"Eunhaa.. Gembira Pn.Jung melihat anak gadisnya sudah sedar. Setelah mendapat berita tentang anak dari Donghyuk terus datang ke hospital
"Hai auntie.. Donghyuk bersalaman dengan Pn.Jung lalu menanyakan beberapa soalan kepada Eunha
"Eunha, kamu ada skip makan ubat ke? Maksud oppa ubat jantung? tanya Dongyuk selaku doktor
"Saya konsisten makan ubat" bohong Eunha sudah 3 bulan tidak makan ubat. Setiap kali Pn.Jung memaksanya makan dia akan menbuang ubat tersebut
"Donghyuk, auntie dah pastikan memang Eunha makan ubat dia' ujar Pn.Jung memang setiap kali waktu makan ubat dia akan mengingati Eunha
"Mengikut analisis dari pakar perubatan memang sah pesakit bernama Jung Eunha sudah berhenti makan ubat" tenang Donghyuk lalu memberikan dokumen kesihatan Eunha kepada Pn.Jung
"Aduh, habis aku.." Buat-buat sakitlah' Eunha memegang dadanya tapi tidak berhasil kerana Pn.Jung dapat menghidu perbuatannya
"Sampai hati Eunha tipu eomma' Pn.Jung ingin memarahi anaknya tapi disebabkan keadaan Eunha yang tidak sihat dia biarkan sahaja
"Auntie, boleh tak saya nak cakap Eunha sekejap? tanya Donghyuk dengan sopan kepada bakal mertuanya Pn.Jung
"Boleh..auntie keluar dulu' Pn.Jung keluar untuk memberi ruang kepada Donghyuk dan Eunha
"Oppa, akan cuba bincang dengan ibubapa kita secepat mungkin tentang pertunangan tapi lebih bagus terus kepada fasa perkahwinan" riak wajah Donghyuk sangat serius kini dia memang ingin mempercepatkan tali perkahwinan bersama Eunha
"Oppa jangan mengarut, saya memang tak boleh sebab..
"Dia? Samseng itu bukan? Eunha buka mata luas-luas..Orang yang Eunha suka itu adalah seorang gangster?
"Eunha lagi kenal dia.. oppa tak perlu kacau hidup Eunha lagi! Eunha menarik selimut sehingga ke muka. Dia tidak suka dikonkong. "Donghyuk dan Appa sama je! bentak hati Eunha
"Tak kesahlah Eunha suka atau tak! Oppa akan teruskan perkahwinan kita. Lebih baik oppa selamatkan Eunha sekarang daripada penyakit Eunha sendiri! marah Donghyuk seraya beredar. Marah dengan sikap degil Eunha
SKIP
"Bobby! Hanbin memeluk kuat tubuh Bobby. Tetamu yang tidak diundang merupakan sahabat yang ditunggu olehnya
"Kau jaga tak rumah aku dengan baik? Bobby masih bersahaja seperti tiada apa yang berlaku dalam hidupnya
"Kau okayy? Hanbin melihat tubuh badan Bobby jika dia diseksa
"Ok, kau tak payah risau.. aku tahu apa yang aku buat? ujar Bobby bagi meredakan kerisauan Hanbin terhadap dirinya. Matanya meliar ke arah rumah Eunha kelihatan sunyi sepi
"Kau cari siapa? ' kata Hanbin lalu melihat benda yang dicari Bobby
"Chanwoo? Dia ada?
"Hari ini dia sekolah..haish aku tak rasa kau cari Chanwoo? Hrm, kau cari Eunha-kan! ujar Hanbin serkap jarang tentang hubungan Bobby dan Eunha
"Honestly, aku rindu dia..haha" ketawa Bobby
"Dia cari kau..aku rasa dia mula rindukan muka hodoh kau"
"Haish, aku pergilah" kata Bobby pura-pura merajuk terus ditahan oleh Hanbin
"Oppa, mianae..jom makan sayang dah masak makanan kegemaran oppa" ajuk Hanbin seperti perempuan
"Hahaha! Mereka ketawa besar lalu masuk ke dalam rumah
"Sorry Eunha, lebih baik awak tak jumpa saya lagi" detik hati Bobby
SKIP
Setelah sampai ke rumah Eunha terus memeluk kucingnya. Eunha mengelus lembut bulu Bobo sambil melihat ke arah rumah Bobby. Pertemuan Bobby tidaklah seindah cerita cinta. Ianya hanya disebabkan seekor kucing gemuk yang sesat
"Bobo, jom kita pergi tengok rumah Bobby? kata Eunha kepada kucingnya sambil berjalan
"Yarh, awak hampir layu' Eunha meletakkan Bobo ke bawah lalu mencari paip air untuk menyiram pokok bunga ros di rumah Bobby. Pokok ros itu sama seperti lukisan yang dibeli olehnya
"Bunga ros pun nak tinggalkan saya macam awak Bobby' ucap Eunha sendirian
"Ehm, saya rasa pokok ros masih boleh diselamatkan? tegur Hanbin dari belakang
"Yaa..
"Tadi Bobby balik rumah.. kata Hanbin Entah kenapa dia kesian melihat Eunha seperti terlalu rindukan Bobby
"Dia sihat? Saya nak cakap dengan dia? Perasaan Eunha seperti ingin meletup mendengar nama Bobby
"Sorry, tapi Bobby dah pergi sekejap je dia datang.. Patah hati Eunha mendengar Bobby sudah pergi
"Hanbin, boleh tak cerita dekat saya tentang Bobby dan Jisoo?
"Tiada apa nak diceritakan..lebih baik awak jauhkan diri dari Bobby" ujar Hanbin. Baginya sejarah lama tidak usah diceritakan kembali
"Saya sangat sayangkan Bobby mungkin ada cara nak selamatkan dia dari kumpulan gangster?
"Saya boleh bagitahu awak" Tiba-tiba suara itu menyapa Eunha dan Hanbin. Ya, itu adalah Chanwoo yang baru sahaja pulang dari sekolah
"Chanwoo! Jangan-- belum lagi Hanbin menghabiskan kata-kata
"Jisoo adalah kakak saya dan dia juga merupakan isteri kepada Bobby" ujar Chanwoo
"Eunha, kami masuk rumah dahulu" ujar Hanbin sambil menarik tangan Chanwoo
"Saya perlukan kebenaran kalau awak tak boleh bantu saya. Biar saya bersemuka dengan Bobby" ujar Eunha kecewa dengan sikap Hanbin
Hanbin melepaskan keluhan berat lalu menahan Eunha daripada pergi
"Okay, saya akan ceritakan semua tapi mari kita masuk rumah dahulu? ujar Hanbin
"Baik' Eunha berasa senang hati akhirnya dia akan mengetahui sejarah silam Bobby
Tbc★
YOU ARE READING
Love Me 사랑인걸 + (BOBBY IKON)
RomanceMacam mana kau boleh suka aku? Aku taklah handsome sangat tapi manisnya ada :') Cover By @Kiwoniee