"Aduh,aduh,aduhhhh!!!Lambat lagilah!!!!"Ali menggaru kasar kepalanya dan lantas bersiap untuk ke sekolah.Usai bersiap,dia segera mencapai beg dan skuternya dan menuju ke sekolah.
Sesampai di sekolah,Ali menghela nafas lega apabila cikgunya,Pn. Munah tak masuk kelas lagi.Namun dia sedar diamasih lambat.Ala,lambat lima minit je hehe.Sedang dia duduk tiba-tiba,
"Ali!"Alicia datang dan menepuk meja Ali."Kau,LAMBAT.Lagi."Alicia mengeluarkan tabletnya dan mendenda Ali."Ha???Bersihkan tandas?Lagi???Kau memang suka tengok aku cuci tandas hari-hari eh?Takde denda lain ke?Lambat lima minit je pun eeeeeihhh!!!!"Ali memprotes sambil membebel panjang.Alicia memutar matanya."Takde.Siapa suruh datang lambat.Padan muka."
Ali menahan geram di dalam hati."Haiya,Ali,rilek ma tak mau marah-marah.Biasalah Alicia macamtu,"Viktor menepuk belakang Ali sambil tersengih.Ali mencebik."Eeish!Mana aku tak menyampah?Lambat sikit denda,buang sampah tak masuk tong pun nak DENDA!! Aahh,stress aku dengan perempuan tu.Marah je tahu,"Ali membebel panjang lagi.
"Haish,jangan benci-benci maaa...nanti tersuka pulak,"Viktor mengusik Ali.Ali menjeling,langsung tidak menunjukkan riak suka."Lagipun,nenek aku kata..."
"Aippp!!Dah dah dengan nenek kau kata tu lali aku dengar hari-hari tau?"Ali memotong percakapan Viktor.Viktor hanya tersengih dan mengangkat bahu.
*skip kelas*
*waktu rehat*Ali dan Viktor duduk di tempat biasa dan berborak-borak.
"Weyh Ali,kau dah download game Detektif Jebat terbaru kah?"
"Hah,belum nanti aku download ah,pastu kita main online petang ni tau,"Ali berkata sambil menggigit nuggetnya.Tiba-tiba...
"Ali,kemas perpustakaan,"Alicia yang muncul entah dari mana mencelah.Ali mengangkat sebelah keningnya."Hah???Apa pulak aku buat???Asal pulak aku kena kemas..ohhhhh ok ok,Viktor aku kena cau,jumpa kat kelas!"Ali mula faham apabila Alicia memberikannya pandangan "jangan buat blur boleh tak!"
Mereka bersama-sama menuju ke perpustakaan.
"Eh Ali,kau ni tak penat ke asyik kena marah je.Hari-hari datang lambat,kerja sekolah tak siap,tak penat ke???"Alicia secara tiba-tiba memecah kesunyian mereka.Ali hanya tersengih sambil menggaru kepala."Eleh,kau tu,tak penat ke denda orang hari-hari?"
Alicia mendengus,"Ish!Tahu nak membidas je,Benci!"dia menggumam seorang diri."Ali yang terdengar samar-samar bertanya,"Ha?Apa kau kata?"Alicia agak terkejut tetapi dia mendiamkan diri dan berlalu ke base M.A.T.A
"Ish,Alicia!!!!"Ali mengejar Alicia."Bagila tahu!"
"Heishh!!Rimas la kau ni!"Alicia melajukan langkahnya.Ali mencebik sambil melipat tangannya."Marah je tahu.."
Wajah General terpapar di skrin."Baiklah,misi kamu harini ialah untuk menghalang Komeng dari mengambil barangan di C-Tech,pastikan misi kali berjaya,kerana senjata yang diinginkan Komeng amat berbahaya.Bertindak segera!!"Wajah General hilang.
"Eh,jap.Mana Uncle Bakar?"Ali bertanya.Jenny mencelah,"Ejen Bakar telah diberikan misi lain bersama Ejen Rizwan.Jadi,kamu akan pergi bersama Alicia sahaja ye."
Ali dan Alicia menjeling antara satu sama lain dan meneruskan perjalanan ke lokasi misi.
..................
Ali dan Alicia meninjau-ninjau keadaan untuk memastikan Komeng tidak dapat mengambil barang tersebut.Tiba-tiba,kelihatan Komeng dan konco-konconya sampai dengan menaiki motor mereka."Ok bro,kebas semua sampai habis!"arah Komeng kepada konco-konconya.
"Berhenti!"
Komeng berpaling."Ish,budak berdua ni lagi!!!Belasah!"
Ali menggunakan yoyonya dan Alicia menembak mereka menggunakan blastik nya.Sedang Alicia sibuk menembak Komeng mengambil kesempatan untuk melanggar Alicia.Ali yang sedang sibuk berlawan segera berlari mendapatkan Alicia."Alicia!Hati-hati!!"Alicia terdengar panggilan Ali berpaling dan terkejut apabila Komeng menuju ke arahnya.Sebaik sahaja Alicia ingin lari tiba-tiba salah satu daripada konconya memukul kaki kirinya dengan kayu.
"Aduh!"Alicia mengerang kesakitan sambil memegang kakinya.Kakinya terseliuh teruk.Ali yang berada jauh berasa cemas.Dia segera berlari ke arah Alicia dan menyangkut yoyonya ke salah satu palang lalu berayun ke arah Alicia.
Alicia membuka matanya apabila tersedar seseorang meletakkannya ke atas tanah.Ali mengesat dahinya."Ish,kau ni!Hati-hatilah lain kali!Cakap orang,dia pun sama,"bebel Ali.Alicia geram."Daripada kau membebel kat sini,baik kau kejar Komeng lah!"Alicia menuding kearah Komeng yang hendak pergi.Ali mencebi Dia segera pergi berlawan dengan mereka.
