1 - siapa tu?

1.2K 42 4
                                    


Baru je pukul 7 lebih , matahari dah terik . Tengok ramalan cuaca katanya hujan hari ni tapi nampaknya kita mandi peluh je lah .

Aku menggeleng kepala . Apahal la aku merungut pagi pagi macam ni , tak elok . Kena berfikiran positif ni.

Aku mula berjalan menuju ke kelas . Tengok dekat dewan tak ada sesiapa , mungkin hari ni tak perlu berkumpul kat dewan agaknya .

"Haseon!" , tiba tiba ada orang panggil aku . "Haseon . Haish kau ni tak reti tunggu ke", keluh seseorang sambil memegang bahu aku . "Alahai kau , macam tak biasa datang sorang", aku jawab tanpa berpaling ke arah dia . "Yela sekali sekala nak jugak jalan dengan kau", Gayun mengadu .

Aku pun hanya mengangguk faham tentang keadaan dia tu . Masih tercungap cungap lagi walaupun dah berjalan dengan perlahan .

Sampai sahaja di kelas , boleh dikatakan dah ramai berkumpul dalam kelas. Rajin pula diaorang ni semua datang awal.

Cikgu pun masuk 15 minit lambat. Pembelajaran pun bermula , rasa macam sekejap sangat pembelajaran hari ni , entah lah kenapa .

°°°

Kantin mula diserbu oleh pelajar pelajar yang lapar . Yelah kadang kadang kami ni tak sarapan , sebab tu bila sampai waktu rehat je , mula la menggelupur nak makan .

Aku yang dah sampai awal duduk di meja . "Lambat sangat tunggu diaorang ni , makan dulu lah", aku bermonolog .

5 minit dah berlalu , Gayun dan Hanui sampai di meja makan .

"Dah siap kerja sejarah?", Hanui bertanya . "Aduh weh! Lupa ah!! Macam mana ni", Gayun menepuk dahinya . "Ha tu lah kau , suka sangat lupa", Hanui merengek .

Aku pula sedang melihat keadaan sekeliling , tiba tiba aku nampak sekumpulan budak lelaki duduk di meja makan berjauhan sikit daripada kami .

Siapa pula mereka tu? Tak pernah nampak pun.

"Eh tu siapa?", aku bertanya sambil mengetap sudu plastik di dalam mulut aku. Gayun dan Hanui berpaling ke arah pandangan aku .

"Ohh , itu Yoongi , Hoseok dan Jungkook. Dalam kumpulan diaorang tu ada lagi member lain tapi tu diaorang bertiga je", Gayun menerangkan . "Kau tak kenal diaorang ke?", Hanui bertanya kepada aku . "Ha'ah, tak kenal", aku jawab ringkas lalu sambung makan .

"Eh macam mana boleh tak kenal?", Hanui membalas . "Aku bukannya budak popular macam korang berdua" , aku tujukan sudu aku dekat depan mereka.

Aku ni biasa biasa je , ada la yang kenal kenal dengan aku tapi takde lah popular kebaboom gitu .

°°°

"Kau kerja ke harini?" , Gayun bertanya sambil menggalas beg sekolahnya . "Ya ada , macam biasa lah", aku jawab . Dah tak ramai dalam kelas , semua dah balik .

"Alaa , tak dapat nak balik dengan kau", Gayun mencebik . "Alalala, nanti bila aku free , aku balik lah sekali", aku mencubit pipi Gayun yang putih molek tu .

Kami berdua jalan sampai pagar sekolah tapi akhirnya kami berdua berpisah , aku ke kiri , dia ke kanan sebab aku kerja dekat cafe hari ni . Sepatutnya off hari ni tapi tiba tiba boss yang minta suruh datang .

Dding! Bunyi loceng yang tersangkut di bucu pintu berdering bila aku menolaknya . Aku tersenyum kepada dua tiga orang pekerja yang nampak aku dan mereka menyambut senyuman aku .

Aku menuju ke belakang dan letak beg di dalam almari yang boss dah sediakan . Sesudah letakkan semua barang aku , aku gapai baju kemeja putih dan seluar hitam lalu menyarung apron berwarna coklat tu .

Aku keluar dan ternampak kak Jisoo sedang basuh pinggan . Tanpa berlengah , aku berjalan ke arahnya dan menolong kak Jisoo. "

"Ha elok pun kamu dah sampai , Haseon . Akak nak kena jaga counter . Sejun tak ada hari ni", kak Jisoo mengelap tangannya dengan sapu tangan yang tergantung di dinding.

"Kenapa Sejun tak datang?" , aku bertanya sambil membasuh cawan cawan . "Katanya ada emergency dekat kampung", kak Jisoo berkata . Aku hanya mengangguk faham .
"Basuh semua tu elok elok!", kak Jisoo memberi satu peringatan dan aku hanya tersenyum .

Habis sahaja basuh pinggan dan cawan , aku ke counter hadapan dan mengambil buku nota dan pen di dalam laci untuk mengambil order pelanggan .

Aku tengok sekeliling , nampaknya semua pelanggan dah dapat apa yang mereka order , tiada pelanggan baru jadi aku pun duduk di kerusi berdekatan .

Dding! Bunyi loceng pintu berdering . Aku melihat ke arah pintu dan ada sekumpulan budak lelaki masih berpakaian sekolah masuk ke dalam cafe .

Aku mengerut dahi , kecilkan mata untuk fokus pada mereka . Tengok lencana macam lencana sekolah aku . Bila tengok muka , macam pernah tengok tapi tak ingat kat mana.

"Eh Haseon! Kamu melamun apa? Pergi ambil order", kak Jisoo cuba menguis bahu aku tapi aku tak endahkan . Dalam kepala aku ni sibuk fikir dekat mana aku pernah nampak lelaki lelaki ni.

Oh jap.
Diaorang ke yang....

°°°

yehet hello , another ff ni HAHAHAHHAA . Harap okay lah yang ni ya . Support lah ely ya thanks

 Support lah ely ya thanks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
tea | m.y.g [malay;on going]Where stories live. Discover now