Hujan DOSA

8 2 0
                                    



Bermula nya sebuah kisah seorang insan yang dilahirkan di belantara kota

Ketika semua disisi hanyalah lakonan dan tipu daya

Semasa cuba memainkan watak sebagai pendosa

Dalam tidak sedar dia cuba turut serta ke dalam lembah terseksa...

Tiap saat yang berlalu tidak mempunyai erti

Semuanya terlepas dan tidak dipeduli

Sedangkan masa yang ada merupakan satu-satunya harta

Yang dapat memilih sengsara ataupun bahagia

Dia hanya dapat memerhati dan turut merasa

Setiap kesilapan dan kesakitan yang tidak berguna

Kadang kala terdetik juga di dalam hati

Ingin mengubah kekotoran menjadi suci

Tapi apa kan daya dia hanya secebis habuk

Di dalam bekas yang terkutuk...

Tetapi dia tidak pernah kenal erti kalah

Dia takkan berhenti walaupun ditikam dari bermacam arah

Tiap hari masih cuba membetulkan semula

Walaupun tidak pernah dipandang oleh mereka

Dia tetap percaya akan mengubah segalanya

Menjadi lebih indah dari sedia kala

Dia berfikir berbagai cara untuk melakukannya

Untuk mengelak dari dihujani dosa

Lalu dia menyediakan sekaki payung kepada semua

Untuk berteduh dari kebasahan selamanya

Ternyata semua yang berteduh sudah mulai merasa selesa

Kota yang dulu kelam dan gelap mula dihadiri cahaya

Hujan yang tidak pernah berhenti itu hilang entah ke mana

Buat pertama kali senyuman mula terukir manis

Tiada lagi kesunyian dan suara tangis

Nampaknya usahanya berhasil

Semua mula menghargai sesama sendiri

Kota dosa kini sudah berubah warna

Tiba-tiba petir di langit mula menyambar

Dia yang lena kini terjaga sedar

Dia berlari terus menghadap jendela

Rupanya ia adalah mimpi semata

Kota itu masih kelam dan gelap

Semua yang indah hanya ada ketika dia terlelap

Hari yang baru sudah bermula di kota mereka

Dia menyarung pakaian baru dan memainkan semula watak pendosa...

GF - (3944)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hujan DOSAWhere stories live. Discover now