37°

4.1K 500 12
                                    


"JIMIN!"

Aku jerit sebaik sahaja pintu gerbang dewan dibuka. Dan serta-merta aku menyesal dengan tindakan aku. Semua tetamu majlis pandang aku dengan riak pelik. Mata aku tertumpu ditengah dewan. Jimin dan perempuan tu sedang berpegangan tangan dihadapan paderi. Aku, lambat? Aku tersenyum kelat.

"Maafkan saya."

Ujar aku perlahan. Aku malu. Dan sakit pada masa yang sama. Dia dah berkahwin. Aku lambat. Aku pusing untuk keluar. Air mata terus menitis dari mata. Ah aku bukan jodoh dia. Aku teringat dm dia dulu. Dia cakap dia yakin yang aku jodoh dia sejak nampak aku belek jerawat di cermin gelap kereta dia.

"Jimin bodoh. Merapu lebih. Kau bukan jodoh aku. Kan betul aku cakap kau jodoh yang bodoh je."

Aku tersenyum tawar. Tiba-tiba aku dipeluk dari belakang.

"Yoreum. Jung Yoreum. Jangan tinggal aku lagi. Tolong."

Jimin? Aku kalihkan badan perlahan. Jimin. Dia pandang aku lama.

"Apa kau buat kat sini? Wife kau tunggu didalam tu. Aku mintak maaf sebab rosakkan majlis kau. Aku, patut pergi. Haha bye."

Aku nak pergi tapi dia pegang lengan aku. Klishe bukan? Heh lantak 😂 dia pusingkan aku dan lap air mata aku dengan jari dia perlahan. Dia tersenyum.

"Kau suka aku? Sebab tu kau datang sini. Kan?"

Jimin tersengih. Aku tak jawab soalan dia. Aku kalih kearah lain.

"Yoreum. Kau suka aku. Betul kan? Kemon. Jawab lah."

Jimin ketawa. Aku tak faham apa yang kelakar? Dia dah kawin. Kenapa tanya soalan bodoh ni lagi? Dia cuma buat aku makin sakit hati. Terus aku tolak dia kasar. Dia nampak terkejut.

"Jangan tanya soalan bodoh boleh tak?! Yes aku suka kau! Puas hati?! Kau dah kawin kan? Jangan buat aku macam ni. Kau suka tengok aku sakit macam ni kan? Kau suka lukakan aku macam ni. Kan?! Pergilah!"

Aku tengking dia dengan air mata yang dah merembes keluar. Ah lantak. Aku tak peduli. Aku sakit hati sangat sekarang. Tiba-tiba Jimin terus peluk aku. Erat.

"Apa yang kau merapu? Aku dan dia belum jadi suami isteri pun. Kau datang tepat pada masa weh. Thank you Yoreum."

Dia lepaskan pelukan dan usap pipi aku.

"Or should I say, thank you jodoh?"

Jimin senyum sinis. So aku dah salah faham. Aku termalu sendiri. Terus aku pandang ketempat lain.

"Jimin, dia siapa?"

Aku dan Jimin kalih kesebelah. Seorang wanita dan lelaki berdiri memandang kami.

"Dia Jung Yoreum. Bakal menantu mama dan papa yang sebenar."

Ujar Jimin. Oh jadi ni mama dan papa Jimin. Terus aku bongkokkan badan 90° kearah mereka.

"Saya Jung Yoreum."

"Tapi majlis ni macam mana?"

Soal mamanya. Ah aku lupa pasal majlis perkahwinan Jimin.

"Batalkan. Sebab Wein pun dah ada pasangan sendiri. Kenalkan, Kim Taehyung. Boyfriend Wein. Kami dah lama couple."

Isteri tak jadi Jimin munculkan diri dengan seorang lelaki yang tampan. Heh tampan lagi Jimin I. Hahahahaha. Ok gedik. Aku nampak Jimin sengih.

"Hm kalau macam tu, kami tak boleh paksa. Tapi korang pergi bagitahu sendiri dengan tetamu."

Kata mama Jimin. Dia senyum bila pandang aku. Aku balas senyumannya. Baik jugak bakal mak mertua aku ni.

"Ok ma!"

Jimin sahut dengan gembiranya. Dia tarik tangan aku masuk semula kedalam dewan. Wein dan Taehyung ikut kami dari belakang.

"Kau tunggu sini."

Ujarnya. Aku angguk sahaja. Dia jalan ketengah dewan dengan gaya rilek. Wein ikut langkah Jimin perlahan.

"Pertama sekali, kami berdua nak mintak maaf pada semua tetamu yang susah-payah hadir pada hari ni. Perkahwinan hari ni dibatalkan. Perkahwinan ni sebenarnya atas aturan keluarga. Tapi saya dan Wein masing-masing dah ada pasangan sendiri. Maafkan kami lagi sekali. Sebagai tanda permohonan maaf, tetamu dijemput makan buffet yang kami sediakan. Terima kasih."

Jimin dan Wein senyum dan membongkokkan badan sebagai tanda maaf. Aku kagum dengan diorang. Berani tunjuk kebenaran.

"Dik, seronok nampak?"

Someone bisik ditelinga aku. Aku kalih kebelakang dan seketul wajah Hoseok dan Jungkook terpampang dimata.

"Terima kasih tolong aku."

Terus aku paut leher Hoseok dan Jungkook bersama. Mereka tergelak dan tepuk belakang kepala aku pelan.

"Minah, kau belum mandi. Tolong jangan sebar virus badan kau pada aku."

Terus aku lepas pelukan aku pada diorang. Aku tepuk dahi aku. Macam mana aku boleh lupa aku tak mandi lagi? Ah teruk! Aku pandang pakaian aku. Tshirt hitam lengan pendek dan seluar jogger kelabu paras lutut, selipar. Dan tak lupa, rambut tak bersikat aku ..

"Jungkook asal kau ingatkan aku yang aku belum mandiiiiii?"

Aku rasa nak menangis. Sesungguhnya aku malu sekarang. ;A; Jungkook tayang muka serba-salah. Hoseok ketuk kepala Jungkook.

"Kau nampak ok je la."

Hoseok pujuk aku. Tapi tak makan. Aku malu sangat sekarang ni. Tiba-tiba aku rasa tangan aku digenggam oleh seseorang. Jimin. Dia senyum. Aku tundukkan wajah. Fakta aku belum mandi ganggu fikiran aku.

"Aku tahu kau belum mandi. Tak payah malu. Kau nampak lawa je even belum mandi."

Dia tunduk sedikit dan bisik,

"Actually kau selalu lawa. Serious."

Pipi aku memanas. Aku tak beri reaksi. Perlahan aku rasa tubuh aku ditolak kearah Hoseok dan Jungkook yang dari tadi diri bagai patung cendana.

"Bawak la Yoreum balik dulu."

Jimin ujar dan gosok kepala aku perlahan. Oyemgee apa yini? Aku terasa cute diperlakukan sedemikian. HAHAHAHAHAHA. Padahal Hoseok dan Jungkook ada jugak gosok kepala aku. Tapi tak sama macam Jimin.

"Ok bro. Woi minah busuk, jom balik."

Jungkook tarik tangan aku. Dia ni bab heret aku menang. Hoseok follow tepi. Aku kalih kearah Jimin dan senyum. Dia balas senyuman aku dengan tangan yang dimasukkan kedalam poket. Masya'Allah hensemnya HAHAHAHA.

[C] Tinted Mirror ♡PJMWhere stories live. Discover now