Iman meregangkan jari jemarinya yang terasa lenguh kerana menaip terlalu lama. Oh my, penat nak mampus!
"Banyak lagi ke?" Segelas Iced Americano diletakkan di sebelah komputer riba Iman.
Bahu Iman terhincut sikit. Terkejut. "Hai, Adib! I tak nampak you pun tadi."
Adib senyum, "I baru datang aje ni. Tadi pergi bank. Bayar duit sewa kedai."
"I kagum dengan you."
Adib jungkit kening, "Kagum dengan I? Kenapa? I yang patut kagum dengan you, tau? Siang arkitek, habis kerja datang sini tulis novel. You tak penat ke?"
"Ceh, sindir I ke apa ni? Gila ke tak penat? Tapi I yang nak jadi macam ni. So, kenalah hadap! Haha! I kagum dengan you sebab you, muda-muda lagi dah ada kedai sendiri. Berdiri dengan kaki sendiri walaupun ada qualification untuk jadi seorang peguam."
"I tak naklah jadi peguam. I rasa kalau I jadi peguam, I akan stress dan I akan teguk kopi macam you sekarang. I tak suka tekanan. I lagi suka buat kerja yang I enjoy buat. Contohnya, I suka buat kopi. Buat kopi ni bagi I rasa happy dan puas hati. Tambah bila ada orang yang enjoy minum kopi yang I buat... macam you."
"Perli I lagi!" Iman buat muka sebelum jam di tangannya dipandang, "Adib... er... boleh I tanya?"
"Ya?"
"Kat kafe you, ada surau tak? Takpun bilik kecik ke. I nak solat. I tak solat Asar lagi ni."
Adib mengangguk, "Ada. Jom ikut I!"
"Er... ada telekung sekali?"
Adib mengangguk, "Ada. Katil pun ada, Iman. You nak bergolek ke bergendang ke dalam bilik tu, buatlah! Nak tidur pun boleh!"
Iman capai telefon pintarnya sebelum bahu Adib dipukul, "Ish!"
"Garang!" Adib ketawa sebelum dia bangun, "Jom!"
Iman angguk sebelum turut bangun dari kerusi. Sebelum dia mengikut Adib ke bilik belakang, sempat dia menitipkan pesan pada Jet supaya menjaga komputer ribanya yang masih terpasang di atas meja.
Iman meletakkan kepalanya di atas meja kayu itu sambil mengeluh, kuat!
"Iman, apa mengeluh ni?" Tanya Jet sambil meletakkan hot chocolate yang dipesan Iman ke atas meja. "Ada masalah ke dengan manuskrip?"
Iman angkat wajah lalu dia ukir sengih, "Taklah! I penat sikit. Hari ni ada projek baru masuk. I kena jadi leader untuk projek tu tapi I rasa I tak naklah jadi leader. Penat ooo..."
"Itulah you. Arkitek pun you nak jadi, penulis pun you nak jadi... dah penat," usik Jet sambil tersengih. Sejak Iman dan Adib berkawan ni, semua pasal Iman pun dia dah tahu dan Iman pun dah jadi pelanggan tetap Gulp Cafe.
"Mana Adib? I tak nampak dia lagi hari ni," tanya Iman pada Jet.
Jet sengih, "Adib datang lewat sikit kot. Dia pergi dating hari ni!"
Iman nampak terkejut sikit lalu dia mengangguk, "Ohhh..."
"Jet, order ni!" Suara Mike dari kaunter buat Jet mengangkat tangan, tanda menerima arahan.
"Gotta go! Mike ni kalut sikit kalau nak dibandingkan dengan Adib. Chow dulu! Karang sembang lagi."
Iman mengangguk sambil mengukir senyum. Dia faham maksud Jet. Mike memang kalut sikit bila dia kena jadi barista menggantikan Adib andai Adib ada hal lain. Apek, si ketua tukang masak pula paling pendiam antara empat jejaka itu. Pembantu-pembantu Apek di belakang pula, peramah semuanya tapi jarang-jarang dia jumpa. Iyalah, dia duduk di depan. Mereka semua di belakang.
Bunyi loceng yang berbunyi di pintu, menandakan ada orang masuk. Iman yang baru nak menghidupkan komputer ribanya, panggung wajah. Dia terpaku lama sebelum dia terus tunduk memandang skrin komputer ribanya yang masih gelap.
