Part 3 || Flashback (iii)

13 1 0
                                    

(Author note:lil bit scary ye!)

Lokasi:Rumah banglo tiga tingkat

Di sini,matahari tidak tenggelam di kaki laut.

Di sini,matahari hanya tenggelam di balik bumbung-bumbung rumah banglo tiga tingkat yang sudah lama usang,sunyi dan tidak bernyawa.

Selalunya,tanpa salam pamitan atau tanpa di perdulikan sesiapa.

Cuma semua orang di sini tahu apabila matahari tenggelam,tempat ini perlu ditinggalkan kecuali beberapa orang manusia yang datang mencari bala.

Pada waktu itu,malam begitu dingin.

Rebas hujan masih bertempias ke kaki lima.Sekali gus bersaing dengan angin,memadamkan lilin dan colok-colok yang terpacak di atas sebuah meja lipat kecil yang diletakkan di tepi tiang di sebelah kanan.

Dalam remang suasana,masih terlihat jelas apa yang diletakkan di atas meja.

Ada beberapa biji buah limau,taufu,nasi yang direndam di dalam air sebuah bungkusan.

Di tepi meja itu pula ada sebuah tong besi berwarna merah yang digunakan untuk membakar wang neraka dan sebuah kerusi,seperti telah diduduki orang.

Semua itu jelas menunjukkan ada seseorang yang telah berusaha menyajikan hidangan di situ untuk roh-roh yang dipercayai telah dibebaskan dari neraka tersesat ke situ mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Namun,itu semua tidak bererti kerana makhluk yang berada di situ bukanlah hantu,tetapi makhluk lain yang lebih menyeramkan.

"Aduh,cepatlah sikit!"

Keluhan Seung Cheol mematikan lamunan Joo Hyuk.Sambil menggesa,tangan budi menolak-nolak bahu Joo Hyuk yang cuba membuka kunci mangga grill.

Kunci pada pintu pagar telah dibuka.Tetapi,entah apa masalahnya,kerja yang sepatutnya senang sudah menjadi susah.Dia mula hendak marah.Apatah lagi beg plastik yang dipegang semakin lama semakin menyakitkan jari.

Kerana tidak tahan,dia meletakkan sahaja beg plastik itu ke atas lantai kaki lima yang berdebu.

Seung Cheol berdecit keras.

Dalam keheningan malam,deruan nafas yang laju memacu rasa cemas.Gigil di tangan semakin kencang.Dahi mula basah.Dalam hati dia menyumpah-nyumpah apa sahaja yang terlintas dalam kepala.Dia tidak sangka akan jafi sesusah ini.

Mulalah dia rasa menyesal.

"Fuh!"

Kata-kata itu tersembur daripada mulutnya apabila kunci grill itu berjaya dibuka.Barulah dia boleh bernafas semula.

Tanpa membuang masa,dia terus menolak grill tersebut.Dia menolak pintu rumah sedikit demi sedikit.Namun,bunyi yang dihasilkan bukan main.

Bagai rumah hantu.

Sampai cekang urat perutnya akibat ketakutan.

Krekkk!

Pintu itu bergesel dan berkeriut panjang apabila ditolak Seung Cheol.Maklumlah,sudah lama tidak dibuka sesiapa.

"Perlahanlah sedikit!"

Joo Hyuk menegur dengan kerutan di dahi.Hatinya bimbang.Sesekali matanya meliar memerhati keadaan sekeliling,memerhati kalau-kalau ada sesiapa yang lalu lalang.

Setahu dia,di tempat sebegitu kadang-kadang memang ada polis dari balai polis berdekatan membuat rondaan.Kalau terserempak,memang menjawab panjanglah jadinya.

Lagipun,waktu sudah hampir benar ke tengah malam.Sesiapa sahaja boleh mengesyaki yang bukan-bukan.

"Tunggu apa? Cepatlah masuk!"

Kini Seung Cheol pula menyergah Joo Hyuk yang masih terhegeh-hegeh di tangga.

Mendengarkan arahan Seung Cheol,Joo Hyuk segera mencapai beg plastik di atas lantai.Kemudian perlahan-lahan memasuki rumah tersebut dan berdiri di hadapan pintu bersama lampu suluh kecil.

"Hisy!!"bentak Seung Cheol.

Sempat ditampar bahu Joo Hyuk sekali.Kemudian dia terus menutup kembali pintu itu.Kemudian,dia mendekati Joo Hyuk yang tidak bergerak jauh.

"Jom!"

"Kaulah jalan dulu.Aku mana tahu tempat tu kat mana" balas Joo Hyuk

Kakinya bagaikan terpaku ke lantai.Berat sungguh untuk diangkat walau dia juga beria-ia mahu mencuba nasib di situ.

Mereka mahu mencari rumah untuk didiami.

Pada beberapa hari lepas,Seung Cheol ternampak poster yang diselitkan di keretanya.Ianya tertulis rumah banglo 3 tingkat dijual dengan harga RM500 jika mengikut harga di Malaysia.

Murah bukan?!!

Namun,dia terdengar orang kampjng bercerita tentang rumah itu bahawa rumah itu dihuni 'sesuatu yang menyeramkan.

Oleh sebab itulah,mereka berada di sini untuk melakukan upacara penghalauan untuk mengusir makhluk tersebut sebelum berpindah ke sini.

"Jalanlah cepat!" Joo Hyuk mula mengatur langkah di belakang Seung Cheol.

Joo Hyuk meremang.

Kini dia akui,Seung Cheol tidak berbohong.Daripada pengalamannya,dia yakin tempat itu memang keras.

Ada sesuatu yang menghuni di situ.

Sudah agak lama dan sentiasa memerhati mereka berdua sejak mereka tiba di kaki lima,cima tidak diberitahu kepada Seung Cheol.

"Fuck!" Seung Cheol mengundur ke belakang degan tiba-tiba.

Joo Hyuk di belakang terus terlanggar tubuh Seung Cheol.Dia hampir tersungkur ke lantai kalau dia tidak cepat berpaut pada dinding bilik.

"Janganlah,bodoh!!" Dia bingkas berdiri tegak semula.

Dia benci kalau terkejut,terutama dalam keadaan seperti itu.

"Tu." Seung Cheol mengangkat lampu suluhnya semula.

Kali ini lebih tinggi,kira-kira paras mata mereka berdua.Dia bukan segaja hendak menjerit.

Mata Joo Hyuk melirik mengikut arah cahaya.Apa yang disuluh Seung Cheol buat dia tergamam.Dia hadapan mereka,berdiri susuj tubuh hitam legam.

Kepala botak berkilat dengan mata biru muda.Lebih tergamam dia apabila nampak mata biru itu berkelip.

"Asudah...." Lesu suara Joo Hyuk

Nafas diatur semula.Kemudian Seung Cheol menyuluh sekeliling,ada empat lagi susuk tubuh yang serupa di sekitar ruang itu.

Mereka cuba menarik nafas sedalam mungkin.Susuk itu hanya memandang mereka sambil mengelipkan mata.Mujurlah susuk itu tidak menyerang mereka.

*******************

Author ni bengong.

Ckp nk update.Tp tak update.

#mohon bash ramai2

Oklah.Vote tau.

Share your thought.

Bye.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[On-going] Savage Vampire (김민규)Where stories live. Discover now