Angin sempoi² meniup lembut rambut Hanna yang panjangnya lebih daripada paras bahu.Angin yang menerpa wajah putih mulusnya itu membuatkan Hanna rasa segar.Kayuhannya menjadi semakin laju apabila melihat lelaki yang tinggi lampai melintasi pagar sekolah.
Pantas dia turun dari basikal.Pergelangan tangan lelaki itu ditarik.
"Cha Eun Woo ..~"
"Kau gila ke?",lelaki tinggi lampai itu menolak Hanna hingga jatuh di atas tar jalan.Perlahan Hanna mengelap airmatanya yang hampir jatuh dari kelopak mata.
"Cha Eun Woo.Lelaki itu bukan Cha Eun Woo.Mana awak Cha Eun .. "
Tiba² sahaja dia ditarik oleh seseorang dan dahinya dikucup.Tindakan itu telalu drastik membuatkan Hanna tidak dapat mencegahnya.Hanna malah membiarkan dahinya dicium.
"Kau okey tak?",lelaki itu melepaskan Hanna daripada rangkulannya.Hanna masih terkejut.Dia kaku membisu seolah olah dia anak patung.Kemudian dia memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu dengan penuh perasaan.
"Cha Eun Woo!".Hanna memeluk Eunwoo sambil menangis teresak esak.Sungguh dia tidak boleh menerima jika Eunwoo benar² pergi meninggalkannya.Eunwoo membalas pelukan dengan lebih erat.
"Sayang,janganlah menangis macam ni,saya kan dah ada depan mata awak ni hm?",jari jemari Eunwoo digerakkan ke arah pipi perempuan kecil molek itu.Dilapkan airmata yang membasahi pipi buah hatinya.
"Macam mana saya tak menangis dah kalau awak tiba² je menghilang.2 minggu pulak tu",satu pukulan hinggap di dada.Eunwoo tersenyum walaupun pukulan itu sebenarnya agak menyakitkan.Tapi mungkin tak seberat rasa sakit hati Hanna menahan rindu kepadanya.
"Nampak tu,boleh pulak dia senyum.Suka lah tu buat saya risau",jeling Hanna.Jelas Eunwoo perlu dipersalahkan tetapi Hanna tidak sampai hati.
"Saya janji,saya tak buat lagi dah macam ni.Percayalah sayang",pipi Hanna diusap dengan penuh kasih sayang.Dikucup kembali umbun rambut gadis itu.Rasa cintanya terhadap gadis itu tidak pernah sedikitpun terpadam.
"Saya percayakan awak Eunwoo",senyuman bahagia jelas terpancar daripada raut wajah Hanna.
"Eh makcik tu,kesiannya.Barang² tu mesti berat.Sayang,saya nak tolong makcik tu kejap."
Pantas Hanna memegang tangan Eunwoo seperti tidak mahu benarkan Eunwoo untuk tolong wanita tua itu.Entah kenapa dia rasa berat hati.
"Janganlah macam ni awak.Awak tak kesian ke kat makcik tu hm?Jebal(tolong),biarkan saya pergi tolong dia.Saya janji saya tak akan buat awak tunggu lama",kata² Eunwoo berjaya membuatkan hati Hanna sedikit lega.
Eunwoo undur ke belakang sedikit demi sedikit sambil melambaikan tangan ke arah gadis yang dia cintai.Senyuman manis dilemparkan ke arah gadis itu.Hanna tersenyum melihat tingkah laku Eunwoo.Namun,jauh di sudut hatinya dia terlalu membimbangkan Eunwoo walaupun lelaki itu ada di hadapan matanya.
Di saat Eunwoo berpaling melangkahkan kaki,sebuah kenderaan berat melanggarnya.Kejadian itu tepat berlaku dihadapan mata Hanna.
"Eunwoo!",Hanna berlari berserta tangisan ke arah Eunwoo yang sudahpun terbaring di atas tar.
Hello awak awak semua.Tq sebab sudi membaca fanfic saya yg tak seberapa ni.Sabar dulu,teruskan membaca sebab cerita ni tak habis lagi.Nantikan bab seterusnya! :)
YOU ARE READING
The Promise
Fanfiction"Aku janji lepas lima tahun nanti aku akan kejar balik cinta kau.Tapi buat masa sekarang ni,aku kena fikirkan diri aku dulu.Maaf". -Cha Eun Woo- Itulah hidup.Bila kau rasa susah kau lepaskan.Bila rasa perlu kau cari.Come on la,manusia macam kau tak...