Alicia hanya memandang.Dia mencuba untuk bangun tetapi terjatuh semula akibat kakinya yang terlalu sakit.Dia memegang kakinya.Dia menyelak sedikit seluarnya.Uish,lebam biru..Mesti bengkak ni nanti.Ketika Alicia berkhayal seorang diri,tiba-tiba Ali datang sambil tercungap-cungap."Dah..dapat.."Ali menunjukkan barang yang berjaya diambilnya.Mereka menyimpan barang-barang itu.
"Kau ok tak?"Ali akhirnya bertanya."Kau nampak aku macam ok ke?"Alicia membalas sinis.Ali menahan geram."Aku tanya elok-elok kan!"Ali mencebik.
Alicia mengeluh."Kaki aku terseliuh,lebam sikit."
Ali yang berura-ura hendak merajuk berpaling."Terseliuh?Ish jomlah bawak jumpa Gemeral,boleh Jenny rawat kau,nanti lagi teruk pulak."Alicia menggeleng."Tak payahlah bagi tahu General!Nanti oklah ni..."ujarnya."Kau ni waktu macam ni pun nak degil kan!Cuba dengar sikit cakap orang!Kau tu dah sakit,nanti lagi teruk macam mana?Cuba fikir sikit!"marah Ali."Dahlah!Boleh jalan sangat kan,tak teruk kan,aku pergi dulu!"
Alicia menggigit bibirnya."Ish dia ni merajuk pulak!Macam budak kecik ah!!!Erghh!"
"Ali!Yelah-yelah,bagitahula General tu.Ni,tolong aku,aku tak boleh bangun.."Dia memanggil Ali.Ali pusing.Dia tersengih."Ha,tahu takut.Jom,"Ali mencapai tangan Alicia dan membantunya untuk bangun."Aduh.."Alicia mengerang kesakitan."Ish kau tak boleh jalan ni.Kau naik skuter dengan aku lah,"Ali mencadangkan.Mata Alicia membuntang."Eh,taknak!!Kau rasa kau boleh berdiri ke atas skuter tu?Dahlah kaki aku sakit,pastu dahlah kau tu suka bawak laju-laju!"Alicia memprotes.
Ali menggaru kepalanya.Aahlah kan...maknanya dia kena...
"Aku kena dukung kau la ni!"Dia berkata.Muka Alicia makin terkejut."Woi,gila ke??Taknak lah!!!"Marah Alicia."Habistu??Kau nak jalan??Jalan pun tak boleh!"
Alicia mengetap bibirnya.Kenapa,kenapa,kenapa!!
"Dah cepat,jangan banyak songeh!Nanti aku jugak kena marah.Cepat!!Darurat ni!Ingat aku nak sangat ke dukung kau?Ali mula mengarahkan Alicia naik ke atas belakangnya.Alicia mendengus.Dia nik ke atas Ali.'Aduhai,kena peluk leher dia ke ni...taknak la..."kata hati Alicia."Ish,cepatlah Alicia!"
"Yelah,yelah!!"Alicia memeluk leher Ali dan mereka menuju ke base M.A.T.A
Sesampai mereka di sana,Ejen Bakar dan Ejen Rizwan berada di situ.Ejen Bakar mengangkat keningnya dan Ejen Rizawan hanya memandang sipi."Eh?Ali?Apasal kau dukung Alicia?"Ejen Bakar bertanya."Huh,huh..penatnya.."Ali tidak menjawab soalan.Tiba-tiba General muncul di screen.
"Dey,Ali!Apa pasal kamu dukung Alicia ni?"General menyoal."Ha,ni...Alicia kena pukul dengan kayu tadi.Kaki dia terseliuh teruk.Tapi misi berjaya General!"
"Hmmm,baik.Ejen Jenny,tolong periksa Alicia.Ali,kamu boleh turunkan dia,"arah General.Ali mengangguk dan meletakkan Alicia ke atas kerusi.
.......................
Keesokannya,Ali bangun awal.Dia bersiap dan pergi ke sekolah seperti biasa.
"Eh,Ali?Kau awal harini?Power!"Viktor menegur Ali yang sedang bermain tablet di mejanya.Ali memandang sambil tersengih."Hehe..."
Alicia yang baru sampai terkejut melihat Ali."Kau...tak lambat?"tanyanya sambil menuding jarinya."Mestilah,tak,"Ali membuat muka poyo.Alicia mencebik dan menjeling."Eh,Alicia!Kaki kau dah okey?"Ali bertanya apabila terlihat Alicia boleh berjalan seperti biasa."Eh,apasal dengan kaki kau Alicia?"Viktor pula bertanya."Alicia memandang Ali."Hmph!"
Ali yang tersedar keadaan itu menelan liur."Oh,dia jatuh tangga semalam!Tu yang kaki dia terseliuh!"Ali menjelaskan."Eh,macam mana pulak kau tahu?"Viktor menggaru kepalanya.Ali terkebil-kebil."Er..aku..."
Tiba-tiba Pn. Munah.Semua murid segera pulang ke tempat masing-masing."Huh,,nasib baik!"Ali mengeluh sendirian.
YOU ARE READING
Tersuka Tanpa Sengaja(Ejen Ali Fanfic)
FanfictionAli dan Alicia yang sering mempunyai perselisihan di sekolah akhirnya ended up pergi misi bersama-sama.Itu membuatkan Ali dan Alicia bertekak sepanjang masa dan adakalanya pergaduhan mereka menggagalkan misi.Namun,tanpa mereka sedar,mereka sudah sem...