0
                                    

Melur Yezmin

Hai, namaku Melur. Ini kisah aku sejak aku memiliki mata ini. Mata yg menyimpan 1001 misteri. Ia bukan milikku, mahupun milik insan lain. Ia adalah kurniaan Allah yg dianugerah untukku untuk sebuah takdir, takdir akan terlakar buatku.

....

Aku menarik nafas lega sebaik sahaja menjejakkan kaki ke ruangan bilik bersaiz 15 kaki x 15 kaki ini. Namun hati yang resah makin kuat melanda diri.

Aku melihat sekeliling ruangan bilikku yang tidaklah seberapa luas. Aku berkongsi bilik ini bersama rakan baikku Syura. Namun,tiada yang aneh diruangan tersebut. Aku menyentuh dada yang berombak kencang. Apa yg tak kena dengan aku ni??

Aku melabuhkan punggung di atas katil sambil beristighfar panjang. Teringat pesanan bonda. Bonda ialah wanita yang memeliharaku semasa dirumah anak yatim. Kata bonda jikalau hati dilanda resah dan gelisah ambiklah wuduk. Tunaikan solat taubat,nescaya hati yang gulana akan tenteram kembali.Tanpa berlengah aku terus menuju ke tandas dan segera mengambil wuduk.

Usai sahaja berwuduk aku menunaikan solat taubat 2 rakaat. Alhamdulillah hatiku berasa semakin tenteram. Aku sebenarnya agak kerisauan kerana dari kecil lagi, jikalau hatiku tidak tenteram mesti sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Apa pula kali ini, harap bukanlah sesuatu yang teruk" desir hatiku.

Aku menoleh ke kiri, katil teman sebilikku masih tiada berpenghuni. Aku mencapai telefon bimbit yang terduduk diam diatas katil. Jam ditelefon bimbit dikerling. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam namun kelibat rakan sebilikku masih tidak kelihatan. Malas berfikir panjang,aku segera membuka telekung yang dihiasi dengan sulaman benang berwarna emas, lalu pelahan disidai dihujung katil lalu duduk bersila di atasnya.

Sejujurnya, aku kurang berminat mengunakan meja belajar apabila melaksanakan aktiviti seperti menelaah atau bermain games. Entahlah, mungkin postur ini lebih sesuai untukku? Siapa tahu?

Setelah berasa selesa dengan posisi tersebut,laptop putih berjernama Acer dicapai dan diletakkan di atas riba. Jejari runcingku segera menaip. Aku makin rancak menaip.

Dangggg...

Aku mengurut dada yg terasa sesak dek bunyi objek yang terjatuh. Sunyi yang tadi menghuni terus terganggu dengan hunyi letupan ringan tersebut.

"Ya Allah terkejut aku."Aku mengurut dada sambil menoleh melihat arah sisiku, tepat ke arah datangnya bunyi yang menganggu ketenteraman dan keasyikan aku sebentar tadi.

" Subahanallah, macam mana gitar yang aku sandarkan kemas di dinding boleh terjatuh??"Ujarku kehairanan

Pelahan aku membangunkan kembali gitar kesayanganku. Hadiah terakhir mama sebelum dia hilang sehingga sekarang.

Sudah hampir 15 tahun mama menghilangkan diri. Entah dirinya masih hidup atau telah meninggal dunia akupun tidak tahu.Namun setiap malam aku bermimpikan mama,aku yakin mama masih hidup,cuma jejak mama sahaja yang masih kabur.

Rindu,

Aku tersangat rindukan mama. Aku mengusap pelahan gitar yg sudah lama tidak ku gunakan itu.Sendu terasa. Mataku mula berkaca dek air mata yang sudah bergelinangan.

Tong..tong..

Tingkap disisiku pula berbunyi.Lagaknya seperti diketuk dari luar oleh seseorang.Jasadku mengeras.

" Aduhh...benda lagi ni..." aku bermonolog sendiri.

Hendak berdiri tidak berani.Inikan pula ingin menutup tingkap yg terbuka sejak pagi tadi. Angin keras merobos masuk dari celahan tingkap yang terbuka,keralitan aku menulis novel di laptop menyebabkan aku sudah terlupa menutup tingkap seusai sampai di bilik sebentar tadi.

MataWhere stories live. Discover now