IMCBOY 3: Bullying

21 3 2
                                    

PADA KEESOKKAN HARINYA.

AE RIN POV.

Aku bersiap untuk kesekolah dengan tiada semangat, luka di dahi aku masih sakit jika disentuh dan kadangkala berdenyut-denyut juga tapi aku gagahkan juga diri aku juga demi membayar duit ganti rugi atas kecalaran yang aku buat semalam. Sudah la mamat itu kerek! Nanti mesti si mamat-

Nanti? Siapa nama dia ya? Alamak! Aku lupa nama dia! "Alah! Ingat balik Ae Rin, ingat balik nama dia.. Siapa ya?" Aku berfikir sambil menggaru kepala aku yang tidak gatal pun sebenarnya.

Selepas beberapa minit aku cuba mengingati nama dia, akhirnya aku berjaya juga! Wohoo! "Rasa-rasanya nama dia jungket kan? Ke Jungkong? Erm? Siapa ya? Tak apalah! aku dah lambat ni! Kemudianlah aku fikir!"Aku dengan ketidak sanggupan, aku mengayuh juga basikal aku ke sekolah. Nasib baik lah aku masih ada 3 basikal di rumah.

Sesampai sahaja aku di perkarangan sekolah, aku turun dari basikal dan menuntunnya ke tempat untuk menyimpan basikal. Aku meletakkannya dengan berhati-hati kerana aku tak mahu basikal orang lain pula yang calar disebabkan aku nanti. Cukup lah semalam, aku tidak mahu dikaitkan dengan perkara seperti ini lagi!

Aku dengan langkah yang malas berjalan masuk ke dalam kelas. Aku jalan sambil menunduk kerana sedang memikirkan hal yang telah terjadi semalam. Sebenarnya, aku takut mahu datang hari ini tapi aku dah janji dengan diri aku untuk bayar ganti rugi motosikal dia hari ni walaupun mungkin dia tak mahu duit itu, tapi tak apa aku tetap akan bayar juga! Aku nekad!

Aku masuk ke kelas dengan keadaan bermalas-malasan ke tempat aku, murid-murid lain semuanya turut memandang aku dan mula berbisik-bisik. Ini mesti disebabkan semalam, aku tak sengajalah terjatuhkan motor dia! Malas mahu aku layan jadi aku hanya meletakkan kepala aku di atas meja. Tak sampai beberapa minit cikgu Sehun pun sampai. Dia merupakan guru subjek sejarah dan ianya agak membosankan bagi sesetengah pelajar, cuma kadangkala aku rasa tertarik dengan sejarah juga!

SEMASA WAKTU REHAT

Aku berjalan ke kantin untuk membeli makanan aku. Tiba-tiba aku terserempak pula dengan geng BTS, aku hanya tunduk dan berjalan laju kearah mereka tetapi aku tidak nampak pula kelibat si jungcook? Jung apa tadi? lupalah nama dia.
Aku mula menegur mereka untuk menyelesaikan hal semalam.

"Erm, hai? Say- saya nak cakap sedikit pasal h-hal semalam" sambil tergagap-gagap aku lontarkan semuanya, hmm takut duh.
"Oh! Hai! Kalau kita bincang nanti boleh tak? Sebab sekarang Jung Kook tak ada, lagi pun itu motor dia kan? Jadi better kita tunggu dia.." Kata salah seorang dari mereka, ketua BTS kalau tak silap aku. Ouh iya! Jadi nama dia jungkook rupanya. Ok ingat jangan lupa eh!

"Oh,kalau macam tu tak apa lah. Lepas sekolah kita jumpa dekat rooftop, boleh? Sebab saya takut nanti ada orang yang kaki gosip nampak. Lagipun, awak semuakan ramai fans.. jadi tak mustahil kalau fans awak anggap pelik-pelik kalau nampak kita semua bincang pasal semalam."

"Ok, boleh-boleh. Lagipun betul lah tu, kitorang paham. Kalau macam tu lepas habis sekolah, dekat Rooftop. Nanti kitorang ajak tuan punya motor sekali." Kata antara salah seorg daripada mereka. Aku menjeling name tag dia, dan tertera di situ namanya ialah Kim Seok Jin.

"Okey.." Ringkas jawapan aku sebelum aku mengatur langkah untuk menjauhi mereka.

Selepas membeli makanan, aku pun mencari tempat duduk yang kosong.
Sesudah aku menghabiskan makanan yang aku beli tadi, aku mula bergerak untuk ke kelas. Tidak mahu terlambat, aku segerakan langkah aku bimbang jika guru sudah masuk terlebih dahulu ke dalam kelas.

TAMAT WAKTU SEKOLAH

Sebaik loceng yang menandakan tamatnya waktu persekolahan berbunyi aku segera ke rooftop untuk berjumpa dengan tuan punya motorsikal yang aku terjatuhkan itu dan membayar ganti rugi atas kecuaian yang telah aku lakukan semalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I'M CHANGED BECAUSE OF YOU!!Where stories live. Discover now