Aku duduk di luar khemah sambil memandang tasik. Kedengaran namaku sayup-sayup seperti dipanggil. Aku merasakan bulu romaku berdiri tegak.
Aku memandang sekeliling dan mataku tertancap kepada satu pokok yang bergerak seperti ada yang bersembunyi di sebalik pokok itu. Aku merasa seram lalu aku bergegas masuk ke khemah semua.
Sementara orang yang sembunyi di celah pokok hanya memandang khalisa sambil tersenyum.
◇Di rumah khalisa◇
Aku sedang menghirup air yang baru tadi dibuat sambil memikirkan kaitan mimpi aku dan cerita yang dicakap oleh putri.
Apa kaitannya wanita itu dengan aku?
Sungguh aku pelik. Adakah wanita itu manusia atau sebaliknya?
Aku pergi ke dalam bilik untuk merehatkan diri. Aku mula mencapai bantalku dan aku dibuai mimpi.
Aku mendapati aku berada di sebuah rumah usang itu lagi ahhh mimpi ini lagi. Aku berjalan di sekitar rumah itu tanpa menyedari ada orang yang mengikuti aku di belakang.
Apabila aku menyedari aku diikuti. Aku segera berpaling ke belakang apabila angin sejuk menyapa tubuhku dan aku terkaku saat melihat wanita yang tiada wajah itu lagi.
Aku tidak lari seperti mimpi yang sebelum ini kerana aku hendak mengetahui mengapa dia selalu hadir di dalam mimpi aku. Dia memegang tanganku erat
"khalisa tolong saya" katanya sayu
"siapakah awak sebenarnya? " soalku apabila dia berkata begitu
"saya Umairah, penghuni rumah usang itu" katanya yang menyentak aku.
"Jadi awak yang menculik budak-budak itu? "
"Bukan saya yang menculik tapi dia. Budak-budak itu masih lagi hidup tetapi terkurung di rumah itu"
"Dia itu siapa? Apa niatnya untuk menculik budak-budak itu? "
"Kamu akan tahu juga nanti khalisa dan kamu perlu mencari di mana jasadku disorokkan aku amat perlukan pertolongan engkau kerana selama ini aku hidup tidak tenang selagi jasadku tidak disemadikan di tempat yang sepatutnya"
Umairah pon lenyap di hadapan mataku dan aku terbangun dari lenaku. Apa sebenarnya yang berlaku.
Dia itu siapa? Aku perlu mencari tahu siapa sebenarnya umairah dan "Dia" yang dimaksudkan.
Lamunanku terhenti apabila deringan telefonku berbunyi. Aku segera mengangkat panggilan itu
"Assalammualaikum khalisa"
"Waalaikummussalam, ada apa Kamal telefon saya pagi-pagi ini? " aku mengerling jam yang menunjukkan 3 pagi
"Maaf aku mengganggu kacau kau, aku cuma nak tanya kau ada mimpi tentang seorang wanita tanpa wajah? "
"Kenapa Kau tanya macam tu? " soalku pelik kerana setahu aku, aku tidak pernah bercerita perihal mimpi aku pada orang lain
YOU ARE READING
"DIA"
Mystery / Thrillerkhalisa seorang pakar psikologi yang amat dikenali dan banyak kes yang dapat diselesaikan. Sehinggalah dia bertemu putri yang telah menarik minat khalisa untuk mengetahui kes tentang putri " 'Dia' pergi bawa semua kawan kawan saya " kata putri sambi...