for now

72 8 53
                                    

Kim Seungah dan Yeo Changgu berumur 21 tahun, mereka sudah berkawan hampir 16 tahun jadi segala sisi buruk mereka telah diperlihatkan antara sesama sendiri.

Seungah mula suka akan Changgu sejak mereka berumur 17 tahun. Pada mulanya dia menafikan perasaannya tapi sewaktu mereka berumur 17 tahun dia tidak boleh menafikan perasaannya lagi dan biarkan sahaja perasaan itu berkekalan sehingga sekarang.

Seungah yang sedang termenung melihat keluar jendela balkoninya teringat akan janji yang dia dan Changgu pernah buat suatu masa dahulu.

~ Flashback ~

Changgu yang berumur 10 tahun itu, sedang berlari ke arah Seungah yang sedang bermain buaian dengan aman dan tenang sambil menjerit nama Seungah.

" Seungah! Seungah! Seungah! " Jerit Changgu.

Changgu berhenti dihadapan seungah, memegang lututnya sambil termengah kepenatan. Changgu mengambil masa untuk kembali bernafas seperti orang normal.

" Kenapa ni Changgu? Ada masalah ke? Nak saya tolong? " Kata Seungah risau melihat kawannya yang bagai baru lepas kena kejar dengan hantu.

" Tak ada apa. Saya saja nak jerit nama Seungah kuat-kuat . " Kata Changgu tersenyum kecil. Changgu duduk dekat buaian yang kosong disebelah Seungah kemudian dibuainya dengan perlahan.

Seungah mula menggerakkan badannya ke depan dan belakang untuk meningkatkan kelajuan buaiannya kerana pipinya sudah naik merah apabila melihat Changgu senyum. Senyuman Changgu ialah kelemahan Seungah.

" Hmm. Seungah-yah. Boleh tak berhenti main kejap? " Kata Changgu lalu Seungah terus memberhentikan buaiannya.

" Kenapa awak? " Tanya Seungah.

" Boleh tak awak janji sesuatu dengan saya? " Seungah hanya menanggukkan kepalanya.

" Janji apa Changgu? "

" Janji yang awak takkan tinggalkan saya sampai kita mati, janji yang awak akan tetap kawan dengan saya walaupun nanti kita sudah ada teman lelaki dan teman wanita, boleh? " Changgu memandang tepat ke arah mata Seungah.

" Boleh! " Kata Seungah sambil membiar hujung mulutnya terangkat dan membentuk sebuah senyuman.

" Janji? " Changgu menghulurkan jari manisnya ke arah Seungah.

" Janji! " Balas Seungah sambil mencantumkan jari manis miliknya dengan jari manis milik Changgu.

~ End Of Flashback ~

Setahun yang lepas, Changgu jumpa seorang perempuan yang sesuai untuk dirinya. Pada dua bulan pertama, Changgu dan perempuan itu hanyalah sepasang kawan baik. Changgu selalu berkongsi cerita tentang perempuan yang bernama Sooyeon itu dengan Seungah.

Changgu pernah memberitahu Seungah bahawa Sooyeon sungguh cantik apabila dia senyum, mempunyai wajah yang kecil dan kulit putih pucat. Sooyeon juga memiliki ketinggian yang sesuai dengan ideal type Changgu.

Hey baby baby
I think you're right
The girl standing next to you and smiling
I think she's really pretty
For a while
We thought we fit really well together
But I think the person next to you right now
Is better

Apabila sudah masuk bulan ketiga Changgu dan Sooyeon berkawan, Changgu beritahu Seungah bahawa dia dan juga Sooyeon sudah menjadi pasangan kekasih. Sejak daripada itu, Changgu makin jarang keluar bersama Seungah.

for now ; y.changgu [oneshot]Where stories live. Discover now