SPECIAL CHAPTER

35 1 0
                                    

Happy 1.15k readers!!📣📣📣Tqqqq💕💕💕...Byk juga silent readers kat sini ye...vote lah😭😭 disebabkan byk silent readers dan ff ni dh lama xmasuk noti,so saya x perasan dah 1k😂😂😂 so,here the special chapter...enjoy...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

S.coups POV

Aku ni tengah memundar mandir kehulu kehilir dari sana ke sini.Gelisah dari hati merangkumi semua organ badan! Suara jeritan tak pernah lepas dari telinga aku.Ya,aku sedang menanti kehadiran anak-anakku.Anak-anak? Ya,kami dianugerahkan 2 cahayamata kembar.Suara Eunha yang sedang menahan sakit didalam Labour room itu seperti ingin mati meneran anak-anakku.Sudah 2 jam aku sibuk bermundar mandir depan pintu barulah Seventeen dan Gfriend datang.

Suara Eunha yang seperti pontianak menjerit kene hempap lori balak itu berterusan.Tapi jujur aku kata,ianya kelakar.Segala perkataan yang tidak pernah aku dengar dari mulutnya terlepas dengan lancar sekali.Aku tidak tahu ingin gelak atau risau.Aku memandang sekilas ahli Seventeen.

First blood

Double kill

Triple kill

Enemy double kill

Enemy killing spree

Victory!!!

Sorakan yang meriuhkan kesunyian dihadapan Labour room ini seperti pemain bola baru jaringkan gol.Mobile legend rupanya.Sepuluh ahli Seventeen yang dibahagi dua yang sedang berperang sesama sendiri itu mempunyai dua jenis riak wajah.Gembira kerana menang dan sedih kerana kalah.Aku,Joshua dan Jeonghan hanya menggelengkan kepala melihat mereka.Aku sebenarnya mengikuti juga perkembangan mobile legend tapi tidak mungkin aku akan bermainnya sekarang.Joshua dan Jeonghan tiada hati untuk bermain permainan itu.Gfriend pula sedang membuat Vlive untuk memberitahu buddy bahawa Eunha sedang dalam proses melahirkan.

"HUAAAAAA!!"

"CHOI SEUNGCHEOL! I HATE YOU!"

"DOKTOR PAHAM TAK SAYA SAKIT NAK TERAN?! HAAAA!"

"YAH! CHOI SEUNGCHEOL!"

Pelbagai kata-kata keluar dari mulut Eunha sambil meneran anak-anak kami.Aku tidak tahu mahu memberi riaksi bagaimana.Ahli Seventeen dan Gfriend sedang menahan gelak tawa mereka."Good job,bro.Aku bakal jadi uncle lah nanti."kata Jeonghan.Aku hanya tersenyum mendengarkan itu."Tak sabar nak tengok anak buah aku!"kata Yerin pula."Eh! Anak-anak buah lah!"kata Umji membetulkan Yerin.Aku hanya tergelak kecil mendengarkan itu.

     Setelah 7 jam berperang dengan kesakitan,dua orang bayi kecil didalam stroler baby disorong jururawat."Tahniah,Encik.Dua cahayamata encik sudah selamat dilahirkan."kata jururawat itu."Kamsahamnida"kataku sambil menunduk 30°.Mataku kembali tertancap pada dua bayi kembar ini.

     Aku angkat seorang bayi yang dibaluti kain biru.Tahulah aku yang itu lelaki."Anyeong,Choi EunCheol-ssi."bisikku ditelinga Euncheol,nama gabungan kami berdua.Aku angkat pula bayi yang dibaluti kain merah jambu.Sudah semestinya perempuan."Anyeong,Choi SeungBi"bisikku padanya pula.Tanpa sedar,air mata seorang ayah mengalir dipipi.

     Baru aku teringat! "Eunha mana?"tanyaku pada jururawat itu."Dia sedang berehat di wad.Encik sila ikut saya untuk mengisi borang sijil lahir."kata jururawat itu.Aku mengangguk dan meletakkan semula SeungBi.Gfriend dan Seventeen tidak lepas juga mencuit mereka."Coups,kitorang pergi tengok Eunha tau"kata Sowon dan aku membalasnya dengan anggukan.

     Dalam perjalanan aku menuruti langkah jururawat untuk mengisi borang sijil lahir,telefonku berdering.Nama managerku terpapar di skrin telefon.Aku menjawab panggilan tersebut dan memberitahu keadaan Eunha.Kata manager,dia akan sampai tidak lama lagi.Aku menghela nafas kecil.Semestinya nanti terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.Wartawan,saudara-mara, Carat,Buddy dan macam-macam lagi.

     Tadi,aku mendapat panggilan.Sekarang,aku dapat mesej.Dari Seolhyun.

Seolhyun Aoa
S.coups-ssi,Eunha
macam mana?

Me
Sudah habis proses bersalin.
Kalau nak jenguk,pergi Wad
D-1.Ada Gfriend dengan 17.

Seolhyun Aoa
Okay.

