03 : roti

1.6K 149 16
                                    

"Annyeonghaseyo, Bae Jinyoung imnida" kata pelajar tersebut

"Siapa mamat ni? Asal semua orang terjerit-jerit macam orang tak betul" soalku kepada Hoshi disebelah sambil memandang pelajar itu atas ke bawah

"Untuk pengetahuan kau ni lah Bae Jinyoung dari kumpulan Wanna One hehe" aku hampir pengsan, bila Hoshi kata dia dari kumpulan w1... Kenapa hidup aku semua ni nak kene ada mengena dengan w1, apa salah aku pada diorang? Oh come on :(

"Okay, em Jinyoung kamu boleh ambil tempat duduk dibelakang Taera, are you okay Taera?" Lamunanku terhenti apabila Madam menyebut namaku, aku ingatkan apalah rupanya nak suh mamat tu duduk belakangku haih (kau panggil Jinyoung mamat😂)

"Terlebih okay madam" jawabku sambil tersenyum kelat, Hoshi yang perasan kelakuanku itu ketawa

"Taera, setiap yang berlaku semuanya ada hikmah, jadi bawak bawak lah bertentang ye, hahaha" Harin sengaja nak kacau lagi mood aku, dia tahu aku ni anti dengan w1

"Yep betul tu, wahai sahabatku Jung Taera.. mohonlah bertabah. Hahaha" Hoshi juga turut menambah, argh ! Aku benci semua orang harini... Lagi lagi kau orang belakang, kenapa mesti kau yang pindah sini bukan Jungkook ke sape ke asalkan bukan dalam w1 urghh !

"Kwon Soonyoung tapi panggil aku Hoshi je" aku dapat dengar suara Hoshi bercakap dengan Jinyoung dibelakang.. aku nak kenalkan diri aku kat dia? Memang tak lah

"Hoshi, kalau nak borak pasal wanna one lepas kelas saya ye" satu kelas tertawa apabila madam menegur Hoshi yang sibuk berborak dengan Jinyoung, aku juga turut tertawa lalu aku menarik kepalanya menghadap ke hadapan

"Nae" jawab Hoshi malu.. kemudian madam menggelengkan kepalanya

Waktu rehat

"Guys, jom ajak Jinyoung rehat dengan kita nak tak?" aku yang sedang memasukkam buku ke dalam beg terhenti apabila mendengar ajakan Harin

"Rehat dengan kita ? Puih kau pun tak pernah nak rehat dengan kitaorang asyik berkepit je dengan Mingyu 24 jam" balasku disatukan dengan perlian sambil menunjuk ke arah aku dan Hoshi

Harin ni dia tak kesah kalau aku marah ke perli ke sebab dia memang tak terasa langsung.. aku pun berdas-das bagi tapi dia tetap okay.. maybe sebab dah terlampau sayang kat Mingyu tu yang tak kesah uh hahaha

"Tah, kau jangan Harin.. Mingyu tu nak campak mana?" Hoshi menyokong hujahku dan mengeluarkan hujahnya tersendiri

"Hehe, okok.. bye guys" belum sempat apa-apa dia dah bla tapi takpelah dia dengan Mingyu aku dengan Hoshi, ehh abaikan hekhek

"Eh Jinyoung kau pergi rehat dengan siapa?" soal Hoshi apabila terlihat Jinyoung yang mahu keluar dari kelas.. aku juga memandang ke arah Jinyoung

"Entahlaa" jawabnya sambil mengusap belakang tengkuknya, ey nyampah lak aku.. pikir comellah. Nasib takde orang dah dalam kelas ni kalau tak jerit semua perempuan

"Takpe takpe, kau boleh join kitaorang rehat sekali" mataku terbuntang luas memandang ke arah Hoshi, kau gila aku nak rehat dengan dia ??? Mata ku menidakkan ia, dan dia biasalah angkat bahu buat buat takpaham

"You guys, pergi jelah rehat.. aku nak study kat class" kataku sambil tersenyum palsu kepada Hoshi dan Jinyoung

"Study ? Stay class ? Kau nak nama naik kat disiplin ?" soal Hoshi sambil mengangkat kening, aaa sudah aku dah tatahu nak jawab apa

[C] WANNA ONE | Next DoorWhere stories live. Discover now