PROLOG

18 4 0
                                    

"Lena dah besar.Lena tahu jaga diri sendiri jadi kenapa appa perlu susah payah mengupah bodyguard dekat luar tu?Appa tolonglah...tolong berikan kebebasan pada Lena macam anak orang lain."Park Lena benar-benar tidak dapat menahan amarahnya pada kali ini.Tidak pernah seumur hidupnya dia meninggikan suaranya pada kedua orang tuanya walaupun dalam keadaan marah namun tidak kali ini,ayahnya sudah benar-benar melampau.

"Tak akanlah Lena dan kawan-kawan tak boleh pergi makan di tepi jalan?Takkanlah bodyguard tu semua perlu jaga keselamatan Lena waktu kami tengah karaoke?Appa fikir tak apa yang kawan-kawan Lena akan cakap pasal diri ni?Kenapa appa?Kenapa appa tak macam appa orang lain?"sekali lagi Lena bercakap dengan nada yang tinggi.Bukannya dia tidak bersyukur dengan semua ni tapi kalau keluar dengan kawan-kawannya pun tak akanlah perlu orang untuk menjaga keselamatannya,bukan?

Semua orang mengatakan bahawa dirinya beruntung kerana lahir dalam keluarga yang kaya tapi hingga ke saat ini,Lena sendiri tidak pernah tahu di mana untungnya semua itu.Bahkan hingga ke saat ini,seorang Park Lena langsung tidak pernah merasai apa itu erti kebahagiaan apabila sedari kecil dia selalu ditinggalkan di rumah bersama orang-orang gajinya.Baik omma mahupun appa,kedua-duanya sibuk dengan urusan kerja masing-masing sehinggakan perihal anak sendiri pun tidak pernah kisah.Dan sekarang,sibuk untuk menjaga keselamatannya?

"Kamu jangan nak kurang ajar,Lena!Kamu sedar tak dengan siapa kamu bercakap sekarang?Appa dengan omma tak pernah sekali pun mendidik kamu macam ni sekali jadi dengan siapa kamu belajar untuk bercakap kasar pada kami?"tanya Tuan Park dengan wajah yang bengis.Dadanya turun naik menahan amarah yang bersarang di dadanya."Ohhh...appa tahu.Pasti kawan-kawan kamu tu yang mengajar kamu bercakap kasar dengan kami,kan?Huh!Appa dah agak yang diorang berdua tu bukannya kawan yang baik sebaliknya mengajar kamu yang bukan-bukan di belakang kami.Sepatutnya appa ajar sahaja budak-budak tu tadi,biar diorang serik."Tuan Park berkata lagi sambil matanya menikam tepat ke dalam mata Lena yang juga turut memandangnya.

"Cukup,appa!Cukup!Ya!Lena tahu yang Lena ni anak kurang ajar tapi appa tahu sebab apa semua ni berlaku?Semua ni sebab appa dengan omma sendiri...sebab tiada siapa pun yang mengajar Lena tentang adab sopan bagai ni.Dan sekarang...appa nak salahkan orang lain?Cubalah omma dengan appa perhati dulu diri sendiri macam mana omma dengan appa didik Lena dari kecil barulah sibuk nak ajar orang lain pulak."Lena berkata sinis sambil matanya tepat menikam mata appa dan ommanya yang sedang berdiri di hadapannya.Sudah tidak dipedulinya erti hormat kala hati sedang memuncakkan api kemarahan.Orang-orang gajinya yang sedari tadi berpura-pura membuat kerja rumah juga turut menundukkan pandangan mereka apabila Lena bersuara.Gadis yang dikenali mereka sebagai seorang anak yang paling baik kerana selalu mendengar kata kedua orang tuanya hari ini telah bertukar 360 darjah.

"Lena...kenapa cakap macam tu pada appa?Kenapa Lena dah berubah?Mana Lena yang dulu,ha sayang?Omma dan appa buat semua ni demi kebaikan Lena jugak.Omma nak anak omma yang taat dengar kata omma dan appa..."belum sempat Puan Byun melangkahkan kakinya mendekati anaknya,Lena terus sahaja menjauhkan dirinya pada ommanya.

