page 4; pendam

12 1 0
                                    

Mungkin kini kau lihat dia berbeza, tapi
Sebenarnya dia sama,
Sama seperti pada kali terakhir sosok itu kau lihat.

Hatinya pada kamu itu masih sama,
Sayangnya juga masih sama,
Meski tahun sudah banyak berganti,
Dia masih disitu,
Menanti kamu.

Apa kau tak bisa lihat?
Dia begitu bersungguh.

Terlalu banyak hal,
Yang ingin dia bertanya,
Terlalu banyak hal,
Yang dia benar-benar ingin tahu,
Mahu saja dia noktahkan terus rasa rindu yang merantai hati.

Tapi mana mungkin dia lakukan itu,
Mahu bilang dia risau tentang kamu juga, dia malu.
Lagikan mahu bilang dia cinta mati sama kamu.

6Jan18

Page 1Where stories live. Discover now