[Perjanjian]

45 7 0
                                    

Boboiboy pov----

Seminggu telah berlalu sejak perlawanan antara aku dan kawan-kawan aku dengan geng Tengkotak.Sejak dari Itu,Pulau Rintis menjadi semakin aman(walaupun Adudu masih cari pasal dengan kitorang).

Namun sejak kebelakangan ni aku menjadi semakin protektif dengan kawan-kawan aku.Aku selalu menghabiskan masa aku dengan mereka untuk menebus perbuatanku yang selalu memungkiri janji.

Boboiboy pov end----

"Boboiboy,kenapa ada eyebags bawah mata kau,ni mesti kes tak cukup tidur ni!"kata Yaya sambil bercekak pinggang tanpa seulas senyuman di bibirnya

"Yaloh,sejak kebelakangan ni kau selalu tak cukup tidur!"Ying mempersetujui kata-kata Yaya.

"Ha'ah,kau ada masalah ke?"tanya Fang dengan nada dingin,tapi sebenarnya dia risau dengan kawannya,dia ni dahlah jenis suka pendam masalah sendiri,mana tidaknya mereka risau akan Boboiboy?

"Oo-h,tu sebab aku baca satu buku menarik
ni sampai aku leka sudah pukul berapa dah masa tu!"Boboiboy mencipta alasan sambil mengukir Senyuman paksa di bibirnya.

Sebenarnya,dia berjaga sepanjang malam kerana risau akan keselamatan mereka.Bagaimana kalau Borara datang ke bumi lagi?bagaimana kalau kawan-kawan aku kena culik?itulah soalan-soalan yang selalu muncul di dalam fikirannya.

"-boy"

"Boboiboy!kau Ok tak?"Gopal memanggilnya.

"Ah,aku ok! "jawab Boboiboy sambil tersenyum.

Mereka memandang antara satu sama lain dengan pandangan risau sambil diperhati oleh Boboiboy yang membuat ekspresi tertanya-tanya.

"Macamnilah Boboiboy,aku rasa baik kau berehat di bilik rawatan"- Yaya

"T-tapi aku tak sakit..."-Boboiboy

"Takde,tapi-tapi,dah jom"Fang menolak Boboiboy dari belakang untuk menyuruh dia berjalan ke bilik rehat bersamanya.

"Jom!"-Gopal

"Eh!sorang je yang boleh teman Boboiboy,kau ikut kitorang!"arah Ying sambil menunding jari ke arah Gopal.

"Alah..."keluh Gopal.

"Apa 'alah-alah'?"tanya Ying.

"Oh,ya!Yaya jangan lupa bagitau cikgu tau!"-Fang.

"Baik!"-Yaya

-Di kelas-

"Bangun!selamat pagi cikgu!"ketua kelas memberi ucapan diikuti oleh rakan sekelasnya.

Cikgu yang berada di depan,memerhati segenap ruang kelas.Dia perasan ada dua pelajarnya tiada di tempat mereka.

"Ada sesiapa tahu di mana Boboiboy dan Fang?"tanyanya.

"Saya cikgu,Boboiboy kurang sihat jadi Fang temankan dia di bilik rawatan"jawab Yaya setelah mengangkat tangan.Cikgu itu mengangguk perlahan setelah mendengar penjelasan yang di berikan oleh Yaya.

"Baiklah,kita teruskan pembelajaran kita,buka muka surat 120...."-cikgu

Sementara Itu...

"Boboiboy,kau ok tak?"tanya Fang dengan ekspresi risau,yela, sape yang tak risau dengan keadaan kawan yang jalan terhuyung-hayang di depan mata?

"A-aku..."kata-katanya terputus kerana dia pengsan secara tiba-tiba di depan Fang.Mata Fang terbeliak dan dia cepat-cepat sambut Boboiboy yang pengsan itu.

"Ha..."Fang menghembuskan nafas lega.Dia mendukung Boboiboy di belakangnya dan terus membawanya ke bilik rawatan.

-Di Alam Mimpi-

Memori(BBB fic)Where stories live. Discover now