Sabarlah keluarga yassin,
Bagimu syurga di sana~Sabar ni terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mentaati perintah Allah dan sabar dalam membuat maksiat.
Hurmm,
Kawan-kawan, apa maksud sabar dalam mentaati perintah Allah? Maknanya sabar dalam menjalankan suruhan Allah. Contohnya kita sabar dalam menutup aurat.
Eeee, panasnya pakai tudung ni. Sampai tutup bawah dada pulak tuu..
Eeee, panasnya pakai baju lengan panjang ni....
Eeee, kene pakai stokin?
Mashaa Allah, sistur-sistur sekalian, tahukah bahawa besarnya ganjaranan yang kita bakal peroleh andainya menutup aurat dengan sempurna?
Kak, macamana nak istiqomah buat perintah Allah ni.
First, kena paksa diri. Contohnya solat, tutup aurat, nak tak nak memang kena paksa kan diri, lama-lama inn shaa Allah terbiasa. Tang proses paksa ni lah kena adanya keSABARan.
Kak, macamana kalau orang sekeliling mengata?
Kata kuncinya ialah SABAR dan ingatlah manfaat-manfaat yang kita bakal terima andainya kita sabar dalam mentaati perintah Allah.