15- true love?

412 28 5
                                    


Aku rasa, dah nak dekat 1 jam aku duduk dekat sini, menunggu Yoongi. Sejak daripada sekolah tadi, sejak aku mengacukan soalan tentang 'ex' dia tu, dia diam tak berkata apa apa tapi bawa aku kehulu kehilir macam aku ni patung.

Sekarang, aku dah tersekat dengan dia, dekat kafe. Tapi, bukan kafe yang aku bekerja itu, dan bukan kafe abang dia, tapi kafe orang lain.

"Memang tak nak bercakap ke?", aku mula bersuara. Dia masih diam, memegang cawan yang berisi kopi panas itu. "And kenapa kita kena ada dekat kafe ni? Sedangkan kafe abang kau tu dah ada?", aku bersuara lagi.

Yoongi memandang aku serta merta, "Kau tahu kafe tu abang aku punya?", Yoongi bertanya. Aku menjelingkan mata ke arah nya, "I'm not stupid", aku mengeluh, mengacau air kopi di hadapan aku.

Yoongi kembali menjadi senyap. Seakan akan bisu, tak tahu nak bercakap apa. Aku dah mula penat dengan sikap dia yang asyik berdiam diri.

"Min Yoongi", aku cuba memanggil namanya.

Tak ada response, kepalanya masih tertunduk ke bawah.

"Min Yoongi", aku tinggikan sedikit suara.

Diam.

"Min Yoongi!!!", aku menghentak meja dengan tangan aku. Segera dengan perbuatan aku itu, bukan setakat Yoongi je terkejut, pelanggan yang duduk di sekitar kami, malahan pelanggan yang sedang berada di kaunter pun terkejut.

"Kalau kau dah tak ada apa apa nak cakap, aku nak pergi. Balik, tidur lagi bagus", aku mula melangkah pergi daripada tempat duduk . Seperti yang dijangkakan, Yoongi takkan benarkan aku pergi ke mana mana selagi dia tak buka mulut. Jadi, tangan dia segera capai tangan aku, membuatkan langkah aku terhenti.

Dia tak bercakap apa apa, tapi aku tahu dia suruh aku duduk. Aku perlahan lahan mengambil tempat duduk di sebelahnya, bukan di hadapannya macam tadi.

"Dia ex aku", Yoongi bersuara perlahan. "Yes, I know", aku balas.

Dan aku tahu yang kau hanya gunakan aku untuk dapatkan ex kau balik. Hati aku berkata.

"Dia tinggalkan aku", sepatah demi sepatah Yoongi bercerita, seolah olah tak ada semangat yang tinggal dalam diri dia. "And? Kau masih nak kat dia?", aku bertanya.

"Kitaorang bergaduh. Sebab aku nampak dia jalan dengan lelaki lain. Semenjak aku nampak tu, dia selalu mengelak daripada aku, tapi aku masih tahan", Yoongi bercerita lagi, aku mengangguk.

"Makin lama, makin tak tahan jadinya. Aku ambil keputusan untuk paksa dia jugak datang jumpa aku. Bila aku complain, dia melenting kat aku, macam aku yang ada perempuan lain. Aku tak tahan, jadi aku suruh dia pergi dekat lelaki tu, lupakan aku", Yoongi sambung lagi.

"Lepas tu? Kau tak cakap apa apa dengan dia?", aku bertanya. Yoongi menggeleng.

"So dia ada lelaki kain, kau marah, dia marah kau balik, lepastu kau suruh dia tinggalkan kau dan teruskan hubungan dengan lelaki tu. Sekarang ni kau cuba nak dapatkan dia balik? Supaya dia rasa menyesal, bila dia nampak aku dengan kau sama sama?", aku mengulas balik apa yang aku faham daripada cerita Yoongi, dan Yoongi hanya mengangguk.

"Which means, kau nak lagi dekat dia?", aku mengangkat kening . Yoongi mengangguk perlahan, "why?", aku dah macam tak faham situasi Yoongi.

"It's true love!", Yoongi meninggikan suara sedikit. "Oh, what do you know about true love huh?", aku tersenyum sinis.

"Aku tahu lebih daripada apa yang kau tahu", Yoongi membidas. Wow. Aku tahu la, aku ni tak pernah ada lelaki yang nak, sampai sekarang. Aku tak pernah rapat sangat dengan lelaki. Vernon tu lah satu satunya.

Tapi perlu ke dia cakap macam tu? Seolah olah macam aku ni tak tahu apa apa tentang 'true love' yang dia cakap tadi?

Yoongi agaknya perasan yang aku terasa dengan ayat dia. Jadi dia pun hanya diamkan diri lepas tu.

"Sorry", dia tegur perlahan. "Tak apa, lagipun betul lah apa yang kau cakap", aku balas. Ye betul, aku tak salah kan dia, sebab apa? Memang betul apa yang dia cakap. Fakta. Yang aku tak tahu apa apa. Bukan salah aku, bukan salah dia, bukan salah orang lain yang aku tak tahu apa apa.

"Marah?", Yoongi seakan akan takut nak tujukan soalan tu kepada aku. "Tak", aku jawab ringkas.
Muka Yoongi terus nampak seperti dia lega dengan kata kata aku.

"Aku cuma nak tahu, bila benda ni akan berakhir? Antara kita ni?", aku bertanya. "We will see about that later", Yoongi jawab. Kami berdua mengambil cawan kopi yang berada di atas meja dan mula berdiri daripada kerusi.

"Benda yang sama kau cakap dekat aku dulu. Kenapa tak cakap je bila benda ni akan stop?", aku tanya lagi. "Just wait and see", Yoongi senyum sinis dan mula melangkah pergi.

Aku harap benda ni takkan berakhir.

+++

hai yall😪😪

hai yall😪😪

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
tea | m.y.g [malay;on going]Where stories live. Discover now