[SELENA]
Hai, namaku Selena Lyon. Sedapkan nama tu? Aku berumur 17 tahun dan merupakan adik kepada abang perasan macho, namanya Trix Lyon. Dia berumur satu tahun lebih tua dari aku.
Hari ini merupakan hari Isnin. Hari di mana semua pembaca pasti tidak suka, lebih lebih lagi kalau yang masih bersekolah itu. Ye hari PERIMPUNAN SEKOLAH. Saya ulangi..... PERHIMPUNAN SEKOLAH.
Seperti biasa, aku dan abang perasan hensem tu pergi ke sekolah dengan menaiki kereta. Kereta Ferrari pulak tu.Warna merah berkilat habis. Anda dipersilakan jeles. Tapi tuan punya kerata tu abang aku punya lah.Hehehe....
Apapun, setibanya kami di sekolah, adegan yang memang diduga sudah bermula. Banyak perempuan berkumpul di sekeliling abang ku sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Aku pun di ketepikan macam sampah. Sadis......
Kemudian aku pun ternampak Trix mengangkat tangannya ke arah ku sambil berkata, " Tolong~~"
Aku pulak buat tak tahu lalu beredar dari situ, malas nak layan. Nanti aku juga kena sepak ke tepi balik. Lebih baik aku cari geng aku dulu tata~~
***********
Di belakang sekolah.....
Aku berjalan ke tempat yang telah dinyatakan di atas tadi iaitu di belakang sekolah. Dua ekor kelibat telah dapat dikesan olehku lalu aku berjalan perlahan lahan ke belakang mereka.
Satu......
Dua......
Tiga!
"BOO!" jeritku, menakutkan mereka berdua.
"Opocot mak kau!" jerit orang pertama manakala seorang lagi buat endah tak endah je.
" Hahahahaha! Kau patut tengok muka kau tadi tau. Hahahaah!"
"Ishhh, terkejut aku. Nasib umur aku masih panjang lagi kalau tak nahaslah kau aku kerjakan!" jerit orang pertama tadi.
"Maaflah, aku sengaja." aku berkata sambil menahan rasa ketawa.
Dia pun mengangguk angguk tanda aku dah dimaafkan.
" Lagipun.... Apa korang tengah buat ni? Buat surat cinta ke? " tanya ku apabila aku ternampak sekeping kertas di tangan orang kedua.
Dia pun bersuara," Ini surat cinta dari perempuanlah. Aku bukannya ada crush kat mana mana perempuan."
Lepastu dia koyak koyak kan kertas tu dan simpan ke dalam poket seluarnya.
Keadaan di aitu menjadi senyap sepi. Langsung tiada bunyi pun. Awkward? Oh ye, aku ada soalan untuk mereka tadi. Mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertanya.....
"Errr..... Korang pernah terfikir tak dengan apa yang akan berlaku kepada kita sebelum graduate? Yelah, Trix kan setahun lebih tua dari kita semua kat sini, mestilah dia akan graduate awal tapi macam mana dengan kita pula? Jacj apa pendapat kau?" aku melafazkan semuanya dengan lancar.
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Tanpa dia, kita ni macam layang layang putus tali, tak ada arah tuju tanpa ketua. Lagipun selepas cuti nanti, dia terus ke luar negara untuk sambung belajarkan? Eh, Erik, kau pulak macam mana?" lelaki pertama, yang diberi nama Jack berkata.
"Hmm, kalau akulah, aku akan adakan parti jamuan perpisahan untuk meraikan ketamatan sekolahnya seterusnya mengucapkan tahniah kepadanya sebelum dia pergi ke luar negara."
Lelaki kedua yang diberi nama Erik itu menyuarakan pendapatnya."Bernas betul cadangan kau! Kenapa aku tak pernah terfikirkan pasal itu." kata ku sambil tersenyum.
Kring!!!!!
Nampaknya perjumpaan kali ini berakhir dengan perancangan majlis jamuan kecil kecilan untuk abang aku. Aku, Erik dan Jack pulang ke kelas masing masing.
