Part 2

8 1 2
                                    

"Saya Will dan saya di sini hendak menjadikan kamu isteri saya," Will cakap sambil mencium tangan Aria seperti puteri dalam istana

"Saya Will dan saya di sini hendak menjadikan kamu isteri saya"
Ayat itu telah berulang kali berbunyi dalam kepala Aria dan menyebabkannya tidak fokus di dalam kelasnya.

"Aria!" Jerit cikgu dengan begitu marah sekali pada Aria kerana tidak fokus dalam kelas. Cikgu itu perasan yang Aria sedang berkhayal sewaktu cikgu ajarnya dalam kelas.

"Aria jumpa cikgu lepas ini," marah cikgu pada Aria depan semua murid dalam kelas. Ini menyebabkan Aria merah padam kerana malu atas perbuatan cikgu membuatnya seperti ini. Dia berpaling kanan dan nampak Megumi ketawa sinis pada dia.

"Erghhh.....muka dia takleh blah," marah Aria sekali lagi dalam hati.

"Kringg!!" waktu persekolahan pun telah tamat. Segala hal Aria berkaitan dengan sekolah sudah pun diselesaikan. Aria keluar dari kawasan sekolah.

"Siapa lelaki cool tu?" "Kyaaa!! Handsome-nya dia tu" "nak minta nombor dia tak?" Bunyi bisikan daripada pelajar. Memang menjadi kebiasaan bagi pelajar untuk terkejut apabila lelaki datang ke sekolah. Maklumlah, sekolah sini merupakan sekolah semua perempuan (selain cikgu- majoriti lelaki)

Aria melihat luar dan nampak Will memakai baju T-shirt biasa dengan seluar hawaii hijau kuning berparas lutut. Will seperti menunggu seseorang.

"Lebih baik saya berjalan cepat sebelum berlaku salah faham saya dengan dia," berbisik Aria dan cuba abaikan hal berlaku semalam. Aria memantaskan pergerakan tetapi tidak berjaya kerana Will memang mencari Aria.

"Hai, saya nak bercakap dengan awak,"Will memegang tangan Aria. Aria menolak tangan Will untuk jauhkan diri pada Will.

"Jangan sentuh aku!"

"Boleh saya cakap dengan awak?" Will masih tidak mahu mengalah. Aria mengenggam siku kiri yang lurus ke bawah kerana buntu tentang apa yang perlu dibuat.

"B..baik," Aria menjawab dengan begitu kurang yakin. Dia cuma teringgat ayat yang dikatakan oleh Will semalam. Ia membuat dia merah padam tomato. Entah mengapa Aria menjawab begitu.

~Di Cafe Emaelda~

Aria dan Will duduk di hujung kedai dimana segala bunyi tidak didengar dari sudut itu. Will memesan secawan kopi bersusu. Dia menanya Aria apa yang hendak diminum tetapi dia tidak menjawab. Bagi Aria, segala apa yang hendak diterima hendaklah daripada orang yang dipercayai supaya tiada sebarang racun atau kaedah ugutan Aria terima. Aria hanya meletakkan tangan bersandarkan sebelah tangan sambil melihat pelanggan lain.

"Aria, minta maaf pasal semalam," Will bercakap dengan perlahan sekali. Ia membuatkan Aria berasa kasihan tetapi dia tidak mahu perasaannya melebihi kebijaksanaannya supaya dia tidak ditipu Will.

"Saya ingin membawa awak ke suatu tempat di mana saya akan memerintah," Will memberitahu Aria tentang keindahan tempat itu. Semua ceritanya bagaikan fantasi. Semakin lama, semakin merapu kerana tidak adapun keindahan seperti itu di dunia moden ini.

"Huh?!?! Tahniah dan jangan jumpa aku lagi. Kau ingat aku boleh percaya cerita karut kamu lagi. Mana ada rumah terbang lagi pun," Aria menjawab dengan marah. Akhirnya dia sedar lelaki ini sedang menipu dia tambahan dia fikir lelaki ini gila.

"Tidak!" Will bangun dan mengetuk meja sambil berdiri. Ia membuatkan Aria terkejut ke belakang.

"Saya tidak akan menipu pada bakal isteri tercinta saya," Will cakap sambil meletakkan tangam kirinya pada dahi. Will kemudiannya memegang kedua-dua tangan Aria dengan begitu ketat sehingga memaksa Aria berdiri sekali. Jeritan itu juga membuat perhatian sehingga pelanggan di kedai itu memandang mereka, Will dan Aria. Tetapi situasi itu tidak membuat Will malu walau segetir pun.

"W...Will..emm... boleh kau lepaskan tangan aku.." Aria yang garang bertukar kepada Aria, si pelembut. Aria tidak menyangka ini akan berlaku. Akhirnya, perlingkahan ini berakhir dengan kemenangan ke atas Will. Aria berjanji akan pergi dengan syarat Will tidak akan memaksa Aria jika tidak menerima lamaran itu sewaktu disana..




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Orionatia (BM)Where stories live. Discover now