BAB 25

462 27 5
                                    

Yana berguling-guling di atas tilam  empuknya.Adakalanya dia menekup mukanya dengan bantal dan melepaskan jeritan.Kata-kata Am terngiang-ngiang di telinganya.Entah kenapa matanya tidak dapat untuk lelap pada malam itu.

Dia mencapai telefon bimbitnya.Aplikasi Instagram dibuka.Dia meneliti satu persatu gambar yang terpapar.Semuanya melibatkan pasangan.Dia melepaskan keluhan berat.Sungguh dia cemburu apabila melihat gambar-gambar yang tertera.Dia melihat kemesraan pasangan lain.Dia menutup telefonnya.

Dia memandang siling bilik itu dengan pandangan kosong.Dengan hanya berbekalkan cahaya lampu di tepi katil,dia termenung memikirkan tentang kata-katanya pada Am tempoh hari.Yana meraup mukanya kasar.Perasaan malu mula menyelubungi dirinya.Adakah dengab meluahkan perasaan mampu membuat dia bahagia?Sungguh dia keliru dengan perasaannya sekarang.Dia merapatkan dua kelopak matanya.Beberapa minit kemudian,dia dibuai mimpi.

************
Di bilik Am.

Am meneliti setiap gambar yang tertera.Dia menekan salah satu gambar yang terpapar.Dia menyemak semua maklumat yang terdapat di situ.Dia mula membuat perbandingan antara gambar-gambar yang ada.

Dia merancang untuk membawa Yana bersiar-siar selepas mereka balik ke Seoul.Telefonnya berbunyi untuk kesekian kalinya.Dia tidak hiraukannya langsung.Nama Mellia terpapar di screen telefonnya.Pantas jarinya menekan punat merah.

Am mengalah,dia matikan telefonnya.Sungguh dia rimas dengan perangai Mellia.Habis rosak rancangan serta moodnya.Dia meletakkan telefonnya di tepi.Dia bercadang untuk mengarahkan Malek menguruskan kesemuanya.Dia tersenyum seorang diri.Fikirannya terbayang akan wajah Yana.Saat Yana tersenyum riang dan ketika Yana marah.Entah kenapa gadis itu membuatkan dia gila.Sejak pertama kali dia melihat Yana,membuatkan hatinya tertarik.Dia ingin mengenali Yana dengan lebih dekat.Tanpa dia sedari,dia terlelap.

**************
Yana terpisat-pisat bangun apabila cahaya matahari menyapa biliknya.Dia mengeliat meregangkan badannya.Dia bangun menuju ke bilik air.Dia mencuci mukanya dan memberus gigi.

Setelah selesai mencuci muka,Yana mencapai tudung bawalnya di belakang pintu.Dia mngemaskan kedudukan tudung di kepala agar lebih selesa.Pantas dia keluar dari bilik apabila terdengar keadaan riuh dari arah ruang tamu.

Alangkah gembiranya dia apabila melihat satu figura yang amat dikenalinya.Pantas kakinya berjalan menuju ke arah figura tersebut.

"ABANG HAZIQ!"sergah Yana gembira.Terhinjut-hinjut bahu Haziq apabila di sergah Yana.

"Ye,Yana."jawab Haziq.

"Bila abang balik?Abang balik dengan siapa?Abang balik naik apa?Ada hadiah untuk Yana tak?"tanya Yana bertalu-talu.

"Sabar Yana.Abang Haziq baru je sampai."kata Ayman mencelah.

"Yana tanya je."kata Yana lalu mencebikkan bibirnya.Haziq hanya ketawa melihat reaksi Yana.

"Abang baru je sampai.Abang balik sorang je."kata Haziq.

"Sorang?Takkan tak jumpa awek dekat Istanbul?"tanya Yana keningnya di angkat beberapa kali.

"Ha'ah,ziq.Takkan tak jumpa.Kalau ada aku bak sorang."kata Ayman.

"Amboi,abang.Gatal ea?"tanya Yana sambil bercekak pinggang.

"Tak pe.Abang single,Yana tu yang tak boleh."jawab Ayman.Yana hanya mencebikkan bibirnya.

"Ramai je nak kat aku.Tapi aku yang memilih."balas Haziq.Ketawa mereka pecah apabila mendengar kata-kata Haziq.

"Amboi.Kalau dah jumpa lupa mama kat sini."tutr Mak Ayu dari arah dapur.

"Bukan selalu."jawab Ayman.

Jatuh Jua EgonyaWhere stories live. Discover now