Erik berada di kelas aliran Sains.
Jack berada di kelas aliran Sastera.
Aku pula berada di kelas aliran Seni.
Ketiga tiga kami merupakan pelajar tingkatan lima manakala Trix berada di kelas aliran Sains, tingkatan enam.
*******
Time skip brought to you by your author....
Yeay masa balik! Nanti balik rumah aku nak baring kat atas katil aku sepuas puasnya. Aku nak peluk bantal peluk ku sampai bantal tu muak dengan aku sambil aku main henpon. Ye, Ku nak sambung main game Mobile Legend. Sapa tak kenal game ni sila meninggal!
" Selena! Tunggu aku woi!" jerit suara yang aku paling pantang dengar. Dan aku dah lama nak uli ulikan muka dia ni.
Dengan tidak relanya, aku pun memalingkan muka ke arah syaitan itu. Maaflah tapi aku rasa nama gelaran manusia ni tak sesuai dengan lelaki ni.
"Kau nak apa, Wes?" tanyaku, sambil menahan tangan aku dari membelasahnya.
"Aku nak ajak couple balik. Kau pun tahu kan aku cinta kan engkau. Lagipun aku dah insaf sejak kejadian itu berlaku. Lagipun lelaki sekacak aku bukannya selalu kau dapat couple. "
Apabila dia menyebut perkataan kacak tu, aku terus rasa nak muntah makanan bekal aku tadi. Meluat aku mendengarnya.
"Maaflah tapi perempuan bernama Selena ni tak nak couple dengan lelaki kacak tu lagi sebab lelaki tu dah hancurkan hati dia sehabis habisnya. Lagipun aku tak nampak pun lelaki kacak tu."
" Memanglah kau tak nampak sebab dia sudah lama berada di dalam hati perempuan bernama Selena ni. " dia tersengih kat situ.
" Ah, terima kasihlah sebab bagitau aku. Nanti aku bolehlah korek lelaki kacak yang tak tahu malu tu keluar dari hati aku. Tata~~" aku berkata sambil berjalan ke arah pondok tanpa menghiraukan dia. Annoying jerk....
Tiba tiba je tangan aku terasa ditarik. Apabila aku pandang ke arah punca penarik lengan aku, aku sudah tahu syaitan mana yang tarik tangan aku.
"Kau nak apa lagi ni? Hah?!" aku mengeluh sambil cuba untuk melepaskan tangan aku dari genggaman dia ni tetapi gagal dari aspek kekuatan.... Lemahnya aku.....
"Aku nak minta maaf pasal hari tu..... Tolonglah maafkan aku, kau jelah permaisuri hidupku. Aku tahu aku bersalah masa tu tapi tolong lah berikan aku peluang yang kedua. Kali ini je. Please...." dia membuat muka serius.
"Baiklah aku maafkan kau tapi aku tetap tidak akan couple ngan kau lagi."
" Tapi kenapa pula. Jangan cakap yang kau ada suka sesiapa. Bagitau aku, sapa pencuri hati permaisuri aku."katanya.
Muka aku terus menjadi merah. Mungkin lebih merah dari darah kot. Kau biar betul nak tanya aku soalan peribadi ni.
"Tak-tak adalah. Kalau aku ada pun, buat apa aku nak bagitau kau. Dahlah, aku dah lambat nak meeting ngan geng aku. " aku berlalu pergi setelah berjaya melepaskan tanganku dari tangannya.
Kali ini aku berlari. Takut takut mungkin dia akan tarik tangan aku lagi. Muka merahku masih belum terpadam lagi.
Harap haraplah perkara ini tidak berlaku kepada orang lain.
Bersambung.......
YOU ARE READING
ZOMBIBIE?!
RandomBersama sama watak utama cerita ini, Trix, Selena, Jack dan Erik menempuhi alam penuh dengan Zombie atau Zombibie kata Selena.......