Bab 5

39 0 0
                                    

*hai reader . Ini adalah Novel aku yang pertama. So , harap anda semua support and sila silalah komen bagi cadangan supaya jalan ceritanya lebih menarik. Tq*

Keesokkan paginya , Cuaca sejuk mungkin kerana hujan di luar. Lagi lagi didalam hutan. Suasana menjadi gelap seperti malam hari.

Aaira bangun awal kerana dia mahu keluar dari hutan tersebut tetapi pabila dia melihat cuaca di luar . Badannya menjadi lembik seperti agar agar jagung.

Semalam lepas je dinner bersama keluarga pelik tu. Mereka melepak di ruang tamu rumah tersebut. Tetapi Aaira hanya membatu seperti patung cendana kerana perangai lelaki lelaki yang tidak di kenalinya itu mengalahkan perangai ribena Isya dan Amy. Pabila teringatkan dua orang kawan baiknya itu dia rasa serbe salah. Mungkin mereka berdua risau akan dirinya. Baba ? Oh Babanya mesti lagi risau.

Aaira bangun daripada katil empuk dan gebu tersebut. Dia jadi semangat tiba tiba.

"Aku kena keluar dari sini " Aaira bermonolog sendiri. Tangannya digengamkan dia berjalan dengan penuh semangat ke arah pintu bilik.

Bila saja dia membuka pintu tersebut.

" Good Morning Princess . Nak kopi I tak ? " Kelihatan Reza hanya bertuala yang diikat dipinggang sambil membawa cawan kopi di depan pintu bilik Aaira.

"Aaaaa! Prevert " Aaira yang terkejut terus membaling beg sandangnya ke arah Reza. Lalu menutup pintu dan menguncinya. Bukan itu sahaja. Dia tutup tingkap langsir dan berselubung dengan selimut.

Reza yang tergolek dek balingan beg Aaira yang berat tu masih lagi terpinga pinga. Cawan kopinya hentah sudah kemana.

"Apabenda doh pagi pagi ni " Afif muncul pula dari tangga. Dia yang melihat Reza terduduk di depan bilik Aaira itu pon menuju ke arah lelaki tersebut.

Belum sempat Afif mendekati Reza. Afif tergelincir lalu terbaring kerana terpijak lantai yang di sirami air kopi.

Reza yang cuba bangun mendekati Afif .Hanya separuh jalan sahaja tuala yang kemas ikat di pinggangnya terlucut di depan Afif. Menampakkan boxernya yang berwarna pink ke ungguan.

Dalam masa yang sama kehadiran Daniel yang baru tiba di situ menjerit melihat aksi terlarang Reza dan Afif .

Afif yang pada mulanya ingin pura pura pengsan juga turut menjerit. Diikuti dengan Reza yang menjadi mangsa keadaan.

****************
"Dan macam tu la ceritanya. Aku mangsa keadaan." Reza menjelaskan kepada Afif , Danial dan Iskandar. Imran dan ummy berada di dapur menyediakan makanan tengah hari mereka.

"Yeke macam tu . Aku ingat kau ni kunyit. Dah la pakai boxer pink .Eeuu!" Afif membuat muka geli sambil badannya di gerak gerak kan acah naik bulu roma.

"Tu la. Aku pon ingat kan kau nak rogol si afif ni. Tau la dia ni slow sikit . Tak baik tau buat OKU macam tu. Tahu la kau dah lama sangat duduk hutan ni. Takkan dah tukar selera kot. Seram aku" Daniel yang duduk menghadap Reza memberi komen .

"Haa betul tu . Tak baik tau buat aku macam tu. Ek kejap , kau kata aku OKU ?! " Afif membaling bantal empat segi yang di peluknya dari tadi ke arah Daniel dengan sepenuh tenaga.

"Hey kau ni karang. " Daniel sempat menyambut bantal tersebut.

Iskandar yang hanya menjadi pemerhati dari tadi hanya mampu menggelengkan kepala. Kelihatan Rafiq yang baru pulang dari luar rumah. Hentah ape yang di buat hujan hujan ni di luar tak tahu la. Dia jarang berada di rumah.

"Apa cerita ni semua. Bincang ape tanpa aku ni ?" Rafiq mendekati mereka. Lalu duduk sebelah Danial.

"Kau pi mana hujan hujan ni . Lama tak balik rumah . Nasib hidup lagi "

Kini Iskandar pula mula mencelah.

Belum sempat Rafiq nak buka mulut. Imran yang hentah bila tiba di situ bersuara.

" Nasib baik lah semua ada di sini. Makanan dah siap di hidang. Marilah kemeja makan " dengan penuh sopan Imran bertutur. Senyumannya tak lekang dibibir.

***************
Aaira memanjat katil kemudian dia panjat pulak meja make up . Tangan diangkat setinggi yang boleh. Kaki di jengket jengket kan.

"Aduh mana la nak dapat line phone ni. Kata bersamamu walau kemana jua. Aku sesat dalam hutan ni . Kau takda pulak. Dasar orang kuning tada guna " Aaira membebel sambil mencari line phone yang sememangnya takkan ada ketika berada di tengah tengah hutan belantara. Tiba tiba dia tersilap langkah lalu jatuh tergolek kebawah. Dia berguling guling menahan sakit.

"Aduh kaki kaki .. "

Tok tok tok .....

Dengan terjengket jengket Aaira membuka pintu.

" Ira marilah turun ke bawah. Makanan telah siap dihidang. " Sekali lagi Imran dengan penuh sopan dan senyuman tidak lekang dibibirnya. Cermin mata yang senget sedikit di betulkan.

Sudahlah menumpang. Makan pun orang datang jemput ke bilik. Aaira membalas senyum namun hambar. Dia mengangguk lalu keluar dan menutup pintu biliknya. Dia berjalan seiring dengan Imran.

"Kenapa dengan kaki awak?" Imran kehairanan. Aaira jalan terdengkut dengkut di sebelahnya.

" Saya jatuh katil tadi hehehe" Aaira menggaru tepi pipinya yang tidak gatal. Imran hanya mengangguk. Tidak pulak bertanya banyak.

SESATWhere stories live. Discover now