Iman mengetuk stereng kereta yang masih tidak mahu hidup dari tadi. Waktu orang nak balik nilah dia buat perangai, "Cik Viva! Kenapa kau tak mau hidup haaaa?!"
Tuk! Tuk! Ketukan di tingkap kereta mengejutkan Iman. Bila wajah Jet yang terpampang di situ, dia segera menarik nafas lega. Ingatkan penjenayah mana tadi ketuk tingkap kereta dia. Tak menunggu lama, segera dia keluar dari kereta.
"Kenapa pergi tak tunggu duit baki?" Tanya Jet.
"I rasa nak muntah, sebab tu I lari keluar. I ingat nak terus balik tapi kereta pulak tak nak hidup."
Jet menggeleng. Lengan baju panjang yang tersarung pada badannya ditarik hingga ke siku, "Biar I tengokkan."
Iman ukir senyum lalu dia mengangguk laju, "Terima kasih, Jet."
"Tapi dengan satu syarat."
"Ala, ada syarat pulak."
"Nak I tolong ke tak?"
Iman buat muka, "Apa syaratnya?"
"You tak payah balik lagi. You rehat dulu kat bilik belakang. I habis shift nanti, biar I hantar you balik."
"Eh?" Iman buat muka kelam tak faham.
"Syarat I ialah... I tak kasi you balik sendiri. Bahaya. You tak sihat. So, you pergi rehat kat bilik belakang dulu. Lepas I habis kerja, I hantar you balik. Okey, Cik Nurul Iman?"
Iman senyum lalu dia mengangguk, "Okey tapi I tak nak masuk ikut depan. I masuk ikut pintu belakang, boleh?"
Jet angguk, "Boleh!"
Iman tunduk memandang jemarinya manakala Jet di sebelah tekun dengan pemanduannya. Suasana sunyi sepi di antara mereka membuahkan rasa kekok dalam diri masing-masing.
“Iman...?” Suara Jet memecahkan kesunyian di antara mereka.
“Ya?”
“Esok you pergi kerja pukul berapa?”
Iman menggarukan kepalanya yang terasa gatal, “Erm... I masuk ofis pukul 9.00. Sharp!”
“Esok you nak I ambik you pukul berapa?”
Iman laju menggeleng, “Eh, tak payah susah-susah! I boleh suruh kembar I hantar I esok.”
Jet terus berpaling memandang Iman, “You ada kembar?”
“A’ah!” Iman mengangguk, “Tapi kembar tahun. Dia awal tahun, I hujung tahun.”
Jet mengangguk, “So, you sure esok you tak nak I pergi ambik you?”
Iman menggeleng, “Tak payahlah. You mesti nak rehat puas-puas kat rumah kan?”
“Haha! I wish I dapat rehat puas-puas dekat rumah.”
“Kenapa pulak?”
“Esok I kena pergi jumpa pembekal biji kopi. Lepas tu, I nak kena beli bahan mentah semua. Banyak gila kot benda nak buat esok.”
“You dulu ambik kursus apa dekat universiti? Kalau Adib, I tau dia ambik law. You?”
“I? I dulu ambik Teknologi Makanan.”
“No wonder you know macam-macam pasal makanan.”
Jet ketawa, “Dulu orang selalu fikir, kalau kursus Teknologi Makanan tu mesti kena masak dan mesti perempuan aje yang ambik. So, I nak tukar pemikiran semua orang yang kursus Teknologi Makanan tu tak semestinya kena masak dan yes, memang ramai perempuan yang ambik kursus ni tapi lelaki pun dah ramai apa yang ambik kursus ni.”
YOU ARE READING
Iced Americano☕
Teen FictionAdib, Jet, Mike dan Apek merupakan 4 rakan yang telah membuka Gulp! Kafe . Walaupun mereka mempunyai lulusan daripada Universiti terkemuka , ianya tidak menghalang mereka untuk menubuhkan sebuah Kafe . Iman merupakan arkitek dan menjadi penulis sep...