Chapter 1

5 0 0
                                    

NAENA POV
Aku mengheret beg galasku dengan malas sekali. Harini merupakan hari pertama aku menjadi sebahagian daripada pelajar Lucky Highschool. Nama macam great kan? Tapi tak bagi aku.

Ini sudah masuk 5 kali aku tukar sekolah dalam tahun ni disebabkan oleh perangai aku yang terlebih baik ni. Sebelum ni aku merupakan pelajar Epik Highschool ; sebuah sekolah yang popular dengan pelajar yang berbakat dalam seni tari.

Aku bersekolah di sana hanya untuk beberapa bulan sahaja. Aku di tukarkan sekolah kerana baru-baru ini aku telah membuli seorang junior. Bukannya aku sengaja, dia yang tak reti nak hormat aku.

“Arghhh! Malasnya nak masuk sekolah!!” Gerutu aku sendirian.Aku kini berada betul² di hadapan Lucky Highschool. Aku harap sekolah ini tak membosankan. Jam aku pandang sekilas.

“Baru pukul 8. Apahal pintu pagar ni dah tutup? Aku datang awal ke?” soalku kepelikan. Aku terlihat kelibat seorang pengawal sedang mendekati aku. “cik, cari sapa ya?” Tanyanya dengan sopan. “Pakcik, tak nampak ke baju saya ni. Ada lambang sekolah ni kan? Saya pelajar sekolah ni lah! Nampak muka saya ni mcm tukang kutip sampah ke?!” marahku.

“Kalau cik sekolah ni, kenapa cik datang lambat. Pintu pagar sekolah ni biasanya ditutup jam 7:30 pagi. Sekarang dah pukul 8.” Kata pengawal itu sambil membuka pintu pagar untuk aku masuk. “Pakcik. Saya ni pelajar baru kat sini. Salah ka kalau saya datang lambat? Ada saya kacau duit pakcik ke kalau saya datang lambat?!”bentakku.

“Oi perempuan. Kau ni tak tahu hormat orang tua ke? Apahal biadap sangat?”kedengaran suara lelaki di belakang aku. Aku pusing mengadap lelaki itu. ‘Tampan, tapi kurang ajar' getus hatiku."Kau sapa yang sesuka hati nk ‘oi-oi' kan aku?!” marahku sambil berjalan meninggalkan lelaki dan pengawal bodoh itu.

END POV

Naena berjalan tanpa arah dalam sekolah tersebut untuk mencari pejabat pengetua. Dia malas untuk bertanya kepada pelajar yang lain. Setelah beberapa minit berlegar dalam banggunan yang agak besar itu, akhirnya dia menjumpai apa yang dicarinya.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Naena terus masuk dan melabuhkan punggungnya di sofa yang telah tersedia dalam bilik itu. Pengetua yang sedang bercakap telefon terkejut dengan kehadiran Naena. Dengan cepat dia menyelesaikan tugasnya sebelum duduk di hadapan Naena.

“Apa khabar Naena. Kamu ingat saya lagi tak?” soalnya kepada Naena. “Yang saya tahu, Pengetua ni kawan kepada omma dan appa saya and Pengetua pernah berjiran dengan saya. Cuma saya tak ingat siapa Pengetua. Macam yang Pengetua tahu tentang kejadian 14 tahun dulu.” Kata Naena dengan tenang.

Kata omma, hanya pengetua sahaja yang tahu tentang masalahnya. Kenangan 14 tahun lalu sebolehnya tidak mahu diingati Naena. Kenangan itu merupakan satu mimpi ngeri kepadanya.”Tak apalah Naena. Jangan di layan sangat perasaan itu. Just let it be. You have to move on Naena” pesan pengetua sebelum bangun untuk menelefon guru kelas baru Naena.

Setelah selesai bercakap dengan guru kelas Naena, Pengetua meminta diri kerana dia ada hal yang ingin di selesaikan dan meminta Naena untuk menunggu guru kelas barunya menjemput Naena ke kelas.
5 minit berlalu, seseorang telah mengetuk pintu bilik pengetua yang dihuni Naena sebelum tombol pintu dipulas.

Ternyata guru kelas baru Naena yang dimaksudkan oleh pengetua telah tiba untuk membawa Naena ke kelasnya. “Hi Naena. Mari saya tunjukkan kelas kamu” kata wanita itu.Naena hanya menganggukkan kepalanya sambil berdiri sebelum membototi guru kelasnya itu.

Setibanya mereka di hadapan sebuah kelas, Naena diminta untuk tunggu sebentar di luar kelas. “Okay class, harini saya ada bawa seorang rakan baru untuk kamu semua. Naena, masuklah” panggilnya.Naena melangkah masuk ke dalam kelas dengan malas sekali.

“Annyeonghaseyo, cheonuen Park Naena imnida. Tolong beri tunjuk ajar” Naena memperkenalkan diri bersama muka menyampah. “Okay Naena, Kamu boleh duduk sebelah Jin Hae. Jin Hae ah~ please put up your hand.”Arah Guru yang bernama Song Jihyo itu.

Setelah meletakkan beg dan melabuhkan punggung diatas kerusi, orang di sebelah Naena menghulurkan salam perkenalan. “Hi, Saya Jin Hae. Saya pengerusi persatuan The Eve. Kalau awak berminat, boleh la awak sertai persatuan saya.” Ucapnya dengan gembira. “Ye lah, whatever” balas Naena sebelum dia diulit mimpi.

Subjek Bahasa Inggeris yang diajar oleh Ms. Jihyo di endahkannya. Apa yang penting bagi Naena adalah tidurnya. Dia tidur sehingga loceng rehat berbunyi.
“Oi perempuan. Kau ni memang takda adabkan? Ms. Jihyo mengajar kat depan, kau tidur kat belakang” marah lelaki yang berjaya menyekat lalu Naena semasa dia ingin keluar untuk rehat.

Naena menilik lelaki di hadapanya itu, rupanya dia adalah lelaki yang telah memarahi aku di hadapan pengawal pagi tadi. “eii laki ni, kau ni memang biadapkan? Ada aku kacau kau ke? Tak kan? So, boleh belah tak?” marahku kepada lelaki yang nametagnya tertulis Hyun Jae.

‘Arghhh nama itu seolah- olah pernah didengari sebelum ini. Tapi di mana ya?’ soal hatinya. Naena menganggap ianya cuma tanggapannya saja.

Kau Yang Aku RinduWhere stories live. Discover now