+1

535 48 10
                                    

.

.

.
Aku terkebil kebil mata melihat dua susuk tubuh yang seperti pertama kali aku lihat. Seorang wanita dan seorang lelaki yang tampak berusia.

"Ahjumma dan Ahjussi omma dan appa saya?" Aku sekali lagi menyoal dua manusia itu.

Bukan apa, aku tak berapa pasti dengan identiti mereka. Dan apa yang aku cuma rasa ialah mereka sangat asing pada aku dan seperti baru jumpa.

"Yeobo, Jimin-" Wanita itu menekup mulutnya sebelum menyembamkan wajah ke bahu lelaki itu.

"Sabar. Dengar tak tadi apa doktor kata? Jimin hilang ingatan tapi hanya sementara. Kita cuba yang terbaik okay?" Lelaki itu aku lihat sedikit muram dan sedih namun tidak menangis seperti wanita itu.

"Hilang ingatan? Saya hilang ingatan?" Aku terdengar apa yang dikatakan lelaki tadi.

"Ya. Jimin hilang ingatan. Tapi Jimin jangan risau, doktor kata hanya sementara. Perlahan lahan Jimin akan sembuh, ya?" Lelaki itu bertindak mengusap bahu aku.

"Tapi ahjussi, saya ingat nama saya, Park Jimin." Aku seperti tidak percaya yang aku dikatakan hilang ingatan. Apa yang aku rasa biasa sahaja.

"Jimin ingat nama Jimin. Tapi Jimin tak ingat kami, omma dan appa Jimin." Kedengaran suara lelaki itu sedikit kendur.

Aku hanya diam. Tertunduk memandang katil hospital yang menempatkan aku.

"Jimin ingat apa yang jadi malam tu sampai Jimin masuk hospital?"

Aku agak tercengang mendengar soalan itu. Apa yang jadi? Malam?

Memandangkan aku langsung tidak mempunyai idea untuk menjawab soalan itu, aku menggeleng.

"Ah! Kawan saya mana? Jungkook mana, ahjussi?"

Aku mula teringat akan kawan baik aku, Jeon Jungkook. Mungkin dia tahu sebab aku dimasukkan ke sini. Tetapi, aku tidak melihat dia. Tak datang melawat aku ke?

"Jung-"

"Aku ada ni. Maaf aku datang lambat." 

Aku tersenyum lebar apabila mendengarkan suara itu. Jungkook aku lihat datang membawa sebungkus makanan.

"Jungkook, dari mana kamu ni?" Lelaki itu menyoal Jungkook yang sudah duduk di hujung sisi katil aku.

"Saya dari tempat kerja, ahjussi Park. Hantar notis cuti rehat. Sebelum balik, saya datang singgah lawat Jimin. Doktor kata apa bila check up dia?" Jungkook yang selalu tersenyum itu menjawab sambil tangannya mengeluarkan isi dalam plastik yang dibawa.

"Urmm-"

"Ahjumma Park? Kenapa ni?" Jungkook lantas menyoal apabila menyedari wanita itu menangis. Aku dapat lihat raut wajah pelik pada wajahnya.

"Inilah masalahnya. Jimin, hilang ingatan sementara. Doktor kata hanya sikit saja yang dia dapat ingat." Sekali lagi aku mendengar mereka mengatakan aku hilang ingatan.

"Sebab itulah ahjumma Park menangis?" Jungkook mengagak.

Lelaki itu aku lihat mengangguk perlahan. "Dia tak ingat omma dan appa dia. Mungkin faktor kami jarang jumpa memandangkan dia duduk di rumah sewa dengan kamu. Dan mungkin sebab itulah Jimin boleh ingatkan kamu."

Aku melihat Jungkook mengangguk perlahan lalu memandang aku. Aku terus mengukirkan senyuman untuknya.

"Jungkook, jaga anak ahjumma sampai dia sembuh sepenuhnya, ya? Ahjumma harapkan kamu." Agak serak wanita itu bersuara. Mungkin kerana dia menangis tadi.

"Semestinya. Jimin kawan baik saya. Dah macam adik beradik dah. Jangan risau." Aku tergelak kecil apabila Jungkook bertindak mengusutkan rambut depan aku.

Tidak lama kemudian, lelaki dan wanita yang mengaku mereka adalah keluarga aku itu meminta diri untuk pulang. Waktu itulah Jungkook mempelawa aku makan Kimbap yang dibelinya sebelum ke sini.

"Sedap? Kau makanlah dulu, aku nak ke tandas." Jungkook bangun dari duduk lalu ke luar wad yang menempatkan aku. Aku hanya terkebil sekali lagi melihat tubuhnya yang semakin hilang di balik pintu.

"Kenapa Jungkook pun cedera?" Aku menyoal diri aku sendiri apabila teringatkan pipi dan tangan Jungkook yang juga berbalut. Tetapi tidak seteruk aku.

"Ke malam yang ahjussi tu maksudkan aku bergaduh dengan--"

Ting!

Satu bunyi notifikasi kedengaran. Telefon bimbit yang berada di meja sisi dicapai pantas. Nombor yang tidak dikenali menghantar mesej kepada aku.

Dengan sedikit teragak agak, aku tetap membalasnya dan bermulalah chatting antara aku dan penghantar tidak dikenali itu.

Namun aku semakin pelik apabila aku menyedari yang dia tahu nama aku.

Namun aku semakin pelik apabila aku menyedari yang dia tahu nama aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cari? Buat apa aku kena cari--"

"Oi, bebel apa tu?"

Terkejut sedikit aku apabila Jungkook masuk tanpa aku sedari. Dia menarik kerusi dan duduk di sisi katil.

"Kau tengok ni." Aku bertindak menunjukkan mesej tadi ke arahnya.

Aku dapat lihat Jungkook memaperkan reaksi pelik. Dia memandang aku silih berganti dengan skrin telefon.

"Kenapa nak cari dia?" Jungkook menyoal.

"Itulah yang buat aku membebel tadi."

"Apa yang kau nak buat?"

"Tak tahu. Biarlah. Mungkin wrong number."

"Tapi dia tahu nama kau."

Dan aku terdiam.



.
WhUt kind of idea is diszz. Patut teruskan atau tak? 😅🙇

Finding Unknown  [ 낯선 사람을 찾고 ] +BTSWhere stories live. Discover now