Kisah ini berlaku semasa aku berada di Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah berasrama..Seperti pelajar sekolah berasrama biasa kami akan memulakan kelas malam atau lebih dikenali sebagai "Prep".Alaaa,korang pun tau kan kelas Prep tu apa .
Selesai menunaikan Solat Maghrib dan Isya' di surau sekolah,aku dan geng keras masa di sekolah iaitu,Dayang,Nurul,Rina dan Zana pun pergi ke kawasan blok kelas untuk membuat ulang kaji dan kerja rumah.Perjalanan dari surau ke kelas mengambil masa lebih kurang 5 minit.
**Didalam kelas**
Ok,aku,Dayang dan Nurul sama kelas.Jadi aku akan jelaskan kedudukan kami dalm kelas.
Aku duduk tepi tingkap dan tepi aku suis untuk lampu dan kipas kelas (Suis ni tempat penting unuk cerita ni),Nurul duduk sebelah aku dan Dayang duduk belakang aku,kira suis tu memang di paras mata dia la senang cerita.
Pendekkan cerita,semasa kami sibuk memerah otak untuk menjawab soalan Add Math yang diberi oleh guru,Rina iaitu pengawas dari kelas A mengganggu konsentrsi kami dengan mengetuk pintu dengan kuat dan jayanya semata-mata untuk mengingatkan kelas kami untuk membuang sampah sebelum prep malam tamat.Prep malam tamat pada pukul 10 malam.Ada lebih kurang 15 minit sebelum pukul 10 masa tu.
Jam pun menunjukkan pukul 10 malam,budak kelas kitorang beransur-ansur balik ke asrama,yang tinggal masa tu tak sampai 10 orang pun.
Aku : Setengah jam lagi aku rasa dapat siap ni wei.
Dayang :Aku dah siap dah jawab semua,kau laju la sikit buat tu wei.
Nurul : Aku sikit lagi ni.
Aini,Atheerah,Rita : Kitorg pun nak abis dah.
Tengah focus habiskan soalan,tiba-tiba bunyi orang buang sampah kat tong sampah besar belakang blok kelas,aku sebab terkejut mula la nak memaki "Siapa yang tak reti bahasa buang sampah macam nak pecah bunyi ting ampah tu ? agak-agak la weiiii kalau malas pun"
Dayang : Aku tak perasan pulak kalau ada orang lalu tadi.
Habis si Dayang cakap macam tu tiba-tiba kipas dan lampu bahagian depan dan belakang tutup.Kitorang gelabah lah.Masing-masing angkat kepala dan nak tutup buku.Aku terus tengok kat suis,tapi suis tu satu sahaja yang tutup,itu pun suis kipas bahagian tengah.Dah kenapa pulak kan suis tu yang tutup tapi kipas dam lampu bahagian lain pulak yang padam.Aku tengok si Dayang ni muka dah lain macam.
Aku : Kau apahal Dayang ?
Dayang:Wehhhh...kemas weiii!!!! Aku tengok suis tu tutup sendiri dah tadi.
Aku dan yang lain-lain pun mengemas selaju yang boleh sampai terhantuk la jugak kepala kat tingkap nak laju punya pasal.Tengah sibuk mengemas bunyi orang buang sampah tu timbul balik tapi kali ni lebih bising dari tadi.Si Aini dengan pandainya pergi mengintai kat tingkap sebab dari tingkap kelas kitorang dapat tengok kawasan tong sampah besar tu.
Aini : Takda orang woiiiiiii !!!! Cepattttt !!!
Aku : Balik pakai jalan depan surau kemakmal?
Lain-lain : Depan surau la,jalan makmal tu macam nak hantar diri ke rumah mayat je sekarang ni.
Aku dan yang lain-lain terus keluar dari kelas dan cuba berlagak cool dan tenang walaupun hati dah nak meletup.Beberapa langkah nak keluar dari blok kelas,ada bunyi orang heret tong sampah dan DOOOMMMM!!!!! Bunyi tong sampah dihempas.Kitorang apalagi semua lari pecut dengan baju kurung dan buku yang boleh tahan banyak jugak la.Aku yang boleh cakap manusia paling malas lai ni tetiba pulak antara yang teawal sampai depan pintu asrama..
Next akak akan cerita mengenai Dikir Barat dan Nasyid pulak..Cerita ni ada panjang sikit..Maafkan akak kalau cerita tak panjang atau terlalu simple..Next time akak akan cuba perbaiki ye kawan-kawan..