× PART 1 ×

526 34 16
                                    

Allysya melajukan langkahnya kerana tidak mahu lambat ke kelas malamnya.

Itu prinsip Allysya Sofea.

Ting!

Iphone 7 yang berada dikocek seluar diambil.

“Group ni tak boleh nak senyap ke apa? Dari tadi notification masuk je,” getus hati Allysya.

Sedang dia berjalan menuju ke kelasnya, bahunya dilanggar oleh seseorang.

Dush!

Buku-buku yang berada ditangan Allysya terlepas dan berterabur di atas lantai. Allysya jalan pakai mata lah!

Allysya mengeluh dan membongkokkan badannya untuk mengutip buku-buku yang bersepah di atas lantai.

“Kalau jalan, mata tu pandang depan. Jangan melulu je, ” suara garau menyapa gegendang telinga Allysya. Automatik perbuatannya menguti buku tadi terhenti.

Kepala diangkat memandang hadapan.

TIDAK!!!

Muka dia gosh! Like seriously?!

Dia ni kembar Edward Cullen ke apa?

“Yang awak tenung saya macam nak makan ni dah kenapa?” soal jejaka itu.

Allysya bagaikan terpukau dengan wajah tampan jejaka itu.

“Eh mana ada. Awak ni vampire ke?” soal Allysya tanpa rasa segan langsung.

Lelaki itu diam, jeda.

Dia tolong mengangkat buku+buku milik Allysya Sofea dan bangun dari posisinya.

“Nah, dah masuk kelas cepat. Malam-malam macam ni bahaya,” pesannya lalu menghulurkan buku-buku tersebut.

Allysya hanya mengganguk dan buku-buku itu bertukar tangan.

Allysya memerhati sahaja jejaka yang iras-iras Edward Cullen itu sehingga hilang dari pandangan.

Muka dia putih sangat, anak matanya berwarna hazel, hidungnya mancung, bibirnya merah bak delima dan jawline dia! Sungguh menarik perhatian Allysya!

Gigi taring miliknya membuatkan Allysya betul-betul menganggapnya vampire!

GOSH DIA KEMBAR EDWARD CULLEN KE?!

Allysya terus melangkah pergi sebaik sahaja tersedar yang dia hampir lewat ke kelas.

Allysya Sofea melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang kosong bersebelahan Dania.

“Kau kenapa lambat? Layan Vampire Diaries lagi ke?” soal Dania Aifitshah.

Dania Aifitshah, kawan baik Allysya Sofea sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Dania merupakan satu-satunya kawan baiknya yang mampu bertahan dengan perangai gila-gila dia dan ketaksuban dirinya dengan vampire!

“Tadi, aku jumpa kembar Edward Cullen. Aku rasa dia vampire lah, rupa dia macam puntianak. Tapi yang gred hensem punya,” cerita Allysya sambil mengeluarkan buku notanya dan pen warna-warni.

Nak tulis nota perlu pakai pen warna warni, baru kita ada minat nak baca. Ni tak pakai pen hitam je, dah rupa nota nak berkabung je.

Nak hipster pun tak bertempat.

Dania memandang Allysya dengan peliknya. Bila masa student universitinya ada vampire?

“Kau ni taksub sangat dengan cerita vampire tu lah aku rasa. Mana ada student universiti kita vampire,” ujar Dania lalu menggelengkan kepalanya.

Allysya termenung memandang luar tingkap kelas. Ada satu figura yang menarik perhatiannya.

MY VAMPIRE!

“Nia! Nia! Tu vampire tadi,” jari telunjuk Allysya menunding ke arah lelaki yang berada di luar itu.

Dania Aifitshah melihat ke luar tingkap seperti yang ditunjuk oleh Allysya. Dania menepuk dahinya apabila melihat ‘vampire’ yang dikatakan oleh Allysya.

“Tu senior kita lah babun. Harris Aryad. Celah mana kau nampak muka dia macam vampire? Dia muazin U kita tau. Mana ada puntianak boleh azan dan jadi imam solat isyak,” balas Nia lalu mencubit pipi Allysya.

Tulah padahnya kalau dah taksub dengan sesuatu benda.

Allysya bukan kpopers! Tapi dia minat semua drama, movie dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan vampire. Terlalu taksub dengan vampire!

Lebih teruknya! Dia berangan nak bersuamikan vampire.

Out of my mind! Mengarut Allysya.

“Harris Aryad. What a nice name hm. Vampire imam? Hm boleh jadikan menantu mama aku,” ujar Allysya dengan senyuman nakalnya.

Dania menggeleng perlahan.

Pensyarah mereka tiada kerana urusan kecemasan, tapi assignment telah diberikan. Disebabkan itu, mereka perlu ambil kertas kerja di kelas.

Kertas kerja Allysya biarkan diatas meja, nanti lah buat.

Iphone 7 diambil.

Aplikasi Instagram dibuka, jari gadis itu lincah mencari akaun instagram milik Harris Aryad.

Setelah 10 minit mencari, akaun instagram Harris Aryad masih tidak dijumpai. Akhirnya, dia mengalah.

Kertas kerja diambil dan Macbook Pro miliknya dibuka. Lambang buah epal itu menyala tanda ia sedang menghidupkan sistem-sistemnya.

Jarinya mula menari nari di atas papan kekunci.

Tok!

Tok!

Allysya tidak menoleh ke arah bunyi tersebut. Jangan ganggu fokusnya! Nanti tak siap tak pasal-pasal kena marah dengan sir.

Lengan Allysya disiku oleh Dania tetapi Allysya hanya menghiraukannya.

“Allysya Sofea, ” panggil Dania Aifitshah perlahan.

Stop bothering me,” balas Allysya dengan tegas.

Your vampire was here! Look!” Dania mula menjerit kecil.

Allysya masih lagi menumpukan perhatiannya pada Macbook Pro miliknya. Vampire tu datang sini nak buat apa? Nak hisap darah pelajar-pelajar kelas ni ke?

Hey girl, I'm asking you. Tak dengar ke?” suara garau menyapa halwa telinga gadis itu.

Allysya mendengus geram! Tadi Dania kacau ni siapa pulak?

Dia mengangkat wajah ingin melihat gerangan yang mengacau fokusnya itu.

Allysya mati kata, wajahnya begitu dekat dengan wajah vampire itu.

Allysya menelan kesat air liurnya.

Gulp!

“Mama! Papa! Tolong Allysya, vampire datang,” jerit hati kecil Allysya Sofea.


T O   B E   C O N T I N U E D...

WRITTEN BY :

Tina Xav - questn
Natashah - DaisyNryf-
Izz - MrA_03
Ain - missainsha

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ HIATUS ] Vampire's First LoveWhere stories live. Discover now