85%

4.7K 668 97
                                    

Jungkook

"Fuh , nasib aku ingat nak ambilㅡ ah-choo ! Apehal asyik bersin ni . Sapa pulak ngumpat aku waktu hujan ni" Aku menenyeh hidung sambil keluar dari kelas .

Phone aku tertinggal . Patut ah rasa kosong je hidup . Eleh takyah nak membongak , korang pon sama je kalau takde phone mesti meroyan tak tentu pasal .

Aku tutup pintu kelas . Takut la ada pencuri tetiba nak sambung belajar balik curi meja , kerusi , bukuㅡ

"Macam kenal beg tu..." Aku masuk kelas Hyu Jin . Bukan niat nak mencuri , tapi sebab aku prihatin sapa punya tinggal dekat sekolah ni .

Kang esok kat sekolah mulalah , 'beg saya hilang cikgu , bunian amik' ha . Alasan dak zaman sekarang bila tak bawak buku .

"Bukan beg Hyu Jinㅡ"

"AAAAAAA !"

WEH SIYEL SAPA JERIT TU DO .

Kawal Jungkook . Kau kan sado badan ketak ketak . Lek ah setakat hantu pontianak jerit mintak tolong masa nak bersalin apa cerㅡ

"TOLONG HUAAAA !!!"

Ha Jungkook riak lagi .

Aku kawal perasaan aku dari berharap 'bende' yang menjerit tu hantu . Aku bukak zip beg tu . Alhamdulillah takde bau darah . tapi ada bekas pensel box , beberapa buku nota dan em . Tanak la mention .

Aku ambil salah satu buku . Nak tengok nama , bukan nak kutuk tulisan dia ke apa tapi tulisan dia macam aku kenal .

"Jung Hyu Jin... tuan dia pegi mana ? Beg ada tuannya hilang . Ha elok sangat ah tu"

"Tolong !!!!" Suara tu kedengaran lagi . Tapi makin lama makin perlahan . Mungkin faktor hujan yang turun dengan lebat sampai suara dia sayup sayup je .

Tapi nak kata pontianakㅡ ah takde . Mana ada pontianak nak beranak dekat sekolah .

Beg sekolah Hyu Jin aku ambil dan terus keluar dari kelas tu . Disebabkan aku ni seorang yang berani aku ambil keputusan nak cari datang mana suara tu .







■■%■■





Hyu Jin

"Seㅡseㅡsejuknya" Aku balut diri aku dengan blazer . Jamban ni pon satu makin lama makin kebas buntut aku duduk atas ni . Sejuk do .


"SESIAPAAA ! Tolong la...!" Aku mula menggigil sebab sejuk . Hujan pon makin lama makin lebat . Ada ke orang kat sekolah sekarang ni ?

Aku rasa aku akan mati kesejukkan kat sini . Kalau ye pon tunggu la sampai result aku keluar halah .

"Omma... Appa... sesejuk la" Aku mengetatkan pelukan pada diri sendiri .

"Wonwoo... kau dah balik ke setan... Aku seㅡsejuk nih...!"

Krekkk...

"Saㅡsape tu ?!" Aku bangun dari duduk . Pintu bilik air , aku ketuk kuat kuat sampai jatuh melutut .

"Buㅡbukak la piㅡpintu ni ! Hiks..." Tangan kanan aku letak pada pintu dan sandar kepala .

DANG ! [ Effect barang kene campak 😂 ]

"Aㅡapa tu..."

Jungkook

"Geezz . Sejuk nya !" Aku sangkut beg 'Hyu Jin' pada sebelah bahu .

"SESIAPAAA ! Tolong la ...!"

"Suara tu... Macam dari tandas perempuan" Aku ambil keputusan lari pergi sana .

Aku tolak pintu tandas perempuan . Takde perempuan kan dekat sini ? So lek . Kalau pontianak tu em , dikira perempuan ke ? .-. K lari dari masalah sekarang .

"Saㅡsape tu ?!!" Angin sejuk mula menembusi aku . Aku cuba nak tafsir tu suara sapa . Takde tanda - tanda suara hantu , bunian . Yang pasti suara manusia .

"Buㅡbukak la piㅡpintu ni ! Hiks..."

"Hyu Jin..." Kata aku perlahan . Aku pandang kerusi yang diletakkan berhadapan dengan tandas paling hujung . Ok ni seram .

Dah la gelap . Aku pulak bodoh asal tak bukak lampu tadi . Aku buang perasaan tu jauh - jauh dan terus alihkan kerusi tu .

Aku tarik pintu tu dan aku nampak Hyu Jin yang nak jatuh ke hadapanㅡ

"Hyu Jinㅡ" Aku terus sambut dia .

Tangan dia sejuk .

Pipi dia sejuk .

Muka dia pucat .

"Juㅡjungkook . Kaㅡkau datang jugak kan ?" Aku dapat dengar sengihan kecil .

"Hyu Jin , kau sejukㅡ"

"Aㅡaku ingat aku akan maㅡmati kat sini" Leher aku dipeluk Hyu Jin . Agak - agak ah do . Dalam tandas ni .

"Aku hantar kau balik ya ?"

"Juㅡjungkook . Aㅡaku betul - betul seㅡsejuk" Makin lama Hyu Jin mengeratkan pelukan dia . Sesak pulak nafas aku ni .

"Sesak nafas aku woi" Aku tolak Hyu Jin perlahan sambil memegang kedua belah lengan dia .

Dia pandang aku dengan pandangan yang takde perasaan . Kami bertentangan mata . Bibir Hyu Jin mengukir senyuman kecil .

"Mianhae" Kedua tangan Hyu Jin menekup pipi aku .

"Haㅡhabis muka kaㅡkau . Luka" Jari kanan Hyu Jin menyentuh luka kat tepi bibir aku . Tangan kiri dia masih mengusap pipi kanan aku .

Kenapa dengan dia ni ? Kena sampuk dengan hantu tandas ke apa .

"Hyu Jin , kau okay tak ? Kita balik yaㅡ" Mata aku membulat bila Hyu Jin mencium







bibir













aku .













What the... Dan dia rebah atas riba aku .












_________________________________________________

aku dah malas nak menaip . btw semalam ada manusia tertekan publish . aku dah la tak siap lagi . harap korang tak baca ;---;

[ C ] Exam S1 + S2 ↬「Jungkook」Where stories live. Discover now