Negeri Konoha
Lorong Apartment Emerald
Januari 15 2017
Jam 10.38 malam(Pertemuan yang tak disengajakan)
"Hoii... Perempuan sial. Berhenti berlari. Kau takkan dapat lari dari aku. Aku takkan lepaskan engkau. Hoiii!" Teriak seorang lelaki berambut hitam panjang. Neji.
Seorang gadis berambut merah jambu yang telah dikejar bekas teman lelakinya merasa sangat takut dan hampir saja dia tersadung dan rebah jika tidak disambut oleh seorang lelaki berbadan sasa dan berwajah kacak itu.
"Hahh..hahh. To..tolong aku. Aku dikejar seorang penjahat. Tsk...tskk." tangis Sakura ketakutan.
"Hah! Dapat pun kau. Sudah kataku kau takkan kulepaskan. Hahaha. Hey bro lepaskan gadisku. Dia milik aku. Bagi sini" arah Neji dengan angkuh.
"Tsk..tskk . Tolong. Aku bukan gadisnya. Dia penjahat. Tolong selamatkan aku. Tolonglah . Aku merayu." rayu Sakura sehingga dia memegang lengan lelaki itu dengan kuat. Badannya terasa panas kerana dikejar sejauh 400 meter.
"Hn. Dia kata dia bukan gadismu. Kenapa kau kejar sampai dia ketakutan macam ni. Sudah pergi sana. Dia bukan milikmu lagi." kata lelaki kacak itu.
"Apa kata kau? Ulang sekali lagi!"
"Aku rasa kau tak pekakkan? Huh.. Aku kata dia bukan milikmu. Bukan gadismu lagi. Sekarang dia gadisku. Jadi...dipersilakan pergi. Blah dari sini. Sini bukan tempat kau" arah lelaki itu.
"Kuuurang ajar. Kau cari pasal ya . Nahhh kau!" tumbuk Neji tapi tumbukkannya cepat di tangkap dengan tangan lelaki itu dan dengan tiba- tiba muka Neji ditumbuk dengan sekuat hati sehingga pipi dan bibirnya berdarah.
Sakura merasa tambah takut melihat perkelahian itu. Dia merasa kagum akan lelaki kacak itu. Dia tak sangka lelaki itu dapat kalahkan Neji dengan tumbukkan bertubi-tubi dan tendangan hebat ke perut Neji. Neji rebah dan pengsan sebelum pengikut-pengikutnya sampai dan menghampiri ketua mereka.
"Tuan..tuan... Tuan tak apa-apa ke?"
"Dia tuan kamu ke? Bawa dia pergi dari sini. Kalau dia sedar nanti, beritahu jangan cari pasal dengan keturunan Uchiha dan jangan cari lagi gadis ni. Faham?!" tegas lelaki itu.
Dengar saja lelaki itu sebut Uchiha, terus mereka berasa takut yang amat sangat. Kerana Uchiha adalah keturunan mafia yang paling dasyat. Hampir kesemua rakyat Negeri Konoha takut dan hormat kepada kesemua keturunan Uchiha selepas keturunan Uzumaki dan Hyuga
"Uuu...Uchiha?!" gentar pengikut Neji.
"Ya. Uchiha. Ada masalah dengan nama tu?" soalnya.
"Tak.. Tak tuan Uchiha. Kami akan pergi. Terima kasih sebab tak bunuh dia." ujar mereka sambil tunduk hormat.
"Hn. Kalau kamu kacau gadis ni lagi. Siap kamu. Aku akan bunuh kamu semua!"
"Bbb..baik Tuan Uchiha. Kami takkan ganggu dia lagi." Mereka pergi setelah angkat Neji ke bahu.
"Hn." sengih Uchiha.
"Mm.. Terima kasih kerana selamatkan saya dan maaf menyusahkan awak." kata Sakura setelah melihat keadaan selamat sekarang.
Uchiha itu pandang Sakura dari atas kebawah. Dia senyum dan berkata, "Terima kasih saja tak mencukupi. Aku nak lebih dari terima kasih kau tau." sengih Uchiha itu dan menampakkan matanya tak berkelip melihat bibir ranum gadis itu.
