Kisah cinta ini bermula dengan perkenalan aku dari kecil dengan si dia.
Biasalah kawan kan, dan dia tidak seperti lelaki lain.
Sedikit lembut lah dikatakan.
Ketika umur aku sudah mencecah 14 tahun, dan dia sudah 15 tahun, ketika hujung tahun 2013,
ada satu lawatan, aku dan dia mengikuti lawatan itu.
Pada mulanya aku dan dia hanya lah kawan biasa.
Chat pun bukan selalu.
Selepas lawatan itu, hubungan kami jadi rapat, selalu chat.
Sehinggakan aku ada perasaan pada dia.
Suatu hari, dia luahkan pada aku, bahawa dia ada perasaan terhadap aku.
Aku terima luahan dia, kerana aku juga suka dia.
Hubungan kami naik turun, banyak dugaan yang melanda.
Kadang- kadang pernah juga aku terfikir untuk putus, tapi aku sayang dia, aku tak sanggup.
Aku tak pernah layan dia dengan lembut, aku layan dia kasar.
Sebab aku nak dia terbiasa dengan diri aku yang kasar ni.
Aku nak menguji dia, samada dia terima atau tidak diri aku nih.
Alhamdulillah, hubungan aku dan dia masih kekal hingga sekarang.
Suatu hari, aku ditimpa musibah.
Yang sangat sukar untuk aku fikir jalan penyelesaiannya.
Aku sudah menyambung pelajaran di Kolej.
Mak abah aku ketika itu sakit, dan tidak dapat mengambil aku di kolej untuk pulang ke rumah.
Kawan aku pula, kenderaan dia rosak.
Ketika itu tiket bas sudah habis.
Aku runsing, tak tahu nak balik macam mana.
Kemudian dia menawarkan aku untuk pulang bersama dia, tetapi dia suruh aku bertanya pada mak ayah aku dahulu.
Jadi aku bertanya pada mak ayah aku, mereka benarkan.
Esoknya, aku berjumpa dia di stesen bas.
Jadi kami pun mulakan perjalanan pulang ke rumah.
Aku dan dia hanya menunggah sebuah motosikal.
Bayangkan lah betapa kekok nya aku ketika itu.
Aku meletakkan kotak kasutnya sebagai penghadang antara aku dan dia.
Setelah beberapa lama perjalanan, hujan turun.
Jadi kami mengabil keputusan berhenti untuk berteduh.
Inilah pertama kali aku melihat sisinya yang sangat caring.
Dia tidak pernah menunjukkan sisi dia yang itu pada aku.
Dia bertanya "pakai lah jaket ni, nanti die sejuk"
Ketika itu aku sudah pakai berlapis- lapis baju kerana aku tahu aku akan kesejukkan nanti.
Tetapi dia yang pakai sehelai baju tidak berlapis itu, mahu hulurkan jaketnya pada aku.
Sedangkan dia yang sudah kesejukkan waktu itu.
Kemudian kami sambung perjalanan kami hingga tiba di rumahku.
Kemudian, aku ditimpa lagi masalah, dimana aku tak tahu bagaimana untuk pulang ke kolej aku.
Semua keluarga aku tidak dapat hantar aku, jadi aku cuba untuk bertanya dia.
Dia tidak angkat panggilannya, kerana dia ada perlawanan sukan bola tampar.
Kemudian aku cuba telefon kawan aku yang rapat dengan dia, Aidil.
Aidil angkat panggilanku, aku hanya menyuruh dia "wey, tolong cakap kt Hafiz, angkat call aku",
tapi kawan aku menengking aku semula "kau ni kan, time dia tengah busy la kau nak call kan, kau ni tak faham ke yang dia ada lawan bola, dah la, bye".
Ketika itu aku terdiam, sentap dengan kata- kata Aidil.
Memang Aidil selalu cakap kasar, tapi entah mengapa kali ni aku sangat sentap.
Kemudian aku menangis teresak- esak tidak tahu mahu buat apa.
Kemudian, kakak ipar aku menolong.
Dia meminta abang aku untuk telefon kawan nya.
Kawannya merupakan manager bola tampar.
Abang aku menyuruh kawannya untuk memberitahu dia untuk telefon aku semula.
Tidak lama kemudian, dia menelefon aku.
Aku angkat, aku dapat dengar suara dia yang sangat risau, yang tak pernah aku lihat sisi dia yang itu.
Aku memberi tahu masalahku pada dia, dia tidak dapat berjanji sama ada dia dapat membantu atau tidak.
Ketika itu, hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku dapat mengenali dia.
Sungguh, aku tak mahu melepaskan dia.
Aku sayang kau , Hafiz...
YOU ARE READING
It's not like I'm not LOVE you...
Short Story"Betapa syukurnya aku dapat mengenali seseorang seperti engkau"