6

209 27 0
                                    


Young Mi's

"Aduh! Jinyoung sakitlah! Pelan-pelan boleh tak?"

Aku memarahi Jinyoung yang menyapu krim di tempat luka aku yang dekat pipi.

"Muka kau ni teruk calar dia. Tahan sikitlah,"

Aku hanya berdecit. Jinyoung meneruskan aktivitinya yang tergendala. Muka Jinyoung begitu rapat dengan muka aku. Teliti betul dia hendak menyapu krim di tempat calar.

"Ha, mana lagi yang luka? Bak tangan kau,"

Aku hanya memberikan kedua-dua belah tangan aku. Dia membelek kejap kedua belah tangan aku. Kemudian dia mencolet sedikit krim dari bekasnya untuk letak ke tempat luka.

"Haih, kesiannya lah kau ni. Kenapa lah diorang buli kau Young Mi?"

Jinyoung asyik mengeluh kerana dia berasa kasihan dengan aku.

Jinyoung's

"Aku nak tahu, kenapa Im Young Mi selalu kena buli dengan Kim Yuna,"

Tanpa aku sedar, ayat yang terbuku di hati aku sejak semalam terpacul keluar. Aduhai mulut! Bocor betul !

Young Mi yang berada di hadapan aku hanya mengunyah mi ramyeon yang aku suapkan tadi.

"Kalau kau nak tahu sangat, ada sebabnya,"

Perlahan sahaja suara Young Mi menerjah ke telinga aku. Aku tidak membalas kata-katanya sebaliknya aku menghirup mi yang aku dah kepit guna penyepit tadi. Aku menekur kepala ke bawah berpura-pura menyapu krim di tangan kanannya.

"Jinyoung,"

Young Mi memanggil aku. Perlahan dia menarik tangan kanan yang sudah aku sapu krim.

"Ye? Err, Young Mi sorry about that, aku tak bermaksud nak tanya soalan macamtu kat kau. Aku tahu kau tak selesa aku tanya macam tu sebab kita ni baru je kenal. I'm sorry for my mistake,"

Aku tidak memandang wajahnya kerana aku rasa bersalah kerana tanya pasal tu kat dia.

Aku dengar Young Mi tergelak kecil.

"It's okay la Jinyoung,"

"Sebenarnya kan Young Mi aku tanya Jihoon dengan Kuanlin pasal benda ni, tapi aku tak rasa diorang punya cerita betul. Macam fake je waktu diorang cerita. Bila aku tanya kenapa diorang tak terus je kawan dengan kau. Diorang kata nanti Yuna akan ugut sesuatu kat dia. Bila dia kata nak try kawan dengan kau tu, something strange there,"

Aku menceritakan semuanya dekat dia. Sebab aku nak dia tahu juga.

"Diorang cakap macam tu?"

Nada suara dia macam tak percaya dengan apa yang aku cakap. Aku pandang muka dia.

"Then, diorang kata dulu kau berkawan baik dengan diorang dan ........ Apa tu nama dia Kyul... Kyulkyung?"

"Kyulkyung. Kyulkyung tu dulu memang kawan baik aku. Dia memang sangat rapat dengan aku. Tapi Jihoon dengan Kuanlin bukan kawan baik aku. Dia dari dulu memang asyik nak cuba kawan dengan aku,"

Aku dah agak dah waktu Jihoon cerita kat aku yang dia kononnya berkawan baik dengan Young Mi tu adalah fake!

"Jinyoung, boleh tak aku nak panggil kau Baejin? Ramai sangat la nama Jinyoung dalam sekolah tu. Membuatkan aku teringat Park Jinyoung,"

Aku hanya tersenyum kecil ke arahnya.

"Of course boleh,"

Okay, Park Jinyoung ni siapa pulak? Waktu dia sebut nama Park Jinyoung tu , muka dia macam menyampah.

=======

Protector ⏩ Bae JinyoungWhere stories live. Discover now