Berbulan bulan dah pun berlalu begitu sahaja
Lepas aku dapat memgetahui si dia mempunyai orang istimewa
Aku hanya mampu suka dalam diam
Dalam diam aku melihat dia
Dalam diam aku melihat senyuman dia
Tapi itu semua hanyala dalam diam saja
Mungkin dari jauh saja aku dapat melihat
Kerana senyuman dia tak pernah hilang
Walaupun aku ni bukan terpenting buat dia
Cukupla sekadar dapat melihat senyuman itu
Kerana senyuman dia dapat menutupi segalanya
Kejauhan mengajar sesuatu yang baik
Walaupun hanya dalam diam tapi aku dapat melihat senyuman dia
Walaupun sakit mendapat tahu perasaan dia untuk orang lain
Disebabkan itu aku hanya menginginkan dia senyum setiap hari kerana senyuman itu sungguh bermakna buat aku.