"Demi kebaikan Lena?Dengan cara mengongkong hidup Lena?Dengan cara mengaturkan hidup Lena sendiri?Omma pun sama macam appa!Baik omma mahupun appa tiada seorang pun yang tanya apa Lena nak dalam hidup ini.Ya!Memang Lena tak nafikan,omma dan appa telah berikan Lena kemewahan hidup yang tak pernah orang lain bayangkan.Omma dengan appa hantar Lena untuk belajar di luar negara seawal umur 13 tahun lagi,Lena ikutkan semua tu.Omma dengan appa suruh Lena belajar tentang bisnes dan Lena ikut tapi pernah tak sekali sahaja...sekali sahaja omma pernah tanya apa yang betul-betul Lena nak selama ni?"tanya Lena dengan nada yang sedih.Air matanya yang sedari tadi bertakung di tubir matanya tidak dapat ditahan lagi lalu mengalir turun ke pipinya."Kerana sayang...kerana kasih...dan kerana hormat,Lena turuti semua tu walaupun bukan itu yang Lena mahukan.Dan bahkan sehingga ke saat ini,omma dan appa nak tentukan dengan siapa Lena nak berkawan?Sehingga kecil tak pernah tanya tentang urusan Lena dan sekarang omma dan appa sibuk nak tentukan dengan siapa Lena nak berkawan pulak?Omma dan appa tak berhak,tahu?Omma dan appa tak berhak sama sekali!"jerit Lena.Puas dia menghamburkan segala-gala yang terpendam dalam hatinya selama 20 tahun ini.Wajah appanya yang memandang tajam kepadanya hanya dipandang sepi.

"Anak tak guna!"ujar Tuan Park sambil menghayunkan tangannya pada pipi Lena.Kuat sehingga boleh memijarkan tangannya sendiri.Dia tidak boleh lagi menyabarkan hatinya apabila anak yang dibesarkan selama ini bersikap kurang ajar terhadapnya hanya kerana ingin membela kedua orang rakannya itu.Tuan Park langsung tidak dapat memikirkan di mana rasionalnya perbuatan anaknya itu.

"Yeobo!"Puan Park di sebelahnya hanya tergamam melihat sketsa antara dua beranak itu.Sesekali dada suaminya diusap lembut ingin menenangkan kemarahan pada suaminya itu.

"Terima kasih appa...terima kasih atas tamparan ni.Tapi appa dah terlambat 20 tahun.Kalaulah appa tampar Lena dari dulu lagi,semua ni takkan berlaku.Kalaulah appa dengan omma didik Lena dengan baik,apa yang terjadi hari ni tak akan pernah berlaku tapi malangnya,appa lebih tertumpu pada kerja-kerja appa manakala omma pulak asyik dengan persatuan dan yayasan tak guna tu."ujar Lena sambil mengesat air mata yang mengalir turun dengan kasar.Kakinya melangkah untuk menuju ke biliknya di tingkat atas namun bila ada sesuatu perkara yang menjengah fikirannya,langkahnya terhenti.Tanpa berpaling,dia berkata dengan nada suara yang seolah-olah tidak berperasaan.

"Sampai bila omma dengan appa nak tentukan hidup Lena? Sampai mati?Adakah bila Lena mati sahaja yang dapat menghentikan segala kekangan omma dan appa?Adakah dengan mati sahaja yang dapat memberikan Lena kebebasan?Kalau macam tu,Lena lebih rela mati dari terpaksa hidup di bawah telunjuk omma dan appa!"ujar Lena seraya kembali mengangkatkan kakinya ke bilik tidurnya di tingkat atas.Kalau hendak diikutkan,dia juga tidak mahu berbalah dengan kedua orang tuanya kerana dia terlalu sayangkan mereka namun dia sudah tidak mampu menyabarkan hatinya untuk kali ini.Jadi,lebih baik dia menghamburkan segala-galanya hari ini daripada terpaksa memendamkannya untuk waktu yang agak lama.

Air matanya kembali turun.Dia teresak-esak di dalam bilik tidurnya.Sejujurnya...hati Lena sakit.Sakit sangat apabila mengenangkan orang tuanya yang langsung tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya.Selama ini,hanya pada orang gaji dan kedua orang rakannya itu sahaja tempat dia meluahkan perasaan.Hanya pada mereka tempat dia berbagi kasih namun mengapa bahkan hingga ke saat ini,kedua orang tuanya tidak pernah faham?





Hai korang👐

Ok..so this is my second fanfic dlm wattpad ni.Mungkin ada kot yg pernah baca my first fanfic,Suami Satu Agensi di mana main castnya ialah Baekhyun but for this time,Sehun Exo akan jadi watak utama dalam fanfic yg kedua ni.

So..kalau ada yg tertanya ni sekuel utk fanfic pertama ke?I'm sorry guys but the answer is no.Fanfic ni takde kaitan pun dngn Suami Satu Agensi tapi saya ambik tajuk Soulmate Satu Agensi sebb ceritanya masih berkisarkan tntg SM Entertainment.

Last but not least,saya hrp korng enjoy baca ff ni😁😁

27January2018

#Xoxo

Soulmate Satu Agensi +OSH Where stories live. Discover now