     Aku dan ahli Aoa sudah berdamai.Tetapi aku masih rasa janggal dengan Seolhyun.Bukan janggal sahaja,takut juga ada.Aku sentiasa mengekalkan jarak sejauh yang mungkin dengannya.Aku tahu dia sudah berubah,tetapi itu tidak mengubah perasaan takutku padanya.Kalau yang baik boleh jadi jahat,jadi baik semula,tidak mungkin dia tidak boleh menjadi jahat lagi.Aku bukan memandang negatif terhadapnya.Tetapi ini adalah langkah berjaga-jaga.

********************

     Ahli Gfriend kesemua sibuk mengambil gambar dengan si kembar.Aoa tidak kurangnya juga.Seventeen? Hanya berdiri,duduk, sandar,main telefon,geleng-geleng kepala lihat mereka.Eunha sudah rasa lebih sihat dari meneran sakit tadi.Kesan air matanya masih tidak hilang.Ya,dia menangis.Tangisan gembira apabila sudah Official menjadi ibu.Tetapi satu sahaja aku fikirkan.Adakah dia tetap dengan Gfriend sehingga habis kontrak? Aku harap sebegitu.

     "EunCheol,SeungBi,jadi anak yang baik ya.Dengar cakap omma dan appa.Jadi anak yang bijak,rajin,baik."bisik Eunha sambil mengelus kepala kembar itu yang sedang lena tidur di sisi Eunha.Aku tersenyum sendiri.Aku melangkah pergi ke arah kanan Eunha dimana SeungBi berada.Aku tidak terlepas juga mengelus kepalanya.Ciuman lembutku hadiahkan buat Eunha di dahi.

     "Eunha! Aku nak bawak balik seorang boleh tak? Hehehe.Comel!!"kata Yerin.Yerin memang suka budak-budak.Lihat muka juga seperti orang belum matang.Awet muda sampai ke tua."Kau nak? Kau buat sendiri."kata Eunha lalu ruang ini bergema dengan gelak ketawa.Manager Seventeen dan Gfriend sedang menguruskan wartawan di luar.Kami tidak boleh keluar selagi wartawan belum pulang.Jadi kami hanya berkampung di sini.Mereka kata hanya 1 jam sahaja sesi soal-jawab-bersama-wartawan itu.Kalau masih lagi tidak pulang,mereka halau.Senang.

********************

2 minggu kemudian~

"Choi Eunbi,anda sudah boleh pulang."

     Mendengarkan itu,aku segera mengemas barang Eunha dan si kembar.Banyak hadiah yang si kembar ini dapat.Dari para CEO,manager,stylist,rakan-rakan dan saudara-mara.Jeonghan dan Joshua datang melawat hari ini jadi mereka menolongku memasukkan semua barang ke dalam kereta.Aku mendukung EunCheol dan Eunha mendukung SeungBi.Kami bertolak menuju ke rumahku.Joshua dan Jeonghan pulang ke dorm.

     Aku dan Eunha tidak kerap sangat pergi ke dorm kami tetapi kadang-kala jenguklah juga.Kini isi rumah dari 2 orang sudah menjadi 4.Aku tidak boleh bayangkan bagaimana aku sibuk dengan kerja dan anak-anak.Semoga baik-baik sahaja.Radio kereta sedang mendendangkan lagu Beautiful dari Wanna One.Aku salute pada kumpulan itu.Baru beberapa bulan debut,sudah menjadi orang ternama.Aku perlu berusaha keras lagi.Tambahan pula aku ini lebih tua dan paling lama debut dari mereka.

     Eunha sedang humming mengikut rentak lagu sambil kedua-dua belah tangan memegang si kembar di kerusi belakang.Wajahnya cerah sahaja melihat si kembar ini.Mungkin itu yang dikatakan 'naluri ibu'.Aku membiarkan sahaja dan kembali fokus pada pemanduan.Jalan raya agak lancar jadi cepat sahaja kami sampai di rumah.Aku mengeluarkan barang-barang dari kereta dan membawanya naik ke bilik bayi.

     Bilik yang mempunyai dua warna,sebelah kiri berwarna biru untuk EunCheol dan sebelah kanan berwarna merah jambu untuk SeungBi.Aku memeluk Eunha dari belakang sambil melihat anak kembar kami tidur.Nyaman dan damai mata memandang.Tetapi,aku takut juga.Takut mereka tiba-tiba menangis! Aku bukannya ikut sangat kursus ibu bapa yang disyorkan oleh Seventeen dan Gfriend.Ia,mereka yang terlebih teruja dari kami berdua sehingga mencari kursus-kursus ibu bapa yang mengarut lagi membuang masa itu.

Aku dan Eunha keluar dari bilik bayi dan berehat di bilik kami.
____________________

Author:Silent readers!! Sila lah vote utk cerita ini!! Sungguh banyak silent readers!! So,how? Kalau nak sambungan,vote lah😂😂 bye😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SCHOOL IDOLWhere stories live. Discover now