Chandelier Part 14

186 12 0
                                    

Chandelier
By: CikPuan Fifi

Tahun 1983

Kirana merebahkan diri ke tilam empuk. Bibirnya mengukir senyum tatkala mengingati detik dia diijabkabulkan sebentar tadi. Dengan berwalikan hakim, ditemani Mak Munah dan Pak Deraman, Kirana selamat dinikahkan dengan saudaranya, Ku Adnan. Kebaya songket kuning yang tersarung diperkemaskan. Bimbang tak cantik di hadapan suami yang dinikahinya sebentar tadi.

Pewangi disembur di leher jinjangnya. Solekannya dirapikan. Majlis beradab bakal dimulakan. Mak Andam memasuki bilik bersama beg jinjitnya. Bahu Kirana dipegang kuat.Matanya memandang Kirana dengan tajam.

"Siapa kau?" tanyanya sambil menepis tangan Mak Andam yang masih memegang kejap bahunya.

"Masakan kau tidak kenal aku?" Bibir Mak Andam mencebik. Tersengih memandang Kirana.

"Apa kau mahu? Kau sudah mati! Kau tak ada urusan denganku." Balas Kirana yang masih tidak mahu mengalah dengan Mak Andamnya.

"Kau berhutang nyawa denganku, Kirana. Hutang darah dibalas darah!" tempik Mak Andam sambil mencekak leher Kirana.

Cucuk sanggul di rambut Kirana sempat dicapai. Bahu Kirana ditikam laju. Kirana menjerit nyaring. Kebaya songket kuningnya mula dibasahi darah merah. Kirana menjerit meminta pertolongan. Suasana hiruk pikuk di luar termasuk paluan kompang menenggelamkan jeritannya. Kirana cuba melepaskan diri dari cengkaman Mak Andam.

"Cik Puan...Cik Puan..."Mak Munah terpempan melihat Mak Andam mencekak leher Kirana sebaik sahaja dia membuka pintu bilik pengantin. Mak Munah menjerit meminta bantuan.

Mak Andam memperkemaskan lagi cengkaman tangannya di leher Kirana. Kirana cuba melepaskan diri. Nafasnya tersekat-sekat. Kirana menahan kepedihan apabila sebelah lagi tangan Mak Andam mengorek bahu Kirana yang luka.

"Allahu Akbar!" Tok Penghulu, Pak Deraman dan beberapa pemuda kampung terkaku melihat apa yang berlaku di bilik pengantin. Lantai yang putih bersih dicemari darah. Suami Kirana, Ku Adnan melopong melihat isterinya diperlakukan sebegitu.

"Lepaskan dia!" arah Tok Penghulu.

"Dia milik aku!" Suara Mak Andam bertukar garau. Tangannya terus mengorek luka di bahu Kirana tanpa henti. Wajah Kirana semakin memutih, pucat, tanda kekurangan udara.

Pak Deraman menghampiri mereka. Bibirnya dibasahkan dengan kalimah-kalimah suci tanpa henti. Sesekali bibirnya meniup ke arah Mak Andam. Mata mereka bertentang. Pak Deraman dapat melihat bayang yang mengawal tindak tanduk Mak Andam.

"Tuan Adnan, tolong saya ambilkan semangkuk air putih." Pesan Pak Deraman.

"Munah, ambilkan aku lada hitam dan garam kasar." Mak Munah mengangguk seraya berlalu bersama Ku Adnan.

"Tok, nanti tolong sambut Cik Puan dan bawa keluar dari bilik ni. Mak Andam terkena ni." Bisik Pak Deraman perlahan. Tok Penghulu memberi isyarat mata pada anak buahnya agar mengikuti langkah Pak Deraman menghampiri kedua wanita itu.

"Lepaskan dia. Kau siapa yang mengganggu majlis orang?" tingkah Pak Deraman.

"Dia yang menggangguku. Hutang darah dibalas darah!" jeritnya. Sesekali lidahnya menjilat luka di bahu Kirana. Kirana semakin lemah. Matanya mulai kuyu, merelakan perbuatan Mak Andam kepadanya.

Mak Munah tiba bersama semangkuk garam kasar dan lada hitam. Ku Adnan setia mengekornya. Pak Deraman meramas garam kasar sambil membaca beberapa potong ayat.

"A'uzubillahi minash syaitonnirrojim..." jerit Pak Deraman sambil membaling garam kasar kepada wanita itu. Pegangannya terlepas akibat dibaling garam kasar. Mukanya ditekup kuat. Bau hangit memenuhi ruang bilik. Tubuh longlai Kirana yang lemah dicempung suaminya dan dibawa ke luar bilik. Suasana di luar mulai kecoh lantaran keadaan pengantin perempuan yang tak bermaya.

"Tak guna!" jerit Mak Andam. Pak Deraman masih mengulangi perbuatannya membaling garam kasar sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Mak Andam merintih dan merayu sehingga tunduk sujud di kaki Pak Deraman. Malah, kaki orang tua itu dicium. Pak Deraman memegang Mak Andam yang sujud menunduk. Mak Andam mendongak. Matanya yang merah menyala mengejutkan mereka yang ada di situ.

"Aku mahu dia! Aku mahu dia mati seperti mana aku!" jerit Mak Andam yang kerasukan.

"Dia bukan hak kau!" tempik Tok Penghulu.

"Hak aku!" balas Mak Andam sambil ketawa berdekah-dekah.

Pak Deraman bersila di hujung kaki Mak Andam. Ibu jari kakinya ditekan bersama lada hitam. Mak Andam menjerit kesakitan. Tok Penghulu bertugas membaling garam kasar, manakala anak buahnya masing-masing terkumat-kamit berzikir. Mak Andam melolong kesakitan apabila Pak Deraman menekan kuat lada hitam di ibu jari kakinya. Mulutnya ternganga, membebaskan gumpalan asap hitam bersama bau hangit dan hanyir. Mak Andam tumbang di sisi Pak Deraman.

"Alhamdulillah..dah selesai." Mangkuk air putih dicapai, Dibacakan ayat, sambil menghembus perlahan ke dalam air dan disapu ke wajah Mak Andam yang pengsan. Pasti bukan salahnya. Ada yang membuat onar, tanda tidak senang dengan majlis bangsawan itu.

Mak Munah memapah Mak Andam yang terpinga-pinga setelah sedar dari pengsan. Air putih diberi untuk membasahkan tekak. Diiringi selawat ke atas Nabi junjungan, air putih itu diteguk perlahan.

e'

CHANDELIERWhere stories live. Discover now