Prologue

539 42 0
                                    


"Oppa, wajib ke? Ani, mesti ke oppa kena tinggal sana? Siapa nak protect Young Mi lepas ni? Nanti Young Mi dah takde kawan," Young Mi meluahkan perasaannya kepada abangnya Young Min yang hendak menyambung pembelajarannya ke Daegu. Berat hatinya hendak berpisah dengan abangnya.

Young Min hanya melepaskan keluhan berat. Dia pun berat untuk meninggalkan keluarganya di Seoul. Terutama sekali adiknya. Dia hanya mendiamkan diri apabila adiknya meluahkan perasaan. Dia tahu bahawa Young Mi tidak mempunyai kawan selain dia.

"Young Mi, oppa nak pesan satu je. Bila oppa dah pindah nanti, oppa nak Young Mi cari kawan," Young Min berkata-kata sambil memegang bahu adiknya.

"Tapi diorang semua lain. Tak sama dengan Kyulkyung,"

Dahulu Kyulkyung merupakan teman rapat Young Mi. Semenjak Pinky berpindah ke China, Young Mi tidak lagi mempunyai teman sebaik Kyulkyung.

"Hm, tengoklah nanti,"

Young Mi menundukkan wajahnya , setunduk mungkin. Sambil itu tangannya ligat mengemas pakaian Young Min.

"Ha lagi satu, oppa nak Young Mi ubah style Young Mi bila pergi sekolah. Jangan biar orang buli Young Mi tahu?" Young Min memberi nasihat sekali lagi.

"Oppa sendiri tahu yang Young Mi ni tak reti bergaya, and oppa sendiri tahu yang Young Mi ni bukannya cantik sangat,"

Young Mi menutup bagasi yang berisi baju Young Min kemudian meletakkannya ke tepi.

"Please Young Mi, jangan cakap macamtu, adik oppa ni cantik tahu tak? Jangan sesekali cakap yang Young Mi ni buruk. Pedulikan orang kata Young Mi ugly face,"

Young Mi segera memeluk abangnya. Abangnya saja yang selalu memberi kata dorongan kepadanya.

"Ayee, apa ni, tak naklah sedih-sedih,"
Young Min menepuk-nepuk belakang Young Mi. Bahunya sudah basah kerana Young Mi menangis di atas bahunya.

Lambat-lambat Young Min meleraikan pelukan.

"Young Mi, dengar cerita, orang sebelah ni nak pindah. Lepastu nanti ada orang baru masuk rumah dia. Anak dia sebaya Young Mi. Cuba berkenalan dengan dia eh? Mana tahu boleh buat kawan baru?"

Sengaja Young Min menukar topik. Dia tak mahu membuat drama air mata. Lambat-lambat Young Mi menyeka air mata.

"Tch. Oppa ni, ada-ada jelah,"

____________________________________________________________________________

기대해주세요 ~

Stay tune~

Protector ⏩ Bae JinyoungWhere stories live. Discover now