"Kau dah gila ke?"
Kataku selancang mungkin. Benda yang dia tengah rancang ini akan mengugat masa depan Farah. Gadis itu langsung tidak bersalah. Adakah salah mencintai seorang lelaki yang ternyata tidak menyintai dirinya.?
Dia nak SPM tahun ini.
"Kenapa kau tak buat benda ni tahun lepas atau dua tahun lepas. Kenapa sekarang?"tanyaku masih lagi belum dapat menerima rancangan yang dia ajukan.
"Sebab..dulu aku takut. Aku takut jawatan aku akan ditarik"kata Zahrain sambil menundukkan wajahnya Kening lebatnya yang bersinar seolah-olah hilang sinarnya apabila melihat kekusutan diwajahnya.
"Sekarang kalau kau buat macam tu pun, jawatan kau akan ditarik dan tak mustahil kalau kau akan dibuang sekolah"kataku cuba membantah.
Dia menarik rambutnya kebelakang. Agak rakus.Tertera kekusutan disitu.
"Aku dah tak kisah. Sebab aku terlampau cintakan dia. Aku dah tak sanggup berpura-pura mencintai Farah"kata Zahrain. Kini matanya berkaca-kaca. Aku menepuk bahunya berkali-kali cuba untuk menyalurkan semangat.
Aku faham bagaimana perasaan yang dia rasa. Apabila mencintai seseorang gadis, hati ini terasa betul-betul celaru. Seolah-olah menyimpan beban yang berat. Sehingga terlafaz niat dihati itu barulah ia terasa ringan.
"Kau cintakan siapa sebenarnya?"tanyaku masih lagi hairan. Zahrain tak pernah memberitahuku siapa yang dia cintai. Apa yang aku tahu dia mencintai gadis itu sejak 2 tahun lalu.
Bagaimana dan kenapa? Aku tak pernah bertanya.
"Aku mencintai insan yang engkau cintai" hampir melopong mulutku tatkala aku mendengar bicaranya. Nadiku semakin melemah. Aliran darah tidak lagi terasa mengalir dengan normal. Aku terbangun dari dudukku.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
"Kenapa kau sukakan dia? Sudah tak ada perempuan lain ke.." Aku meramas rambutku. Kekusutan di wajah Zahrain telah berpindah kepadaku.
Zahrain hanya menyepikan diri.
"Jawaplah.."tegasku.
"Cinta dalam hati ini hadir tidak mengenai sesiapa, aku cintakan dia sejak pertama kali aku melihatnya, aku tidak melakukan kesalahan. Cinta itu fitrah" selamba Zahrain mengucapkannya.
Cinta itu fitrah.
Aku terduduk. Kepala dihantukkan ke meja. Sakit tetapi tidak sesakit perasaannya tatkala ini.
Kenapa dia? Air mataku mulai menitis. Zahrain datang pelahan-lahan.
"Aku pun terkejut masa kau cakap tempoh hari yang kau cintakan Hajar..sumpah aku terkejut, aku tak tahu langsung yang ternyata kita cintakan orang yang sama" pelahan bicara Zahrain.
Aku mendongak dan memandangnya. Apakah maksud kata-katanya. Sudah dari awal aku bicarakan kepadanya nama gadis yang aku cintai. Takkan lah dia langsung tidak menyedari kemiripkan nama gadis yang dia turut cintai.
"Apa maksud kau?" Aku cuba menanyakan sesuatu yang tersirat dalam bicaranya sebentar tadi.
"Kira bersaing secara sihat, kita rebut cintanya, siapa yang berjaya maka, Hajar miliknya.." kata Zahrain dengan yakin.
'Oh jadi sebab tula kau nak putus dengan Farah? Sebab kau takut lama kelamaan, Hajar akan sukakan aku..?" Kataku cuba membuat andaian. Namun anggukan daripada Zahrain membuatkan aku semakin gusar.
Zahraiiinnnn
"Ya, sebab aku tahu ada persaingan dalam merebut cinta Hajar, dulu aku tak berasa tergugat, jadi kalau aku bercinta dengan Farah pun aku yakin tiada sesiapa yang akan sukakan Hajar dan aku boleh menangih hatinya. Tapi aku silap.." kata Zahrain sambil mengusap rambutnya ke belakang.
YOU ARE READING
Cerita Dia
Teen Fiction"cerita dia" merupakan sambungan daripada cerpen pertama yang bertajuk "cerita aku". Cerpen sambungan ini dilihat dari sudut pandang hero kedua iaitu Airul. Airul bertindak sebagai "aku" seperti cerpen pertama, cerpen kedua ini pula mengisah kehidup...