Makin bahagia Ali dan Alicia sejak kehadiran Airis dan Daniel.Mana tidaknya,keletah Airis dan Daniel sering menggelikan hati mereka."Mama..Daniel dia kacau Airis.."Airis yang berumur 3 tahun itu mengadu.Dia masih pelat untuk berbicara."Yeke,ala sian Airis kesayangan mama ni.Dah,jangan gaduh dengan Daniel lagi ye.Adik beradik tak baik gaduh,"Alicia mencium pipi Airis.Dia memanggil Daniel pula.Daniel yang sibuk bermain berlari terkedek-kedek ke arah Alicia.Ali yang lepas mandi tersenyum melihat Alicia melayan anak-anak mereka.
"Hai anak-anak papa!"Ali mendukung Daniel dan melambungnya.Terkekek-kekek Daniel ketawa."Sukanya dia main dengan papa.."Alicia tergelak sekali.Airis yang tak tahu apa-apa tiba-tiba gelak.Mama dia gelak,dia pun nak gelak.
"Hmm Ali.,"panggil Alicia.Ali berpaling.
"Kenapa?"
"Kalau kita pergi misi,siapa nak jaga duorang..aku risaulah..Takkan nak hantar kat Mia..sian dia.Lagipun dia dah nak kahwin dengan Viktor kan?Ayah kau dah tentu sibuk.."Alicia meluahkan apa yang dirasanya.
Ali terdiam.Aah kan...tak terfikir pulak dia.Dia bangun dan mundar-mandir jap depan sofa.Daniel dan Airis hanya memandang papa mereka yang ligat memikirkan cara.
"Ha,apa kata aku hantar kat sepupu aku?Nama dia Khaira.Kau tak pernah jumpa lagi kan?"Ali serta-merta mendapat idea."Hmm boleh jugak.Tapi tak menyusahkan dia ke?"
"Tak kut..Nanti aku tanya dia lah eh.."
"Okay.."
...............
"Alicia...jom bawak diorang pergi taman nak tak?Bosan lah duduk rumah.."ajak Ali.Alicia yang sedang ligat membaca novel memandang Ali."Boleh jugak tu...Aku pun bosan ni."
"Ok,jap aku pergi siap.Kau panggil lah diorang."
"Ok."
Ali bersiap dan turun untuk menghidupkan enjin kereta.Alicia dan anak-anaknya juga turun selepas beberapa saat."Papa papa,kita pergi playground eh,main?"Daniel laju bertanya dan melompat-lompat.Kata-katanya yang masih pelat membuatkan Ali tergelak."Ya,Daniel.Papa nak bawak pergi taman.Daniel dengan Airis suka?"
"Suka!"Mereka berdua tergelak manja.Alicia tersenyum melihat mereka bertiga.Comel je tengok Ali cakap dengan anak-anak mereka.
Akhirnya mereka sampai di taman.Daniel dan Airis terus turun dan berlari kearah buaian.Alicia mengejar mereka."Daniel,Airis,hati-hati!"
"Takpelah Alicia,diorang nak main tu,sian duduk terperap kat rumah.."tiba-tiba Ali mencelah dan memeluk bahu Alicia.Mereka berdua duduk di bangku berdekatan sambil memerhatikan anak mereka.
"Alicia..kau tak nak panggil aku...nama lain ke?"Ali tersengih nakal.Alicia blur."Huh?Nama lain?Nama kau kan Ali ke?Nama apa lagi?"
"Ala,Alicia ni blur la.Takkan tak faham apa yang abang maksudkan..."Ali berkata manja.Alicia melopong."Ooohhhh.Abang...Abang..hmmm...abang.."Alicia mula menggaru kepalanya."Malulah..tak pelik ke?"sambungnya lagi.Ali tergelak."Comellah kau nihh eeeii!!"kata Ali dengan geram lalu mencubit pipi Alicia.
"Aish apa abang nii sakit lah!"Alicia menepis tangan Ali.Ali mengangkat kening."Ha,apa dia?Tak dengar lah.Cakap sekali lagi?"
Alicia mula memerah."Ish,suka kenakan aku.Yela-yela..kita tukar.Alicia panggil abang,abang.Abang panggil Alicia,Alicia.Okay?Sedap telinga mendengar.."Alicia setuju dan tersengih.Ali menggosok kepala Alicia."Good girl.Ni yang abang makin sayang kat Alicia ni.."
"Ohhh sekarang baru nak sayang Alicia ehh.."Alicia memuncung."Taklah..dah lama sayang..sampai dah nak tumpah kasih sayang tu kat Daniel ngan Airis.."kata Ali.Alicia tersenyum.Sukalah tu.
"Dulu kita selalu gaduh kan..Tengok-tengok dah kahwin dah sekarang.."Alicia mula mengimbas masa lalu.Ali turut tersenyum."Haah..Dulu waktu abang rapat dengan Alicia,menyampah jugaklah..hahahaah.Tapi lama-lama lali dah dengar Alicia marah-marah.Sampai tersuka pulak.."
"Aik,kau suka aku ke dulu?"Alicia bertanya.Keluar balik aku-kau."Aik,apasal tetiba aku kau?"Ali pulak yang pelik."Ooops..sorry,tak sengaja.Hehe tak biasa lah weyhhh.."Alicia merengek."Ok ok.takpe takpe.Ha,ye,dulu aku rasa macam dah tersuka kau cuma ntahlah.Malu nak mengaku.Takut kena reject pulak.."Ali tersengih.
Alicia terkedu.Tak sangka pulak Ali boleh suka kat dia dulu.Rasa lawak pulak bila terfikirkan dia dengan Ali yang memang hari-hari gaduh je kerja.
"Tapi..sekarang ni..aku lega.Sebab akhirnya aku kahwin jugak dengan gadis idaman aku ni!"Ali mencuit hidung Alicia dan mencium kedua-dua belah pipi Alicia."Ali,public ni.."Alicia tergelak perlahan.
"Daniel,Airis!Meh sini,jom alik eh.Dah lambat ni.."Ali memanggil Daniel dan Airis.Mereka berdua lari terkedek-kedek ke arah Ali dan Alicia.Ali terus menyambut Airis yang mendepakan tangannya.
"Ala,bushuk-bushuk sayang anje mama ni.."Alicia menggomol pipi Daniel.Daniel ketawa."Ihihihi gelilah mama.."
"Dah,jom balik ye.."
Tanpa disedari oleh mereka,sepasang mata sedang memerhatikan dengan ligat.
"Hmm..takpe.Sekarang kau bahagia..esok lusa,Ali tu aku punya!"
.........
Author:so,hello!sorry sangat chap kali ni pendek.Takpe lepas ni author janji author buat panjang-panjang eh..Sesiapa ada idea tu,ha kongsilah dengan author sikit..heheh.Author tak kisah pun.Dah malam ni author pun tak tahulah apa pasal tak ngantuk huhu jadi author sambung jelah eh cerita ni.
YOU ARE READING
Tersuka Tanpa Sengaja(Ejen Ali Fanfic)
FanfictionAli dan Alicia yang sering mempunyai perselisihan di sekolah akhirnya ended up pergi misi bersama-sama.Itu membuatkan Ali dan Alicia bertekak sepanjang masa dan adakalanya pergaduhan mereka menggagalkan misi.Namun,tanpa mereka sedar,mereka sudah sem...