2

2 0 0
                                    

Dada ditepuk tepuk.Dia rasa seakan sesak nafas.Berpeluh dahinya tatkala bangun dari tidur.

"Mimpi apa macam tu",perlahan airmatanya mengalir menahan perit.Setiap kali mimpikan lelaki itu pasti dia jadi seperti ini.

Ya,Cha Eun Woo.Sudah hampir 2 tahun Eunwoo pergi meninggalkannya.Sejak itu,Hanna seringkali mimpi tentang Eunwoo.Mungkin kerana terlalu mencemaskannya sehingga terbawa dalam mimpi.Tapi pernahkan lelaki itu pedulikan keadaannya walaupun sedikit pun?Apakah benar bahawa Hanna sudah tidak penting dalam dirinya?

"Hanna,kau buat apa duduk kat situ lagi?Ni cepat gantungkan banner yang dah rosak kat depan tu!Kejap lagi group idol tu nak sampai!".

"Mianhee(maaf)",hanya perkataan itu yang mampu Hanna ucapkan dalam keadaannya yang masih tekesima.Tanpa melengahkan masa dia terus melakukan tugasannya.

"Apa?Dia tak sihat ke?",Haneul menggarukan kepalanya yang tidak gatal apabila melihat riak wajah Hanna yang pucat itu dengan rasa serba salah.

Hanna terpaksa memanjat untuk menggantungkan banner yang panjang itu.Gigih dia melaksanakan tugasnya sebagai pekerja separuh waktu.Kehidupan Hanna yang serba kekurangan menyebabkan dia terpaksa membuat pelbagai pekerjaan dalam satu masa.

Keluarga mereka hanya mempunyai sebuah kedai buku sendiri untuk bergantung hidup.Demi membantu keluarganya Hanna rela melakukan pelbagai kerja.

"Omo!Hanna please cepat sikit,group tu dah sampai!",gesa salah seorang petugas di situ sebelum berlari anak pergi ke pintu utama stadium tersebut.

"Akhirnya ..",satu senyuman menghiasi bibir apabila dia berjaya menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya.

"Benda simple macam tu pun boleh buat kau bahagia?",soal seseorang dari belakangnya.

Cepat Hanna menoleh sambil mengetap bibir.Geram!Ingat senang ke nak panjat tangga pasang banner yang bukan main panjang ni!Cakap memang lah senang!

"Siapa?Saya kenal awak ke?Siapa awak yang sibuk nak menyibuk pasal kerja saya?",Hanna menyoal lelaki yang bertopi dan mengenakan topeng menutupi mulutnya itu.Macam familiar tapi siapa?Makin lama makin kecil mata Hanna mengamati lelaki di hadapannya itu.

"Kalau aku bagitau mesti kau tak percaya dan mesti kau akan jerit² sebut nama aku",kata lelaki itu dengan lagaknya.

"Kenal pun tak.Perasan betul",sempat Hanna menjeling.Malas nak layan orang perasan.Dah la perasan,penyibuk pulak tu.

"Hey pompuan".Amboi!Suka hati dia je nak panggil macam tu!

"Kau kalau nak tegur orang yang kau tak kenal tu beradab sikit boleh tak?Kau pergi sana.Aku sibuk.Takde masa nak layan orang macam kau",kata Hanna tanpa memandang lelaki itu.Lebih baik tengok banner yang ada gambar exo ni daripada tengok lelaki bertopeng yang dia tak kenal.

"Eee kau!Kau pun tak beradab cakap dengan orang nak cakap aku.Kalau orang tengah cakap dengan kau,kau sepatutnya pandang bukannya buat taktau!",lelaki itu mula berasap.Eh perempuan ni,seriously dia tak cam muka paling kacak?

"Kau siapa yang aku nak pandang?",selamba Hanna membalas.Hambik kau!Nak sangat bertekak dengan aku kan.

"Hey!Kau!",pergelangan tangan Hanna ditarik kuat.Serta merta tangga tempat Hanna berpaut turut bergoyang menyebabkan Hanna hilang keseimbangan!Sekali lagi Hanna memandang lelaki yang sibuk bertekak dengannya tadi ..

"Omo!Dia bukan ke Suho?Aaaa~",Hanna dapat rasakan tubuhnya mahu melayang.Wajah Suho mula cuak,dia terpaksa merelakan badannya menjadi tilam penyelamat.

GEDEBUK!

Hanna jatuh tepat atas Suho.

"Sakit ergh.Kau boleh tak bangun cepat sikit?"

"Saya minta maaf.A-a-awak okay?Ada luka tak?",Hanna kebingungan.Sumpah dia tak cam itu Suho.Dah lah selamba je bertekak dengan Suho tadi.

"Ada".

"Mana?Mana tau saya boleh tolong ubatkan ke?"

"Ni",Suho menunjuk ke arah dirinya sendiri."Maruah aku tercalar sebab selamatkan perempuan macam kau.Lepasni kau buat² je la tak kenal aku.Aku harap kita tak akan pernah jumpa lagi!Maybe kau akan susah lupakan aku ",Suho sempat melanggar bahu Hanna dengan kasar dan tersenyum sinis sebelum pergi meninggalkan Hanna bersendirian.

"Kau kalau tak perlukan bantuan aku pun,tak perlu lah caci aku macam aku ni tade perasaan.Kau idol macam mana pun kalau tak reti jaga perasaan orang lain pun tak guna jugak",bebel Hanna sambil mengenggamkan penumbuk.

Jumpa laki baik salah,tak jumpa salah.Apa salah aku?

The PromiseWhere stories live. Discover now