Berbicara dengan hati .
Aku bertanya kepada hati adakah aku akan merindui kerenah dan kegilaan mereka .
Duduk termenung sejenak , adakah aku bakal kehilangan mereka ?
Adakah aku bakal melalui perjalanan dan kehidupan baru?
Adakah aku akan bersendirian.
Mungkin kini aku merindui mereka , adakah suatu saat nanti aku lupa tentang mereka?.Tetapi persoalan ini akan terjawab apabila aku telah pergi meninggalkan bumi persekolahan.
Bumi persekolahan yang mengajar aku erti kehidupan ,erti persahabatan dan erti tulus.
Mungkin orang fikir kami tidak hebat , kami gedik, kami suka bermain dan tidak serius dalam semua aspek.
Tapi kami ada kekuatan untuk menghadapi semua itu .
Kami tidak gentar dan tidak ambik peduli jika mereka ingin mendatangkan pelbagai anasir-anasir luar yang akan merosakkan persahabatan kami.
Kami akan tetap bersama walau apa jua situasi.
Kami akan serius apabila tiba waktunya .
Kami akan gedik bila bersama .
Kami bukan ingin mencari perhatian mereka , malahan kami tidak butuh perhatian mereka .
Kerana perhatian mereka hanya akan menyakitkan hati .
Setiap kata-kata mereka hanya mengguris perasaan . Mereka hanya fikir seorang muslimah tidak boleh menjadi gedik , tetapi mereka lupa hal yang penting dan fakta ia merupakan lumrah seorang perempuan .
Mereka hanya pandai menghukum tanpa menyelidiki.
Apa yang mereka inginkan dari kami ?
Adakah kami pernah berbuat salah kepada mereka?
Adakah kami pernah menyoalkan perlakuan mereka?
Sesungguhnya mereka bukanlah sesiapa kepada kami.
Mereka hanya insan yang hadir untuk memberi kami lebih faham tentang kehidupan yang semakin berliku dengan pelbagai sikap serta pandangan manusia dalam menilai seseorang muslimah .