Bab 1

44 2 0
                                    

"Bella!"jerit Fifi.

Aku yang hanyut dalam mimpi yang indah bagaikan telah hilang begitu saja.
Namun Aku masih tidak menghiraukan jeritan rakan serumahku ,Fifi yang telah berkawan denganku sejak sekolah menengah lagi.

"Kau tahu tak sekarang ni dah pukul 7! Kau kan ada meeting nanti", kata Fifi dengan nada yang kuat.

"Alamak! Dah lewat." Kata kata yang keluar dari mulutku, tanpa berterima kasih kepada Fifi Aku terus mencapai tuala yang disangkut di belakang pintu bilik dan bergegas ke bilik mandi.

Kelihatan di cermin bilik air mukaku seperti orang yang tidak cukup tidur.
Rambutku yang berserabai serta eyebags yang semakin Kelihatan.

"Uhh, kena pakai Concealer pulak nanti.", omelku di depan cermin.

Selesai mandi Aku terus mengambil beg tangan yang berjenama LV yang dibeli oleh papaku di Paris seminggu yang lalu dan kunci kereta Suzuki Swift yang Aku beli atas titik peluh ku sendiri
Walaupun Aku dilahirkan dalam keluarga yang yang agak berada namun Aku tidak suka meminta dengan ibubapaku dan suka berdikari.

Aku hanya mengayakan baju kurung moden yang berwarna merah jambu dan tudung yang berwarna cream.

"Uhh,jalan sesak pulak!"bebel ku sendirian.
Terasa hari ini amat malang buatku.
Aku mencapai telefon iPhone 6+ di dalam bag tanganku untuk memriksa notifications. Namun tiada apa-apa.

"you have a call...."

Kedengaran telefon ku berbunyi lantas aku mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama yang terpapar di skrin.

"Hello,Bella"

"Ya,saya",balasku dengan nada yang terkejut.

"Saya nak tunda meeting kita hari ini.Jadi kita akan meeting pukul 12:00 tengah hari dan jangan lupa belikan saya latte less sweet,ok.",Kata CEO Mega Holdings.

"Baiklah,Dato'.Ada apa-apa lagi?",balas ku.
"Tiada",ujar Dato'.
"Okey,Assalamualaikum",kataku.
"Waalaikumussalam"jawab Dato'

"Fuh,nasib baik meeting tunda kalau tak memang kena marah nanti",kataku.

Aku baru setahun menjadi Personal Asistant kepada CEO Mega Holdings iaitu Dato' Hafidz Syafie bin Tan Sri Jaafar Harun.
Walaupun papa telah menawarkanku berkerja bersamanya,Aku menolak kerana Aku ingin menimba pengalaman berkerja bukan dengan syarikat keluarga.

***

Setibanya Aku di pejabat Aku terus menekan butang lif dan menunggu lif tiba.
"Ya allah,lupa nak beli latte!"

Aku terus memusingkan badan ke kiri dan melangkah, tetapi langkahku terhenti kerana ada jejaka yang betul betul berada di hadapanku.

Kening dan mata yang memukau, tampan, tinggi,dada yang besar membuatkanku terpesona dengan kekuasaan Allah.

"Prince mateen"
Perkataan yang terlintas di mindaku.

"Cik......." kata jejaka tampan tersebut.

Aku tersedar.
"Ouh,sorry...sorry..".hanya Perkataan itu yang Aku lafazkan.

Aku berasa sangat malu, mukaku merah padam. Aku tak sepatutnya melihat dia sebegitu.

Selesai membeli latte ,Aku terus ke pejabat dan ingin memasuki bilik CEO Mega Holdings terpapar nama Dato'Hafidz Syafie di pintu biliknya.

"Dato' Hafidz ade? "
Suara tersebut seperti Aku pernah mendengarinya.
Aku segera memalingkan wajah ke arah pemilik suara itu.

Aku agak terkejut melihat jejaka tersebut merupakan jejaka yang Aku lihat di lobby tadi.

"Err...Dato' Hafidz belum sampai"terketar ketar dibuatnya suara Aku kerana terkejut melihat jejaka tersebut.

"Encik siapa Ye? ",tanyaku.
"Saya sepupu dia ",balas jejaka tampan itu.
Aku terdiam sejenak.

"Tak cukup tidur ke?",dia bertanya.
"Kenapa?",balasku dengan riak wajah hairan.
"Eyebags awak"

Aku hanya tersengih dan menggelengkan kepala tanpa berkata apa apa.
Aku terlupa untuk memakai concealer kerana terlalu bergegas ke pejabat.
Aku terus mempelawa jejaka tersebut untuk menunggu Dato' Hafidz di dalam biliknya dan meletakkan latte yang dipesan di atas meja.Bilik Dato' Hafidz sangat tersusun rapi dan bersih.

Aku ke mejaku dan menyambung kerja ku kembali.
Aku bangun apabila melihat Dato' Hafidz tiba.
"Dato' ada seseorang sedang menunggu Dato' di dalam.",kataku.

Dia hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya.

"Asymi Faiq ,lama Aku tak jumpa kau",kata Dato' Hafidz.
"Haha,Aku juga",kata Asymi.
"Macam mana kerja kau kat London dah settle ke belum?",tanya Dato'Hafidz sambil menghirup latte.
"Dah,Aku datang ni nak melawat kau.By the way ,perempuan yang pakai baju kurung merah jambu tu PA kau ke?",tanya Asymi.
"Ya,PA Aku. Kenapa?",Dato' Hafidz.
"Cantik jugak PA kau .Single lagi ke dia",tanya Asymi .
"Setahu Aku dia Single lagi",kata Dato' Hafidz.

Asymi tersengih apabila mendengar kata kata sepupunya itu.

YOU'RE MINE 💕Where stories live. Discover now