You & Me

187 33 4
                                    

Jihyo membawa buah tangan iaitu bakul yang berisi buah kegemaran Namjoon. Dia membuka pintu dan mengeluh kecil. Pantas buah tangan itu diletakkan di meja katil dan langsir dibuka dengan seluasnya.

Setelah itu, dia kemudiannya memperbetulkan selimut yang membaluti tubuh kaku milik Namjoon.  Matanya memandang sekilas buah tangan epal yang dibawanya minggu lepas. Masih lagi di dalam bakul dan kelihatan tidak disentuh lansung. Laci tepi katil ditarik dan pisau kecil dikeluarkan.  Epal yang tidak disentuh diambil sebiji dan dikupas mengikut kesukaan gaya Namjoon iaitu Rabbit Shape.

Setelah siap, pinggan berisi epal merah tersebut diletakkan di atas meja. Baru sahaja Jihyo ingin menyuapkan epal tersebut ke mulut, kedengaran bunyi pintu dikuak. Jihyo segera bangun dan mukanya menunjukkan senyuman manis.

" Jihyo, awal sampai ? "

Jihyo sekadar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Hari ni saya cuti. Alang-alang tiada benda nak buat kat rumah, baik saya datang ke hospital. "

Doktor lelaki itu tersenyum manis melihatkan gadis dihadapannya. Matanya sempat menangkap perbuatan tangan gadis itu yang memegang tangan Namjoon dengan erat.

Setelah beberapa minit, Doktor Suga meminta izin untuk beredar. Sempat Jihyo memberikan seulas epal kepada doktor tersebut, sebagai ucapan terima kasih.

" Weh, aku ada belikan epal ni, favourite kau ni. Janganlah biarkan tak bersentuh. Nanti dah busuk. Membazir je duit aku. Tak pasal-pasal kena bagi kat staff hospital. "

Jihyo masih lagi merungut sambil menghabiskan epal yang entah ke berapanya.

Setelah penat mengunyah, dia menghampiri katil dan duduk disebelahnya. Tangan Namjoon dipegang erat, seolah olah tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila.

" It's been 4 years Kim Namjoon. 4 years and you still here, on the bed not waking up not open your eyes. It's been 4 years after that incident. I still believed that miracle will happen, no matter for how long I  need to wait.   "

Mata Jihyo merenung lama raut wajah Namjoon. Raut wajah ni yang selalu buatkan dia tersenyum. Dia takkan pernah lupa lesung pipit milik Namjoon yang selalu timbul walaupun tanpa senyuman. Jarinya mencucuk pipi tembam milik Namjoon. Geramnnya dia hendak mencubit pipi pau dia.

" Banyak benda dah terjadi sepanjang 4 tahun ni.  Yayasan yang kau usahakan tu dah berjaya membantu banyak orang. Banyak orang dan berjaya dan kau tahu tak yang paling bestnya, semuanya nak jadi macam kau. Tak sia- sia usaha murni kau. Kau tahu, Jimin, Taehyung dan Jin dan kahwin. Jong Kook pulak, masih lagi mencari.  Doakan dia tau. Kemudian..

Jihyo terhenti sebentar. Kemudian dia ketawa kecil.

" Sorry lah, aku terulang balik cerita yang aku dah cerita 3 tahun lepas. "

Jihyo berdehem seketika. Dia kemudian membaringkan kepala, matanya menghadap Namjoon yang masih lagi lena.

Tidak lama kemudian, dia  mula menangis. Teresak - esak. Hampir basah selimut dan tangan Namjoon yang kaku. Dia terus dan berterusan menangis.

" Jihyo yaa, Keadaan Namjoon makin teruk. Tiada sebarang perubahan malah semakin teruk. Kami tidak dapat lakukan sesuatu. Organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan baik. Otaknya tidak dapat beri respon dengan baik.  Jalan terakhir adalah, untuk putuskan alat bantuan pernafasan. "

Jihyo masih lagi menangis. Tergiang - ngiang ayat yang dilontarkan oleh doktor tersebut, seolah olah seperti pita rakaman yang rosak.  Dia kemudiannya mengelap air matanya dengan laju. Tangan Namjoon disusun dengan kemas diletakkan pada perut. Dia kemudian mencium dahi Namjoon lama.

" Tapi Tuhan ada perancangan yang lebih baik. A..Aku mintak maaf Namjoon. Atas semua kesalahan aku kat kau. Dan... oh gosh aku harap sangat kau boleh dengar  apa yang aku nak cakap ni. Aku.. sayang kau."

Alat bantuan pernafasan dicabut. Selimut ditarik hingga ke atas menutupi muka Namjoon.

Selamat Tinggal Namjoon. Amanlah kau disana

Teetttttttttttttttt


Hujan muka turun dengan lebat. Ramai sudah mula beredar tetapi tidak bagi orang lain. Mereka memandang batu nisan dengan lama.  Jimin mula menyentuh batu nisan yang tentera nama Kim Namjoon. Selepas itu tangannya beralih ke batu nisan di sebelahnya.

SONG JIHYO

" Gila betul diorang mati sama - sama. "  Jimin bergurau tetapi hakikatnya air matanya masih mengalir laju.

" Aku dah pesan dah banyak kali kat Jihyo, bawak kereta hati - hati. Sia- sia je aku belanja dia ais krim kalau bawak kereta macam orang gila. " rungut Taehyung cuba untuk menahan tangisan.

Jihyo terlibat dalam kemalangan kereta selepas melawat Namjoon. Dia  menuju ke rumah untuk bersiap sedia urusan perkebumian. Dalam hujan yang lebat, sebuah kereta di  lorong kanan memotong ke kiri menyebabkan Jihyo tidak sempat mengelak lalu berlaku kemalangan. Jihyo tercampak ke luar kereta dan mengalami kecederaan parah.

Mata  Jihyo terlihat satu bayangan. Bayangan yang amat dikenalinya.

" Tunggu aku Namjoon. Aku datang "

Perlahan - lahan. Matanya mula tertutup bersama senyuman dan air mata yang mengalir.


" Cuba kau ulang balik, apa yang kau cakap kat aku sebelum cabut alat bantuan pernafasan ?. "

" Aku ada cakap apa - apa ke . Rasanya takda "

" Adalah. Kau buat- buat lupa pulak. "

" Ada eh. Eheheheheh "

Mereke berdua berjalan sambil berpegang tangan dengan erat.


Love never dies a natural death. It dies because we don't know how to replenish its source. It dies of blindness and errors and betrayals. It dies of illness and wounds; it dies of weariness, of withering, of tarnishing.

Anais Nin





TogetherWhere stories live. Discover now