BAB 1 : SCENE 1

3.7K 114 39
                                    


Ia berlaku pada malam tahun baru. Anita melafazkan kata putus ketika bunga api tengah meletup betul-betul atas kepala aku. Aku ingat dia kata nak masuk kelas memasak Pak Mat tetapi rupanya dia mengatakan, I dah fikir masak-masak untuk kita clash dan ini adalah keputusan muktamad. Aku hanya angguk kata-katanya dan kata bagus, sekurang-kurangnya you belajar sesuatu yang baru. Anita tercengang. Tapi siapa Pak Mat? Chef hotel ker? Soal aku lagi. Anita menggeleng dan terus senyap membiarkan aku yang terlangut-langut tidak menoleh ke arahnya.

Jari aku tertunding-tunding ke arah langit pada letusan bunga api yang seakan berbentuk bunga christantimum. Bewarna kuning dan paling besar antara yang lain. Mata aku tak berkelip dan melihat dengan takjub tanpa mengetahui malam ini adalah malam terakhir kami bersama. Macam budak kecil, aku tersenyum hingga ternganga dan sesekali aku bertepuk tangan. Begitu juga orang di sekeliling yang memenuhi setiap ceruk padang yang kesemuanya teruja setelah melepasi detik tahun baru. Beberapa pasangan muda bercium tanpa segan silu, anak-anak kecil yang bertempik dan ada yang menutup telinga kerana bunyi kuat dari letupan bunga api dilatari lagu Gemuruh dari Faizal Tahir. Tapi Faizal Tahir tiada di pentas melainkan dinyanyikan oleh seorang penyanyi Akedemi Fantasia yang terkeluar pada minggu ke-3. Suara dia tak sedap langsung dan tak hairanlah dia terkeluar awal.

Aku masih lagi tersenyum. Bersama orang tersayang di malam pesta yang dilatari cahaya bulan yang besar, warna-warni percikan api yang melatari langit adalah memori yang indah. Ia persembahan bunga api yang paling gah pernah aku saksikan dan pertama kali di Putrajaya ini. Juga yang paling cantik pernah aku lihat sepanjang hidup.

Kami hanya duduk di atas bentangan surat khabar. Tidak seperti orang lain, yang membawa tikar piknik dan alas kain duduk bersama keluarga dengan sebakul makanan, air kotak, maruku dan kuaci. Aku datang tanpa membawa apa-apa kerana tidak sempat untuk bersiap apabila terus datang ke sini selepas pulang dari kerja. Dengan masih lagi berpakaian seragam panggung wayang, aku membawa motor dengan laju membelah kesibukan jalan raya pada malam tahun baru. Ketika aku sampai Anita sudah berada di tepi padang bersebelahan sebuah tugu. Aku melambai kepadanya tapi dia buat dek kerana sibuk bermain henpon. Antara dia tengah selfie atau sedang membuat live video untuk followers Instagramnya.

Anita sentiasa selfie walaupun dia tidak la lawa mana pun. Dia biasa-biasa sahaja kalau tak mekap. Tapi dia tidak pernah keluar tanpa solekan tebal yang menempel di wajahnya. Kecuali pada satu hari, beberapa bulan yang lepas kami berdua berkelah di pantai Port Dickson dan solekan Anita pudar dibilas ombak pantai. Itu pertama kali aku melihat wajahnya yang polos. Wajahnya yang seperti seekor unta yang kebasahan. Darah melayunya tetap mengalir walau sehebat mana dia menyorokkan jati diri pada rambutnya yang bewarna hijau tersebut. Hidungnya pesek, berdahi luas dan mempunyai sepasang mata kuyu. Istimewanya Anita hanya terletak pada bibirnya yang membengkak. Aku ingat dia membuat suntikan kolagen tetapi Anita kata ia original sebab semua ahli keluarganya mempunyai bibir yang tebal seperti Angelina Jolie. Kecuali Ayahnya. Ayahnya jonggang, kata Anita.

Kami jarang berjumpa kerana Anita lebih selesa untuk keluar bersama teman-temannya. Kumpulan gadis yang sentiasa kelihatan bergaya dan ranggi. Mereka akan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, Bangsar dan melepak di cafe-cafe hispter bercerita tentang fasyen, drama TV dan berita terbaru kumpulan Kpop. Dari pakaian yang dikenakannya juga tampak mahal dari butik-butik di Pavi. Dia selalu cakap english yang digabung dengan bahasa melayu dan makan makanan barat seperti fish and chips dan sayur brokoli rebus. Tidak hairan tubuh badan Anita langsing dengan ketinggiannya yang separas bahu aku sahaja. Tidak terlalu banyak yang aku ketahui tentang Anita melainkan dia seorang yang aktif di media sosialnya. Terutamanya IG. Dia bercita-cita untuk menjadi Instafames. Walaupun followers IG-nya suam-suam kuku, Anita selalu memuat naik gambar dan videonya jika pergi ke mana-mana. Aku tidak pernah melihat gambar-gambar di laman IG-nya kerana dimangga. Walaupun aku teman lelakinya dia masih lagi belum approve request setelah hampir beberapa bulan kami berkenalan. Dia perlukan sedikit ruang katanya, dan aku sentiasa faham. Harinya akan tiba juga, sayang. Tambah Anita lagi.