"Errr. Apa yang boleh saya lakukan untuk balas budi awak?" tanya Sakura.
"Hmm". Lelaki itu menghampiri wajah Sakura dan tangannya diletakkan atas bahu gadis itu. Matanya menentang mata Sakura berwarna hijau emerald itu. 'Cantiknya mata gadis ni. Tak pernah aku tengok mata secantik ni. Bibirnya perghh. Sungguh menawan' bisik hati lelaki itu.
"Aaa apa yang awak buat ni? Apa yang kau nak lakukan kat saya?" panik Sakura. Seluruh tubuhnya menggigil dan terasa bulu roma tubuh badannya meremang kerana wajahnya dekat sangat dengan wajah lelaki yang telah menyelamatkannya tadi.
"Cium. Aku nak cium bibir kau. Boleh?"
"Hah? Tak boleh!" teriak Sakura dan ingin menolak lelaki itu tapi pinggangnya dipeluk kuat dan Sakura menumbuk-numbuk dada bidang lelaki itu. "Hey. Apa yang awak nak cuba buat ni. Lepaskan lepaskan sayaa. Tsk..tsk.tskk..tolong jangan sakiti saya lagi. Tolonglahh.. Awak tak boleh buat saya macam ni. Tsk tsk. Le..mmmppphhh!" rontaan Sakura terhenti setelah dicium oleh Uchiha tu. Ciuman yang sangat mengasyikkan. Lelaki itu tak nak lepaskan ciumannya, malah dia memasukkan lidahnya dan mengulum lidah lawannya sehingga Sakura merasa sesak nafaz kerana terlalu lama dicium oleh lelaki itu. Sakura merasa tergoda dengan ciuman lembut itu. Dia tak merasa lelaki itu cium secara kasar. Lelaki itu berpengalaman dalam bercium. Sakura tutup mata bukan kerana dia terbuai tapi kerana takut lelaki itu apa-apakan dia sehinggalah ciuman itu dilepaskan dan Sakura pun terduduk lemah sebab dia hampir nak pengsan dan kaku disitu.
Uchiha itu pun duduk dan mendekat wajahnya ke wajah Sakura dan menyentuh bibir Sakura. "Bibir kau sungguh menawan dan ranum. Aku tak pernah cium bibir seranum ni. Sungguh mengasyikkan. Aku tahu kau takut kalau aku apa-apakan kau sebab kau tutup mata dan berdiam diri dan menggigil.Hmm. Lain kali kalau aku berjumpa dengan kau lagi. Aku bersumpah aku takkan lepaskan kau. Jumpa saja nanti. Kau akan jadi milikku kekal selamanya. Selamat tinggal" bisik lelaki itu di telinga Sakura dan menjilatnya sebelum mengucup pipi tembam gadis itu dan berlalu pergi.
Sakura duduk tersandar dekat dinding lorong itu. Dia tidak ingat apa yang telah berlaku kerana semuanya sungguh mengejutkan dia. Matanya tak berkelip memandang lelaki itu pergi sehingga bayang-bayang lelaki itu hilang. Sakura tertanya-tanya siapa dia, kenapa dia suka hati menciumnya, kenapa dia tinggalkannya tanpa beritahu nama lelaki itu terlebih dahulu. "Hah. Tak apa. Kalau jumpa nanti. Aku ajar dia cukup-cukup kerana merampas ciuman pertamaku." janji Sakura. 'Aku akan ingat apa yang kai buat dekat aku. Aku akan ingat' dendam hati Sakura.
YOU ARE READING
Ciuman Lagi, Lagi Dan Lagi.
FanfictionMengisahkan Uchiha Sasuke yang obses dengan ciumannya dengan Sakura. Gadis yang telah dia selamatkan dari ancaman lelaki penjahat a.k.a bekas teman lelaki Sakura yang mahukan Sakura kembali padanya. Rate; M(Lemon) Sasusaku sahaja. Bacaan Dewasa. Kal...