"Ailin Mikah!" Haih. En Iqbal ni potong stim betullah. Baru nak lelap. Eishh.
"Yes sir?"
"Takkan meeting pun you nak tidur? I tau la you lawyer kesayangan Tan Sri, tapi this is out of your line!" Ha dia boleh bebel lagi.
"Ok im fresh now. So guys, what are we talking about?" kataku sambil menjeling ke arah En Iqbal.
"Ha itulah! When im talking you sleeping! Apa you buat semalam?"
"Sir. Kalau you nak marah I boleh tak tunggu kejap? You wasting my precious time" Hambek kau puas hati aku.
"Iqbal Hamzi, Ailin Mikah enough!" Ha sudah Tan Sri dah marah. Suasana yang tadi riuh dah diam pulak. Raja nak bertitah la tu.
"Farhan Hakim, you can proceed." kata Tan Sri.
"Ok so now I want to continue our meeting." Weh pakcik tu dah start dah. Kalau dia ni cakap aku ada dua pilihan je. Sama ada mati tak pun lemas. Ha centulah.
"Ailin Mikah. I want you to be my partner for course that will held next week."
Terpana.
Ternganga.
Terpinga.Kalau ada lalat, mesti dah bersemadi dengan aman dalam mulut aku. Aku dah kata dia ni kalau tak jahannamkan aku mana sah hidup dia. Dah tau aku ni paling malas nak pergi kursus, dia buat aku macam ni.
Nak kata tak kenal, dari kecik dah kitorang kawan. Dehek?
Tapi ni Mikah la! Pantang keturunan aku la kalau tak menjawab HAHA.
"Kenapa pulak I kena jadi partner you? Baik I pegi dengan En. Iqbal. Kan sir?" Aku dah berdiri dah. Terlupa sat etika masa meeting. Hehehe.
"Ailin Mikah. First, back to your seat please. Second, I bet En. Iqbal pun takkan naklah pegi dengan you. Third, my son okay apa? Pandai, hensem. Tak cukup ke nak jadi partner you? And lastly if you love your work, go that course with him or you're fired."
Im. Dead.
" I think Tan Sri, better we stop this meeting with others and then proceed with just three of us." Ha inilah kuasa Mikah. Kasi cakap sikit je Uncle Haris setuju punya. Eh asal aku panggil dia uncle? Nantilah tunggu flashback baru reveal. HAHA.
" Okey then." Aku dah kata dah.
"So I think thats all for today's meeting. Thanks for your cooperation and sorry untuk kekocahan sekejap tadi. So kita tutup mesyuarat kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr."
Lupa aku nak kasitau. Syarikat guaman Uncle Haris ni memang islamik. Kami takkan jadi penguam bela kalau kitorang tau yang orang yang kami nak bela tu memang sah-sah bersalah. Kami menegakkan kebenaran uolls. Bukan benang yang basah. Ahaks.
"So son, Hakim memang serius ke ni nak partner dengan Mikah? Abi tak nak Hakim saja-saja nak kenakan Mikah."
"Abi, Hakim ni man with words la. Hakim dah 27 kot. Takkan nak main-main lagi. Daripada abi dok kurung peguam emas abi tu, baik kasi dia terbang bebas ke udara lagi bagus. "
"Weh pakcik, aku rasa kau dah lama tak makan pelempang aku la." Aku berura-ura nak kejar Hakim dah.
" Tak boleh la sayang. Tak halal lagi. Nanti lepas kita kawin, sayang nak lempang ke terajang ke semua abang relakan. Ha kiss pun takpe"
Dia senyum nakal.
Aku buka langkah.
"Hakim!!!!!" maka terjadilah segmen Tom & Jerry.
'Bagusnyalah kalau kau ada sekarang Adam.' keluh Tan Sri Haris.
YOU ARE READING
21 Days Mr Lawyer
Romance" Kalau aku menang kes ni aku nak kau kahwin ngn aku. Dan kau dah menang 21 kes en? So selama 21 hari tu aku nak kau jadi housewife sepenuh masa aku. Tak pergi kerja, kau masak breakfast,lunch and dinner untuk aku. Ada berani?" Dehek man. Kalah kes...