shiteu

1.2K 190 49
                                    

"Naura!"

Mendengar seseorang memanggil namanya, terus sahaja dia memusingkan tubuhnya memandang belakang.

"Hoseok?"

"Asal kau masuk sekolah harini. Bukan sepatutnya cuti kau seminggu ke. Ni baru tiga hari"

Naura tersenyum nipis

"Baik aku pergi sekolah baeb, dekat rumah tu dah macam tunggul je. Dia buat hal dia aku buat hal aku. Makanan yang aku masak pun dia jijik nak sentuh. Mungkin"

Hoseok mendengus

"Kau tak bahagia ke ra?  Bukan sepatutnya kau happy?  Dia kan crush kau dah lima tahun"

"Dulu, mungkin aku suka. Tapi..  Aku sedar hati dia bukan untuk aku"

Muka ditundukkan memandang lantai. Cuba menahan air mata dari mengalir. Sakit sangat rasanya bila orang yang kita sayang tak pernah sedar kewujudan kita.

"Tabah ye sayang"

Naura memandang hoseok semula. Mata hoseok yang sembap itu dipandang dengan dari yang berkerut.

Hoseok menangis?

"Wey, mata kau asal sembap"

Hoseok pula yang menundukkan mukanya. Terhinjut hinjut bahunya keranan cuba menahan daripada menjerit kerana menangis.

Sampul surat putih diberikan kepada naura

"A.. Apa ni?"

"J.. Jungkook ra"

"Asal?!!"

"Baca lah!"

Sampul surat tadi dibuka dengan seribu satu perasaan.  Kenapa dengan jungkook..

Surat dari jungkook itu dibaca.

Naura sayang!. Tahniah sekarang kau dah jadi isteri yoongi. Aku tahu selama ni kau sayangkan yoongi kan?.  Mesti kau happy kan?.. Aku tulis surat ni sehari selepas kau kahwin. Ya, kau cuti seminggu mungkin aku tak sempat jumpa kau. Lepasni aku dah pindah dekat luar negara. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang dengan orang lain. Lagipun aku taknak hancurkan rumah tangga sahabat aku yoongi. Tolong jaga yoongi baik baik untuk kau. Untuk aku juga.  Ha ha. Aku kena pergi sayang.  Haha sayang?  Mungkin aku cuma mampu tulis je tapi aku tak mampu luahkan. Aku penakut ra. Sebabtu aku tak layak untuk kau

Jeon jungkook.

"Se.. Selama ni jungkook suka aku?"

Air matanya yang ditahan mengalir.

Inikah balasan yang diberikan untuk aku? Aku tak pernah tahu jungkook sukakan aku. Aku sakitkan hati dia. Dan apa yang yoongi buat dekat aku sekarang ni sama ke macam apa yang aku buat dekat jungkook.

Terasa berat lututnya untuk berdiri.. Pandangan pelajar lain yang lalu disitu dibiarkan.

"Ju..jungkook"

Hoseok menghapiri naura. Tubuh gadis itu dipeluk.

"Takpa, bukan salah kau ra"

Air mata yang mengalir dipipi naura diseka.

Dari jauh, satu figura lain memerhati kelakuan mereka berdua sambil menggempal penumbuk.

*****

"Naura!  Sir woojin suruh kau ambil barang sukan dekat stor"

MR.CRUSH [MYG]Where stories live. Discover now