Iman menggenggam erat hujung kemeja kotak-kotaknya. Dia rasa nak balik. Dia tak ada rasa nak menulis malam ni.
"Apek! Keluar oi! Adib bawak awek oii... keluar cepat!" Jerit Jet, kuat! Saja nak mengusik.
Adib menggeleng kepala. Jet buat pasal dah. Adib pandang gadis yang sedari tadi mengikut langkahnya, "Awak nak makan apa?"
"Apa-apa aje. Saya tak kisah cuma saya nak awak buat kopi kegemaran saya, boleh?"
Adib mengangguk pada permintaan si gadis, "Okey. Kejap tau, sayang!"
Iman yang mendengar perbualan Adib dan gadis itu terus mengemas komputer ribanya. Usai berkemas, segera dia gamit Jet yang kebetulan sedang bersembang dengan si gadis, "Eh, kemas barang dah?"
Iman ukir senyum, "Rasa macam tak sihatlah, Jet. I nak bil."
"Eh, kalau you tak sihat. You baliklah dulu! Esok-esok pun boleh bayar lagi."
Iman mengeluh, "Tak naklah berhutang, Jet. Tak sedap pulak. Tolong ambilkan bil pleasee..."
"Aiseh! You ni, macam tahu je I tak boleh orang buat gaya comel macam gitu!" Seloroh Jet sebelum ketawa, "You tunggu kejap, eh. I pergi ambil bil kejap."
Iman mengangguk. Sementara menunggu Jet, sempat dia memandang si gadis. Cantik! Berbeza gila dia dengan si gadis itu. Gadis itu kelihatan sangat up-to-date pakaiannya. Kontranyalah dengan dia.
Dalam ralit dia merenung si gadis, dia tak perasan bila Adib sudah duduk di sisi gadis itu, "Kopi kegemaran you."
"Thanks, sayang!"
Iman terus mengalihkan wajahnya ke tempat lain. Pipinya terasa hangat tiba-tiba. Mata terasa panas sama. Ah, sudah... Nurul Iman! Kawal!
"Iman!" Jet menggawangkan tangannya di hadapan Iman yang nyata nampak lost, "Okey tak ni?"
Iman tersentak sebelum dia mengangguk, "Okey!"
"Here's your bill."
Iman mengangguk sebelum dia mengeluarkan not merah dari dompetnya lalu diserahkan kepada Jet.
"Kejap tau, Iman. I pergi ambil baki."
Tak sempat Iman membalas, Jet sudah pun berlalu. Iman mengeluh lalu dia terus bangkit dari duduknya dah terus keluar dari kafe. Dia rasa dia tak cukup kuat nak stay lama-lama kat kedai tu.
Jet yang sudah berpatah balik ke meja Iman tercengang apabila bayang Iman sudah tiada di situ, "Eh?"
"Iman dah keluar tadi!" Ujar Mike, kuat.
Jet buat muka blur. Adib yang mendengar nama Iman disebut Mike mengerutkan dahi. Iman ada ke?
"Mike! Adib! Aku keluar kejap!" Ujar Jet dan tanpa menunggu balasan dari Mike dan Adib, Jet terus berlari keluar, meninggalkan kafe.
Adib pandang Mike. Mike angkat bahu, tanda tak tahu.
"Siapa Iman tu?" Tanya si gadis tiba-tiba.
"Regular customer kat sini."
"Oh... girlfriend Jet?"
Adib pantas menggeleng, "Taklah tapi tak tahulah pulak kalau dia orang bercinta. Kalau awak dengan saya, saya tahulah..."
Si gadis ketawa, "Nakal!"
Mike yang memerhatikan Adib dari tadi menggeleng kepala. Kesian Iman...
HAI
Harini update 1006 word .
YOU ARE READING
Iced Americano☕
Teen FictionAdib, Jet, Mike dan Apek merupakan 4 rakan yang telah membuka Gulp! Kafe . Walaupun mereka mempunyai lulusan daripada Universiti terkemuka , ianya tidak menghalang mereka untuk menubuhkan sebuah Kafe . Iman merupakan arkitek dan menjadi penulis sep...