Bab 3 😈

63 3 1
                                    

Zaif Haikal

Seusai menunaikan solat fardhu Isyak, aku segera melipat sejadah yang digunakan sebentar tadi dan lantas disidai di atas kerusi. Senang hendak dicari. Lelakikan biasalah. Bab mencari ni lah mereka sangat lemah. Merekalah. Bukan aku.

Aku bersandar di atas katil sambil meneliti beberapa buah buku antarabangsa yang baru dipinjam di pustaka pagi tadi.

Pustaka?

Belekan aku terhenti. Mindaku terfikir akan gadis itu. Gadis yang aku terlanggar pagi tadi.

Hehehe.

Aku sebenarnya tidak perasan kehadirannya di tepi-tepi rak, entah apa yang dilakukan oleh dia, aku sendiri gagal untuk meneka.

Ah, sudahlah! daripada aku memikirkan dia lebih baik aku menyambung mengkaji tulisan Yunani kuno ini.

Aku gemar meneliti dan mengkaji tulisan-tulisan bersifat antik seperti ini. Ianya suatu hobi. Hobi yang aku warisi daripada ayahku Engku Harith.

Aku membelek kembali buku-buku yang aku pinjam ini. Bahasa yang digunakan sangat tinggi, aku juga mengambil masa yang agak lama untuk memahaminya.

Ramai juga ahli-ahli sejarah mahupun pakar bahasa yang sanggup bersusah payah mengkaji tentang tulisan-tulisan lama ini. Merekalah yang membuka jalan mudah untuk aku mengkaji tulisan ini tanpa perlu bersusah payah ke luar negara semata-mata untuk menerokainya. Pelbagai ekslopedia telah aku terokai semata-mata untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan maksud daripada perlambangan tulisan itu. Aku tidak pernah bosan mahupun jemu dengan minatku ini.

Ting..

Telefonku berbunyi menandakan kemasukkan mesej. Aku hanya membiarkannya. Sepi. Tidak berapa saat kemudian telefonku berbunyi lagi.

Suatu yang tidak di sangka berlaku.

Melur_yez?

Aku pantas membalas mesejnya.

"Dia nak jumpa aku, tapi kenapa ea?" Bisikku dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dia nak jumpa aku, tapi kenapa ea?" Bisikku dalam hati.

Pelahan pintu bilik terkuak. Kelibat Daura muncul di daun pintu yang terbuka.

"Jom keluar.." ajak Daura

"Erm..nak ke mana?" Tanyaku masih lagi teragak-agak. Aku bukannya biasa keluar lewat-lewat malam macam ni.

"Kafe je, pastu aku nak singgah rumah Syura jap dia tertinggal barang shopping dia. Aus bagi kat aku tadi." Ujar Daura sambil membetulkan kemejanya. Ketampannya terselah.

"Ouh, tunggu sekejap ye" kataku. Dia mengangguk dan berlalu ke ruang tamu.

Teruja untuk menemui Syura. Namun, keterujaanku terhenti.

"Syura dating dengan Aus ke?" Bicara hatiku. Sedikit perasaan cemburu membakar di hati. Aduh.

Assyura Aliah, gadis yang manis lagi nakal. Aku meminati Syura sejak aku mengenali Daura. Aku tak sangka Daura memiliki adik yang sangat cantik dan manis.

MataWhere stories live. Discover now