Part 1

15 0 0
                                    

Pada zaman 20XX , perubahan pada alam telah banyak berubah. Pokok? Sudah tidak kelihatan lagi. Pelajar-pelajar tidaklah diajar tentang alam kehijauan yang memberi manfaat. Semuanya telah pupus sekelip mata dari pandangan mata dan minda. Era dimana ramai ahli politik membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah ini. Akhirnya seorang saintis berdiri dan telah mencipta suatu mesin yang mana dapat memecahkan karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen. Dialah saintis yang telah membantu dunia daripada kehancuran atau kiamat. Dialah Prof. Edward, seorang saintis yang yang digelar The Future Scientist kerana mencipta sesuatu yang di luar jangkaan dan kesemua ciptaannya telah diguna sehingga kini.

"Kringggg!!" Loceng sudah pun dibunyikan. Ini menunjukkan tamat waktu persekolahan. Semua pelajar tergesa-gesa balik kerana hendak meneruskan aktiviti masing-masing. Tinggallah seorang pelajar perempuan yang sedang menulis laporannya yang perlu dihantar selepas ini.

"Kalau bukan sebab Megumi, sudah tentu aku tidak akan didenda menulis laporan oleh cikgu Zack," berbisik dia di dalam hati sambil memaki Megumi banyak kali. Di atas kertas laporannya tertulis 'saya janji akan siapkan segala kerja rumah yang diberi' berulang kali. Dia berasa marah memikirkan peristiwa pada waktu itu. Dia menulis dengan penselnya dan ditulisnya dengan laju. Guru itu masuk ,"Dah siap ke?"
 
"Sikit lagi cikgu"

"Kamu ni lain kali perlulah siap kerja rumah kamu..." cikgu mulalah memberi teguran yang panjang lebar itu. Perempuan itu hanyalah membisukan diri. Dia tahu jika dia melawan akan jadi lebih teruk lagi.

"Aria!"

"Ya cikgu" Jawab Aria dengan akur.

"Kamu boleh balik" cikgu terus beredar dari kelas.

Eh?!?!

'Akhirnya, ku dapat keluar dari sekolah ini' berbisiknya di dalam hati. Aria keluar melalui ke pintu hadapan sekolah untuk menuju ke rumahnya. Tiba-tiba, Aria terserempak dengan seorang lelaki yang memakai baju dan seluar berwarna putih. Pakaiannya berupa daripada brand yang berjenama. Lelaki itu berdiri bersama dua lelaki yang berkaca mata hitam. Kelihatan ada parut pada pipi salah seorang ahlinya.

"Lebih baik aku jalan cepat. Dari rupa mereka, nampaknya mereka seperti orang jahat," berbisik Aria sambil berjalan pantas.

"Hey, kamu disana!" Lelaki itu panggil sambil melambai pada Aria.

"Hey hey, lebih baik aku lari sekarang," Aria mengenggam begnya lebih kuat sambil membuka langkahnya dengan besar. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana masalah lagi setelah mana baru habis daripada denda membuat laporan. Aria pun toleh ke belakang dan melihat kembali. Aria nampak lelaki berbaju dan berseluar putih itu mengejarnya sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari poket lelaki itu. Lelaki itu menghalakan pistol dekat dengan Aria lalu melepaskan tembakan satu das. Aria terus jatuh dan kaku selepas terdengar bunyi tembakan itu. Dia takut kerana tidak pernah melihat orang menggunakan pistol pada dia, memikirkan yang setiap situasi sekarang merupakan movie action berepisod.

"Adik, boleh ikut abang tak? Ada benda nak cakap ni..." lelaki itu cakap dengan lembut sekali. Lelaki itu mempunyai suara yang agak garau yang menawan. Badannya perkasa dan tegap dengan postur badan yang lurus.

"Adik?" Aria menjawab dengan sinis.

"Tidak sangka lelaki itu memandang saya seperti budak kecil" cakap Aria dalam hati.

"Saya Will dan saya di sini hendak menjadikan kamu isteri saya," Lelaki itu cakap sambil mencium tangan Aria seperti puteri dalam istana.

Orionatia (BM)Where stories live. Discover now