Imbas kembali, lebih jauh lagi, pada detik pertemuan pertama kali kami yang berlaku pada satu hari di malam minggu. Pada hari kekasih, Anita keluar bersama teman-temannya untuk menonton wayang cerita Spiderman. Aku berdiri di rostrum di kaki tangga panggung wayang mengutip tiket para pengunjung dan Anita adalah orang yang terakhir sekali masuk. Sebenarnya shift aku sudah tamat dan aku menggantikan tempat Salman Farisi kerana dia pulang awal kerana ada janji temu. Candlelight dinner bersama teman wanitanya di sebuah pusat snuker di Banting. Anita menggayakan baju-T bercorak sawang lelabah dan mengenakan topi snapback. Wajahnya gelisah apabila menyelongkar tas tangannya apabila menyedari tiketnya telah hilang. Rakan-rakannya sudah masuk tanpa sedar Anita terkulat-kulat di tangga, di hadapan aku, pada rostrum kayu yang tertulis Makanan Luar Dilarang Dibawa Masuk.

"Tiket saya hilang la," Kata Anita dengan cemas. Itu ayat pertama perkenalan kami. Nada pertama yang terkeluar dari mulutnya sebelum dia merungut, seperti anak kecil, mendesah, tapi sebenarnya merengek. Merengek umpama Anita sedang di kemuncak klimaks seks yang terhebat pada posisi reverse cowboy dalam satu ereksi yang menemui titik G. Matanya terpejam, bibirnya digigit manja. Di tempat aku berdiri di belakang rostrum yang lebih tinggi dua anak tangga darinya, aku dapat melihat dengan jelas belahan kolar baju T Anita yang terpelangah menimbulkan dua ketul buah dadanya yang kecil, yang cuba untuk bersatu di tengah-tengah apabila dikepit namun ia tidak sampai.

"Macam mana ni? Ahhhh....Ahhhh....." Anita mengemam bibirnya dengan lebih kuat, menggigit hujung jarinya dengan wajah yang hiba. Matanya menjadi putih. Bersih seperti kanvas lukisan.

"Tak apa cik. Cik ingat lagi nombor kerusi cik?" Soal aku. Anita menggeleng. "Tapi saya tau, yang saya duduk sebelah kawan saya yang masuk tadi tu."

Aku mengangguk, "Baiklah, cik masuk dulu."

Mata Anita membulat besar bersama senyumannya yang melebar sehingga ke telinga. "Betul ker ni?" Soalnya macam tidak percaya. Aku angguk dan menunjukkan bilik nombor empat padanya. Dia tertinjau, menjengketkan kaki melihat ke arah yang ditunding. "Mari, saya tunjukkan." Pinta aku lagi memandangkan kesemua penonton sudah pun masuk ke dalam panggung wayang. Anita menurut di belakang aku dengan penuh gembira dan aku berjalan lambat-lambat agar dapat membunuh waktu.

Aku rasa aku dah jatuh cinta. Pada langkah ke enam belas lebih kurang, aku dapat rasakan kimia yang mengalir di dalam pembuluh darah dan mengepam sehingga ke daerah yang terpencil di dalam tubuh. Suara-suara halus dan mistikal yang menjerit dan melaung-laungkan lagu In These Arms dari Bon Jovi ke cuping telinga. Aku banyak kali bercinta namun semua teman wanita aku menghilang macam tu saja. Mungkin kerana aku masih remaja dahulu dan bercinta bukanlah kemahiran aku. Tapi sekarang aku rasa aku dah bersedia untuk itu. Untuk sebuah pelamin warna turquoise dengan bunga-bunga plastik yang melatari di pelantar kayu, pada backdrop dilitupi kain satin dan bungga manggar yang terpacak di belakang.

Kami sampai ke pintu yang tertera nombor empat. Anita mengangguk mengucapkan terima kasih, "Saya tak tau macam mana nak balas jasa awak," Kata Anita.

"Nombor telefon?"

"Haa?'

Entah macam mana aku terminta nombor telefonnya. Mungkin kerana aku sedang melihat telefon bimbitnya yang digenggam. Anita tutut memandang ke arah yang sama, pada telefon bimbitnya yang bewarna kuning. "Err... Sebab, nanti kalau saya jumpa tiket awak, saya akan kembalikan pada awak dalam panggung nanti. Sebab saya nak sapu sampah sekejap lagi. Mana tau... kalau...errr... Sampah banyakkan.. Tengok tu."

Setan! Aku tak tau macam mana nak susun ayat lagi. Wajah Anita bekerut-kerut memandang aku yang tertunding ke sekitar menunjukkan gumpalan tisu di lantai, bertih jagung, sampul kertas dan seekor kucing yang sedang tertidur di atas mesin air pepsi. What the fuck... Macam mana kucing boleh tiba-tiba ada kat sini lak ni?

Jari aku termati pada kucing tersebut dan menunding lama sebelum Anita berdehem. "Nah, ini kad saya." Kata Anita tersenyum. Aku berpaling (Dengan jari yang masih lagi menunding pada kucing tersebut) "Kalau jumpa tiket saya nanti, telefon ya." Katanya lagi.

Aku menyambut kad tersebut dan mengangguk laju. Anita masuk ke dalam panggung. Saat pintu terbuka wayang sudah dimainkan dengan suara Tobey Maguire yang macam sedang menangis. Anita masuk ke dalam dan pintu tertutup perlahan-lahan, dan aku aku masih lagi berdiri tercegat di situ dengan senyuman yang melebar.

FANTASTIKWhere stories live. Discover now