I'm so sorry guys for not updating this story for a long time. I'm just having a problems. But, i'm done now. So lets enjoy this chapter.promise i will update this story by week.
"Nad, its just an old friend. Right? So, aku rasa kita relaks je dulu. Kita tengok dia nak buat apa. Lagipun, he is just Ryan. Ryan. " Keisya cuba memujuk. Dia lihat ke luar tingkap.
"memang la boleh relaks, masalahnya sekarang dia tu siapa. Kita ni siapa. Fikir sikit Keisya" aku memberontak. Senang untuk orang lain bermain dengan kata-kata. Aku yang menanggung kepayahannya. Lagipun, kita bukan di Malaysia, kita di negara orang. Walaupun sudah hampir 5 tahun menetap disini,kita masih tidak dapat mencari kawan selain Aunty Mary.
"i think you should rest. Aku tahu kau penat. " Keisya berjalan keluar. Ya, aku kena rehat. Bukan ini masanya berfikir tentang orang lain sedangkan diri aku tidak terjaga.-----------------------------------------------------------
MIA KARLISA" keisya, nad macam mana? "aku bertanya. Gila tak risau. Kalaulah bukan aku puncanya.
"Aku suruh dia rehat. Okay la tu nanti. Relaks la. " keisya pandang kami berdua.
"dah la. Masuk bilik. Malam ni dah nak gerak. " Huda berjalan masuk ke bilik.Salah aku ke? Tapi aku hanya berjumpa dengan keluarga Aunty Mary. Salah aku ke? Ahh. Ni semua mamat poyo tu punya hal. Kalau aku tak lapar, tak jadi hal macam ni. Aduh. Asyik asyik aku yang jadi punca timbulnya masalah.
Sambil berjalan, aku terfikir. Apa kaitan mamat poyo tu dengan Nad?
Kenapa dia nak marah sangat sebab aku jumpa dia? Boyfriend lama dia ke?----------------------------------------------------------
KEISYA
"kenapa la sekarang baru kau nak muncul Ryan? "aku pandang keluar beranda.
Selama ni kami hidup aman tanpa kau. Kenapa sekarang kau nak timbulkan masalah baru. Kami dah nak habis kontrak, baru kau nak tunjuk muka.
Aku buka laptop dan mencari file lama.
Apabila file itu terbuka,terpampanglah gambar gambar .
"kau memang cari nahaslah Ryan." aku pegang kepala yang terasa berdenyut. Memori lama kembali terukir di minda.Sebelum aku dan Nad tersekat dalam bidang kotor ini kami hanya anak muda yang datang untuk belajar seni mempertahankan diri dengan rakan ayah aku. Kami bersama sama mula menonjol sebagai anak murid yang hebat selain daripada kenyataan hanya kami berdua sahaja perempuan dalam kumpulan ini. Sebenarnya kami tak tahu bahawa kumpulan ini akan membawa kami ke arah yang begini.
Pada suatu hari, aku dan Nad sedang berlatih. Kami didatangi oleh Uncle Sam iaitu rakan ayahku.
"hey Keisya, i have something to discuss with you two" dia bersuara.
Kami pun melangkah mendekati nya.
"i'm having a problem now, but i think you two can handle this. " aku memandang lelaki di belakang Uncle Sam."what is that Boss? "Nad disebelah bersuara. Aku memandangnya. Kami tahu masalah Uncle Sam membabitkan kami perlu bermain dengan nyawa orang.
Uncle Sam memberi sampul dan Nad menyambutnya. Nad terus membuka file tersebut dan aku turut melihat isi kandungannya.
"Uncle, this is crazy. We're not going to do this. "sejurus aku menyatakan ketidakpuasan hati, dua lelaki datang menghampiri aku dari belakang.
"You don't have any right to say that!"
Aku terduduk lemah seltelah dibelasah oleh mereka. Lelaki disebelah Uncle Sam hanya memandang aku dengan muka yang tiada perasaan.
"Stop it! We'll do that thing."Nad menghampiri Uncle Sam.
"Good girl. That's why you have to do this. It's because you owe me. " Uncle Sam membelai rambut Nad. Aku nampak Nad hanya menggenggam penumbuk. Hanya menunggu masa untuk melepaskannya.Setelah mereka berlalu pergi, Nad datang menghampiri dan membantu aku untuk duduk sementara dia melihat luka di tepi mata dan dipinggir bibir aku.
"Dah nak start nak bengkak ni. " Nad melihat lukaku. Aku memandangnya. Rasa bersalah menyelubungi diri aku. Kalau bukan kerana hasrat aku ingin mengikut cadangan ayah menghantar kami disini, Nad mungkin telah menjadi seorang jurutera berjaya sebagai impiannya.
"Nad, i'm sorry. "aku tunduk.
"Berapa kali aku nak cakap, tak payah nak mintak maaf la. Penat dengar. Degil kenapa? "matanya mencerlung memandang aku.
"kalau bukan sebab aku, kau takkan.."
"Kau jangan sampai aku pun tumbuk muka kau. Nanti dua dua belah mata tu bengkak. "Nad memotong kata kataku.Aku memeluknya. Inilah kawan baik aku dari kecil lagi.
Please leave your comment if you can.
Love you!!
YOU ARE READING
Kill Me
RomanceNadia , Keisya ,Huda dan Mia tinggal bersama di Holland. menjauhkan diri dari orang ramai di Malaysia. mereka bekerja untuk hidup. bekerja untuk maruah. tetapi mereka rahsiakan sesuatu. rahsia yang tidak dapat dirungkaikan oleh mana mana pihak.