lonceng berdering menandakan waktu persekolahan telah tamat. keluar sahaja cikgu suziyati dari kelas, ian bergegas mengemas buku-bukunya ke dalam bag. "Ian, mari stay dekat libry. kerja kumpulan sejarah kita belum sentuh lagi ni. Nak bentang lagi 2 hari, semua group dah siap. Kita lagi yang terhegeh-hegeh." ajak siti. " ala, saya tak boleh la nak stay. Ok macam ni la, apakata kita bahagi kerja?" Cadang ian. "Hah? Mana boleh kalau kita buat asing-asing lagi susah sebab benda ni mesti berkait. Kalau awak cakap lain saya cakap lain nampak sangat la kita tidak ada kerjasama." Siti menolak cadangan ian. " emm.. ok la takpe, biarlah saya yang buat. Nanti esok sy bagi kat awak. Boleh lah awak baca betul kan apa yang salah and study la. supaya nanti awak dapat jawab kalau cikgu tanya." Kata ian. " tak pe ke??? Betul ke ni? sampai mcam tu sekali ke awak tak boleh stay?" Siti masih ragu-ragu. "Ala.. takpe. Ok saya balik dulu la" kata ian mengakhiri perbualan. keluar sahaja ian di muka pintu siti tersenyum. " ti, macam mana???" Tanya natasya tidak sabar-sabar menunggu jawapanya. " macam biasa la.. dia yang buat. Haha boleh la kita jalan lepas ni." Kata siti dengan teruja. "Bagus la satu group dengan dia tu. Rajin, pandai lagi." Kata linda pula. " ok jom jalan! Happy nyer" kata siti. Kedengaran gelak ketawa mereka sehingga di luar kelas. " kerja group konon... hmmm last2 saya juga yang kena siapakan. Patut la siti tu beria ia nak satu group saya. Ada udang di sebalik batu rupanya. eish! Biarlah.. da nasib" monolog ian di dalam hati. Kakinya semakin pantas menuju ke destinasi yang pasti setiap hari selepas dari sekolah.