BAHAGIAN 4

348 7 2
                                    


MASIHKAH ADA KATA-KATA CINTA PADA HARI ESOK

ZAFEYA

Penghujung musim bunga menerima kunjungannya. Dia merasa tidak pasti kenapa dia begitu mudah menyimpul keputusan menghabiskan sejumlah wangnya untuk ke sini. Alasannya untuk menziarahi kerana hampir 5 tahun dia tidak berjumpa dengan Aunty Norah dan Uncle Norm. ziarah mereka di bumi mesir tahun lalu bertembung dengan lawatannya ke Yamen, bagi menghaidiri kursus imam dan khatib bersama-sama imam-imam masjid seluruh yaman.

Hari ini setelah dia menamatkan pengajiannya, sebelum dia membuat perjalan ke Ireland utara, dia akan terbang ke Texas terlebih dahulu. Sementara menanti document untuk menetap di Ireland diproses, jemputan Aunty Norah dipenuhi.

Dia menolak ketika Aunty Norah mahu menjemputnya di lapasngan terbang kerana Aunty Norah berada d Dallas. Dia sendiri datang lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan kepada Aunty Norah dan berasa bersalah jika mengganggu ku jungan aunty Norah ke kampung halaman Uncle Norm. Dia akan menaiki kenderaan awam saja untuk ke rumah Aunty Norah. Rumah baru ini belum pernah dikunjunginya. Alamat yang diberi Aunty Norah adalah di Canyon Lake, Texas. DIa tidak begitu pasti kenapa aunty Norah berpindah ke sini setelah hampir 20 tahun di New York.

San Antonio International Airport hanya 46km dari Canyon Lake. Ketika taxinya melewati laman rumah Johnson Rd, Canyon Lake, dia turun di hadapan Rumah desa dua tingkat yang tampak hebat dengan landscapenya yang melatari hampir 4 ekar kawasan binaannya. Lampu taman membias cahaya yang cantik.

Loceng ditekan. Sebentar kemudian, daun pintu terkuak. Wajah gadis yang mennyambutnya agak terperanjat;

" Mr. hasballah? Are you Looking for Mr. Norm? he away for awhile but he leave his massage." sambut gadis itu, tidak begitu mesra. Firman tidak beranjak dari depan muka pintu itu membuatkan gadis itu kembali semula ke pintu.

"Im Firman."Perkenal Firman lalu membuka topinya.

Sekali ini, wajah Zafeya lebih terperanjat. " Firman? 5 years ago awak nampak lain. Sumpah, saya hampir tak kenal. Dulu awak agak kurus but now..hm" Zafeya tidak jadi menyambung kata-katanya. Lelaki di hadapannya nampak tegap dan santai dalam denimnya.

"Come in. aunty norah dan Uncle Norm ada di Dallas. Saya tak tahu pulak awak akan datang ke sini. Nobody telling me. Duduklah. Awak dah dinner?"Zafeya serba salah. Kini jam 9 malam, jika penerbangan lelaki itu dari Kaherah sedari pagi tadi, ada kemungkinan lelaki di hadapannya itu belum makan.

"Ok. Saya masak!"putus Zafeya. Dia seraya bergerak ke dapur, meninggalkan Firman yang duduk di sofa di ruang tamu itu. Kemudian dia muncul semula;

"Kalau you nak rehat, come, I show you bilik."Zafeya sekadar berbasa –basi. Tidak ada reaksi gembira menerima kunjungannya. Segalanya biasa saja, seperti gadis itu hanya menjalankan tugasnya menyambut tetamu. Firman hanya menurut, melintasi hall rumah itu, naik melalui tangga di tepi kanan hall. Bilik di tingkat satu, sebelah kiri ruang family itu dilewati. Zafeya membuka pintu bilik; suaranya kedengran perlahan " Aunty Norah tak bagtau saya pun awak yang nak datang?"

Firman masih diam, melangkah ke dalam bilik. "Oh, mungkin dai nak buat surprise. Ya, im surprise to see you."

"Saya pun surprise lihat Zafeya sekarang. Feya nampak .."Firman emnggantungkan ayatnya sendiri. Cepat pandangannya di alih ke arah tingkap yang dilapisi langsir nipis saat menyedari pujiannya lebih mengagumi fizikal gadis dihadapannya. Dadanya berombak, mengalun istigfigfar yang panjang. Berhadapan dengan Zafeya bukan perkara yang mudah bagidirinya, sedari dulu lagi.

DALAM SUJUD CINTAKUWhere stories live. Discover now